3 Perkara Tidak Boleh Dibuat Oleh Ghost Writer

Kali ini CikYam ingin berikan tiga perkara yang seorang ghost writer tidak boleh buat. Dah kata jangan, kan? So korang janganlah buat. Kenapa tak boleh buat tiga perkara ni? Sebabnya adalah anda boleh jadi tidak lagi dianggap sebagai profesional, sekali gus menjatuhkan reputasi anda.

Jom kita tengok tiga perkara yang CikYam maksudkan itu.

JANGAN PLAGIAT

Point pertama ini sangat penting. Jangan sesekali plagiat daripada mana-mana sumber kemudian anda jadikan konten untuk klien anda. Hal ini sangat tidak jujur dan membahayakan klien anda tersebut. Klien mengupah anda untuk mendapatkan konten yang fresh. Namun anda pula memplagiat daripada sumber tertentu.

Hal ini boleh menjejaskan reputasi anda. Apatah lagi jika anda kantoi melakukannya. Klien tidak akan mempercayai anda lagi. Malah mungkin dia tidak akan sekali-kali mencadangkan nama anda kepada orang lain. Justeru, masa depan anda sebagai penulis upahan pun semakin malap.

JANGAN TIDAK PROFESIONAL KETIKA BERKOMUNIKASI

Berkomunikasi secara bersemuka atau online tetap perlukan adab.

Komunikasi adalah hal penting dalam urusan penulis upahan. Sebagai contoh, apabila hendak memulakan urus niaga, susah semestinya pelanggan ingin mengetahui anggaran upah menulis daripada anda. Seandainya upah tersebut di luar kemampuan pelanggan, jangan pula anda menempelak pelanggan tersebut.

Berbincanglah secara profesional.

Menjadi seorang penulis upahan, kita selalunya perlu berurusan dengan manusia. Manusia mempunyai pelbagai kerenah. Justeru bersabarlah dan uruskan emosi anda dengan baik.

JANGAN BERI KUALITI RENDAH

Bagi menjaga reputasi sebagai penulis upahan profesional, sila jaga kualiti kerja anda. Kualiti kerja boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya:

  • Kualiti penulisan
  • Kualiti menjaga masa (deadline)
  • Kualiti perhubungan

Jaga kualiti penulisan anda dengan baik. Sebelum hantar teks yang anda tulis untuk pelanggan, semak terlebih dahulu dari segi ejaan dan faktanya. Begitu jugalah dengan deadline. Hormati deadline kerja anda. Jangan asyik terbabas deadline sahaja. Begitu jugalah dengan kualiti perhubungan. Jaga hubungan baik antara anda dengan klien dan juga antara anda dengan penulis upahan yang lain.

Kesimpulannya, jika anda menjaga tiga perkara JANGAN ini, anda boleh menjadi penulis upahan yang lebih berkualiti dan profesional. Terima kasih baca blog CikYam!