Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Ceramah Penulisan Oleh PROWRITER di IPPTAR

Facebook
Twitter
LinkedIn

Menulis laporan, rencana dan posting media sosial adalah salah satu tugasan penting bagi kakitangan sektor awam. Keperluan untuk menulis secara rasmi namun dalam masa yang sama perlu menarik minat pembaca adalah halangan bagi mereka.

Dalam menangani isu itu, PROWRITER telah membantu kakitangan sektor awam ini melalu kursus yang amat relevan dengan keperluan mereka iaitu Kursus Penulisan Media dalam Perhubungan Awam dan Korporat untuk Sektor Awam pada 25 dan 26 Jun 2025.

Kursus dua hari ini disertai oleh kaitangan dari pelbagai agensi kerajaan dan pegawai komunikasi profesional yang mahu mengukuhkan kemahiran menulis serta mengurus reputasi organisasi dengan lebih efektif.

KESESUAIAN KURSUS UNTUK KAKITANGAN AWAM

Suasana dalam bilik ceramah.

Kursus ini direka khas untuk menangani cabaran sebenar yang dihadapi oleh kakitangan sektor awam. Misalnya;

❌ Kekeliruan dalam format dan gaya penulisan media sosial rasmi jabatan.
❌ Ketidakpastian dalam mengurus kenyataan media ketika dilanda krisi.s
❌ Ketidaktentuan dalam membina naratif organisasi.
❌ Kesukaran menulis konten media sosial yang profesional tapi mudah difahami rakyat.

CikYam berpeluang mendengar sepatah dua kata daripada speaker hebat, Puan Eliza Mohamad.

Sumber gambar: IPPTAR RASMI

MODUL UTAMA

Dalam kursus ini, modul yang digunakan adalah merangkumi tajuk berikut:
1) Penulisan kenyataan media dan pengumuman rasmi.
2) Strategi pengurusan krisis organisasi.
3) Penulisan copywriting dan storytelling untuk media sosial sektor awam.
4) Simulasi komunikasi awam yang berkesan.

Siapa Yang Patut Hadir Kursus Ini?
✅ Pegawai Perhubungan Awam (PA/PRO)
✅ Eksekutif Komunikasi di kementerian, jabatan atau GLC
✅ Pegawai Tadbir yang terlibat dalam dokumentasi rasmi dan laporan media
✅ Jurucakap organisasi atau yang beraspirasi menjadi pengurus komunikasi

IMPAK KURSUS DAN MAKLUM BALAS PESERTA

Peserta meluahkan rasa puas hati kerana kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan teori tetapi memberi alat bantu siap guna seperti template, contoh skrip dan case study sebenar. Ramai yang menyatakan bahawa ini antara kursus paling praktikal yang pernah mereka hadiri.

Sumber gambar: IPPTAR RASMI

“Saya tak sangka penulisan media sebenarnya boleh dipelajari dengan sistematik dan menyeronokkan. Modul yang Encik Faizal Zakaria bawa memang membuka mata. Banyak perkara yang saya boleh terus apply di pejabat!”
– Nor Aisyah, Pegawai Komunikasi GLC

“Sesi bersama CikYam sangat memberangsangkan minda. Saya belajar menulis dengan emosi supaya mesej terus sampai ke hati dan orang faham. Ia betul-betul mengubah cara saya melihat penulisan rasmi.”
– Mahani, Pegawai Komunikasi Jabatan Negeri.

Sumber gambar: IPPTAR RASMI

CikYam kagum sebenarnya dengan semangat peserta kali ini yang sangat banyak berinteraksi dengan soalan, memberi pendapat dan juga mengatakan permasalahan mereka dalam penulisan posting media sosial.

Kenapa Modachi dan PROWRITER?

Kedua-dua jenama ini adalah syarikat komunikasi kreatif dan penerbitan yang berpengalaman dalam penulisan buku, majalah, pengurusan media dan latihan komunikasi sektor awam. Modachi dan PROWRITER kini menjadi pilihan organisasi yang mencari pendekatan komunikasi lebih strategik dan berimpak.

Kesimpulannya, jika organisasi anda memerlukan sesi latihan berimpak tinggi, jangan lupakan Modachi dan PROWRITER. Kursus seperti ini membuktikan bahawa penjawat awam bukan sahaja perlu cekap dari segi dasar dan operasi. Mereka juga perlu mahir dalam menyampaikan mesej yang betul, kepada sasaran yang betul, dengan gaya yang tepat.

Gabungan pengalaman Encik Faizal Zakaria dan kepakaran penulisan CikYam sendiri, sekali lagi membuktikan bahawa kami berada di barisan hadapan dalam melatih kakitangan sektor awam menghadapi cabaran komunikasi era moden.

Sumber gambar: IPPTAR RASMI

Terima kasih Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).

Jika anda ingin mendapatkan khidmat jurulatih bagi latihan penulisan kakitangan jabatan anda, hubungi CikYam PROWRITER ya. Klik DI SINI.

 

Read More

Scroll to Top