Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Buggy Naik Bukit

Facebook
Twitter
LinkedIn

OK, ni pasal berat. Korang pernah naik buggy lalu kat jalan berbukit tak? Ha, ni CikYam nak cerita kisah buggy naik bukit tau. Tak tau la nak gelak ke tak nak gelak. Tapi nampak gambar ni, kemain gelak lagi CikYam. Ni kisah dah 12 tahun lepas, tahun 2009 punya cerita.

Kejadian ni kat Tasik Banding. Masa tu CikYam ada tugasan kat Belum Rainforest Resort, Tasik Banding, Perak. Team CikYam ke sana ditaja sepenuhnya. CikYam usaha dapatkan tajaan penginapan dan kereta, Hyundai Santa Fe. Perghhh memang rasa syok giler. Makan dan petrol company bayar. Perghhh sekali lagi. Media zaman tu memang best!

CikYam ke sana atas tujuan nak shoot fesyen. CikYam buat 4 spread fesyen punya photoshoot. Total semua 4 spread kali 5 baju, so ada 20 pasang baju nak kena shoot. Dan kami jugak review resort tu sekali dengan review kereta Santa Fe. CikYam datang ke sana dengan dua fotografer, sorang mekap artis dan sorang model. Bilik sorang satu. Total 5 bilik kami ditaja. Perghhhh. Zaman dulu mewah weh.

CikYam tak ingat sampai resort jam berapa. Tapi photoshoot pertama kami start malam. Lawa giler shoot malam kat resort tu. Pagi esoknya, sambung lagi shoot fesyen. Lepas sarapan, ketika sejuk mencengkam tulang, kami pun shoot. Siap naik rakit. Perghhhh CikYam rasa, itulah fesyen paling lawo CikYam pernah buat. Baju lak time tu meletop kebabom. Model pulak memang fotogenik, Rita Suraya Rita Murni nama dia.

Time photoshoot outstation, CikYam memang suka bawak model yang pandai posing. Cepat siap weh. Kalau tak, payah la nak beronggeng. Keras kaku kau kat resort tu keje tak sesiap. Disebabkan model marveles, photoshoot cepat siap, team management media resort tu ajak la kami pusing-pusing naik buggy.

Syok wooo naik buggy tengok alam semula jadi. Pokok menghijau di sekeliling kita. Sejuk je rasa. Sambil dengar jejaka PR tu terangkan pasal resort tu, pasal alam semula jadi kat sana. Akhirnya, kami pun sampai la kembali kat resort.

Nak naik ke kawasan lobi, keadaan jalan dia agak naik bukit. Fotografer yang berdua tu mintak berhenti kat tepi bukit sebab katanya diorang nak ambik gambar kat kawasan situ. Lawa giler. CikYam tak nak ikut, sebab CikYam nak dating berdua ngan jejaka tu. Eh tak! Hahahaha. CikYam nak balik bilik sebab nak buat kopi, rehatkan diri sambil tunggu waktu dinner. Team kami dua malam kat sana.

BERMULALAH KISAH BERAT MATA MEMANDANG

Nak dijadikan cerita, buggy yang berhenti sekejap turunkan fotografer tadi tetiba tak nak gerak. CikYam tanya, eh OK tak ni? Jejaka tu kata, eh OK. Jap, jap. Saya try sekali lagi. Enjin hidup, pastu gerak naik bukit. Slow giler. CikYam macam cuak. Segan pun ada. Yelah, kita kan berat.

Jejaka tu tadi kata eh selalu tak macam ni. CikYam kata, saya turun la ye. Jejaka tu kata, eh tak pe. Boleh ni. Dia macam bersusah payah cuba nak bagi buggy tu naik bukit tu. Fotografer yang dua orang tadi dah gelak-gelak. Woiiii turun la Yam oiiii. Jalan kaki. Chetttt. Hantu betul.

CikYam pun kata kat jejaka tu, saya turun la ye. Terus jejaka tu tekan brek dan CikYam pun turun. Jejaka tu kata, sorry tau Maryam. Selalu OK je buggy ni naik bukit. CikYam tak tau nak reaction macam mana. Segan pun ada. Lepas je CikYam turun, laju je buggy tu naik bukit. Cisssss. Buggy ni u drop my water face la.

Fotografer berdua tu dah gelak-gelak. CikYam pun gelak sama. Lawak betul. Fotografer kata, nah tengok ni. Ingat nak tunjuk gambo apa la tadi. Rupa-rupanya gambo CikYam dengan jejaka tu naik buggy yang tak nak gerak. Ko amik gambo ke? Hahahahaha. Jahat betul! Terus CikYam mendaki bukit dengan mengah-mengah. Cepat-cepat susun langkah nak masuk bilik, mandi, buat kopi, lepak-lepak dalam bilik. Heaven! Terfikir-fikir CikYam, berat sangat ke aku ni sampai buggy takmo naik bukit? Membebel sambil minum kopi dan urut kaki penat naik bukit jalan kaki. Hahahahaha.

Gini la keadaan CikYam naik buggy yang tetiba tak nak gerak tu.

©CikYam
Banyak giler kenangan 16 tahun jadi wartawan. Seram ada, lawak ada. Sweet leting pun ada. ❤️

KORANG GERENTI SUKA JUGAK BACA POSTING KAT BAWAH NI.

Read More

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top