Selangkah lagi ke hadapan. CikYam bersyukur apabila mendapat kepercayaan pihak Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) dengan lantikan sebagai Penyunting Teks dan Pembaca Prof Bebas. Lantikan ini bermula pada 30 Disember 2024 dan tugas adalah untuk tempoh sepanjang tahun 2025.
Membaca tulisan mengenai INTROP, CikYam dapat rasai betapa mereka di institusi ini amat dedikasi dengan kerja-kerja penyelidikan. Korang tahu tak, di INTROP terdapat ramai penyelidik yang diiktiraf sebagai 2 Peratus Saintis Terbaik di Dunia atau World’s Top 2% Scientists.
Sebenarnya, langkah pertama CikYam dalam dunia penulisan adalah dalam dunia penerbitan buku sebagai Editor dan Pembaca Pruf. Namun hanya tiga tahun dalam dunia tersebut, CikYam masuk ke dunia kewartawanan apabila bergiat aktif sebagai wartawan majalah dan akhbar.
Baru-baru ini, CikYam sertai Kursus Pembaca Pruf di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) untuk menguatkan lagi kemahiran menyunting dan membaca pruf.
Alhamdulilah, dengan lantikan ini, CikYam anggap sebagai satu pengiktirafan kepada kerjaya CikYam dalam dunia penulisan. Terima kasih kepada Pengarah INTROP, Prof. Ir. Ts. Dr. Khalina Abdan FASc atas lantikan ini.
Nak tahu lanjut mengenai INTROP, korang boleh baca di sini (website INTROP)