Coretan 6: Isteri Dibuang Kerja, Suami OKU Kerja Lipat Ganda

CikYam ialah seorang wartawan yang telah hilang pekerjaan selepas bergelumang dalam dunia media massa selama lebih 16 tahun. Pada usia 40-an, CikYam panik apabila terpaksa berdepan dengan situasi hilang pekerjaan, hilang gaji dan hilang maruah diri.

CikYam ambil kesempatan untuk mencoretkan kisah hidup selepas dua tahun hilang pekerjaan. Susah payah, derita dan bagaimana CikYam lalui kehidupan bersama suami OKU fizikal dan dua anak yang masih kecil berusia antara 4 tahun dan 6 tahun ketika CikYam diberitakan hilang pekerjaan.

Inilah coretan ke-6:

Salah satu kekuatan yang CikYam ada ketika CikYam betul-betul down disebabkan hilang pekerjaan adalah suami CikYam sendiri. Dia buat memacam kerja yang CikYam suruh. Hahahaha. Mr Mama ni, dia rajin tapi kena ada orang yang tunjukkan laluannya.

Misalnya, CikYam suruh dia jual lemang time raya. CikYam dapatkan order, dia yang kena pick up dan delivery kat kastemer. Dia jugak tolong delivery produk yang CikYam jadi ejen. Tolong poskan kat J&T. Memacam la. Senang cakap, asal jadi duit.

Pelanggan mintak open order lemang sebab sedap.
CikYam tanya Mr Mama, dia kata OK untuk ambik order.
Tengah malam tunggu lemang masak.
Penuh kereta dengan lemang. Ini second trip. Pagi raya!
Sedap lemang ni!

Kerja tetap Mr Mama adalah niaga burger dan roti john serta buat servis angkut sampah. Sampailah masa COVID-19 tu, susah betul nak dapat stok salad. Harga telur pun boleh tahan melantun time tu. Lama jugaklah kami buat burger tanpa ada menu burger special. Malah salad pun tak letak banyak macam selalu.

Mr Mama buat roti john andai ada permintaan.
Order burger di apartment bermula selepas maghrib setiap hari.
Sebelum berniaga dari rumah, inilah gerai burger Mr. Mama.

Servis angkut sampah Mr Mama laris macam pisang goreng panas masa zaman COVID-19 tu. Terutama bila ada penghuni yang dijangkiti virus itu dan seisi rumah kena kuarantin. So, Mr Mama buat servis angkutkan sampah mereka sebab mereka tak boleh keluar rumah. Tugas Mr Mama adalah pick up sampah di depan pintu unit yang tempah servis dan buangkan di rumah sampah yang terletak di bahagian belakang apartment.

Masa tu, tawakal sajalah pada Allah apabila angkut sampah mereka yang dijangkiti virus COVID-19.

“Abang tak takut ke angkut sampah pesakit kovit?” tanya CikYam.

“Anggap je la kita tolong diorang. Kalau tak, takkan diorang nak duduk dengan sampah sampai dua minggu? Lagipun kan nak cari duit, abang buat je,” kata Mr Mama.

Servis angkut sampah bermula dari jam 11 malam setiap malam.

Pendapatan servis angkut sampah memang boleh tahan lumayan. Sehari boleh dapat antara RM50 hingga RM100. Purata RM35 sehari. Kalau ikutkan, sayang juga apabila terpaksa tinggalkan servis angkut sampah ni sebab buat keputusan pindah kampung.

Gitulah Mr Mama. Walau dia takde kerja tetap, takde pendidikan tinggi, takde harta, takde apa-apa, cacat pulak tu, tapi apa dia buat kadang terasa KAU CURI HATIKU. Macam jatuh cinta berkali-kali pada insan yang sama sejak dulu. Kah!

Peranan suami sangat penting tau time isteri separuh layu. Suburkanlah emosinya dengan kasih sayang. Bukan ditambah layunya sampai kering-kontang tak bermaya.

JURNAL PENULISAN

Apa itu Jurnal Penulisan?

Ini adalah satu ikhtiar yang CikYam gunakan untuk cuba menulis kisah hidup CikYam sendiri dalam bentuk manuskrip dan akhirnya boleh diterbitkan sebagai sebuah buku. Daripada buku Jurnal Penulisan inilah CikYam coretkan perjalanan demi perjalanan CikYam berdepan dengan situasi hilang pekerjaan.

Nak coretkan kisah anda sendiri? Jom dapatkan Jurnal Penulisan di sini (NAK JURNAL PENULISAN)

LINK CORETAN TERDAHULU

Baca juga: Coretan 1

Baca juga: Coretan 2

Baca juga: Coretan 3

Baca juga: Coretan 4

Baca juga: Coretan 5

Support CikYam di facebook: CORETAN 1

Support CikYam di facebook: CORETAN 2

Support CikYam di facebook: CORETAN 3

Support CikYam di facebook: CORETAN 4

Support CikYam di facebook: CORETAN 5

Support CikYam di facebook: CORETAN 6