Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Brand Storytelling, Teknik Penulisan Pemasaran Terkini Perlu Dikuasai

Facebook
Twitter
LinkedIn

Suatu masa dulu, penulisan copywriting menjadi satu ilmu perlu dikuasai oleh peniaga online untuk menjual. Pun begitu, pada hari ini teknik penulisan brand storytelling menjadi satu yang lebih relevan untuk golongan peniaga online.

Setiap kali orang bercakap tentang pemasaran digital, perkataan copywriting jadi topik utama. Semua peniaga online cenderung belajar menulis ayat jualan yang boleh buat orang klik link, beli atau daftar. Tapi hari ini, landskap berubah. Topik mengenai brand storytelling menjadi topik utama sehingga membuatkan orang terfikir seolah-olah copywriting sudah menjadi teknik lama yang perlu dilupakan. Benarkah begitu?

Hakikatnya, copywriting tidak pernah lapuk. Perkara yang berubah ialah cara kita penulis kandungan ini menulis untuk audiens bertindak. Audiens bukan lagi mahu diseru dengan ayat promosi yang menekan, tetapi disentuh dengan cerita yang mereka boleh percaya.

Apa itu Brand Storytelling?

Brand Storytelling ada revolusi penulisan berkaitan pemasaran daripada modul copywriting yang ditambah baik mengikut kaedah penulisan persuasif. Baca macam gempak je kan? Dalam bahasa mudah adalah macam mana kita nak buat marketing dengan cara bercerita. Menjual tapi tak macam menjual.

Selera pembaca untuk membeli sentiasa berubah. Cuba kita letak diri kita sendiri sebagai pengguna atau pembeli. Kita letih dengan iklan, kan?

Pengguna memang suka membeli-belah tapi mereka kurang selesa apabila terasa ada orang hendak ambil duit dia, ada orang sedang memaksa dia membeli. Pengguna lebih kepada ingin difahami.

Algoritma media sosial pun lebih suka posting yang bercerita, bukannya ayat iklan semata-mata.

Jadi, untuk anda semua lebih memahami apa itu Brand Storytelling, modul ini bukan menggantikan modul copywriting tetapi menggabungkan unsur copywriting dalam penulisan cerita.

MODUL BRAND STORYTELLING TELAH DIAKUI OLEH MYNIC BERHAD

Pada Sabtu, 25 Oktober 2025, CikYam telah dijemput oleh MYNIC Berhad untuk Kelas Online Brand Storytelling. Brand Storytelling telah disokong oleh MYNIC Berhad sebagai satu modul yang memuaskan hati oleh pihak MYNIC sendiri dan komuniti dotmy.

Sepanjang jadi penceramah bagi agensi kerajaan, ini adalah kelas pertama yang CikYam lakukan secara dalam talian. Selalunya kelas adalah secara bersemuka. Inilah istimewanya Modul Brand Storytelling. Sebuah modul yang dimulakan dengan kelas secara online bersama MYNIC Berhad.

Modul Brand Storytelling adalah satu modul yang CikYam hantar proposal ke MYNIC dan diminta untuk dilaksanakan secepat mungkin. Kenapa? Kerana modul ini dilihat sangat relevan untuk Komuniti dotmy yang memerlukan penulisan pemasaran secara online di laman web dan media sosial mereka.

Sebagai penceramah dan pembina modul ini, CikYam rasa seronok kerana dapat berkongsi ilmu mengenai cara terbaik dalam penulisan pemasaran.
Bagi mana-mana individu atau organisasi yang inginkan Kelas Brand Storytelling, hubungi CikYam ya. (KLIK SINI)

 

Read More

Scroll to Top