Geng Suri Bisnes Ada Masalah Tulis Copywriting? Ikut 3 Cara Ni Untuk Dapat Idea

“Saya sibuk la CikYam. Mana sempat nak menulis. Sebab tu saya selalu kopipes je copywriting yang HQ sediakan. Malas dah nak ubah-ubah. Lagipun takde idea nak tulis apa.”

OK. Rupa-rupanyalah inilah sebabnya geng mak-mak yang buat bisnes selalu main copy paste (kopipes) je copywriting yang HQ selalu bagi. Patutlah kalau ada 100 ejen, nampak sama je semua copywriting diorang kat fesbuk tu.

Menulis copywriting fb post sebenarnya tak perlu pun duduk selesa sangat. Taip kat telefon pun dah boleh.

Korang, kalau nak jadi ejen produk, jadilah ejen yang ada berbeza sikit berbanding ejen-ejen yang lain. Barulah korang nampak berbeza dan lebih mudah dikenali dan menonjol.

Dengan masalah macam ni, CikYam nak share tip macam mana nak menulis dalam keadaan takde idea.

1) TULIS MANA SATU YANG KITA SUKA DULU

Dalam satu brand, mesti ada produk yang kita suka. Misalnya company kosmetik. Mesti ada pelbagai jenis produk kosmetik misalnya lipstik, bedak kompak, pembayang mata, penggaris mata atau bedak asas. Macam CikYam, CikYam lebih suka lipstik. Jadi CikYam pilihlah menulis pasal lipstik berbanding tulis pasal skincare macam scrub atau pelembap. Bila suka, boleh la tulis dengan gembira berbanding tulis pasal benda yang kita tak berapa nak suka. Bila kita suka produk tu, biasanya idea lebih banyak. So, korang suka pasal produk yang mana satu?

Nak tulis copywriting lipmatte? Nah, CikYam pernah tulis pasal contoh copywriting yang gerenti boleh convert jadi sale. Tengok kat sini > https://maryamelyas.my/contoh-copywriting-lipmatte-simple-tapi-best/

Pilih produk yang korang suka untuk diceritakan dalam copywriting.

2) TULIS SAMBIL DENGAR SESUATU

Dengarlah sesuatu ketika menulis. CikYam amalkan dan memang berkesan. Boleh je dengar muzik. Tak pun dengar bacaan ayat suci. Dengar nasyid ke, zikir ke. Tak kisahlah apa pun asalkan mendengar. Instrumental pun boleh, tapi CikYam ngantuk dengar instrumental. Hahahaha. Bila ngantuk, idea sendu. Cuba korang amalkan. Menulis sambil dengar sesuatu yang korang suka.

3) BELEK PRODUK YANG KITA NAK TULIS TU

Inilah pentingnya kita ada stok kat tangan produk yang kita jual. Bukan setakat nak pakai je. Time nak menulis pun kita boleh feel. Pegang dia, belek dia. Bila pegang, rasanya berbeza dengan cuma tengok gambar. Insya-Allah idea akan datang.

Dengan 3 tip ni, mudah-mudahan membantu dapat idea nak tulis copywriting korang ye. Kalau korang masih tak dapat nak menulis, PM je CikYam untuk CikYam tolong tuliskan. CikYam kan penulis upahan. Nak tempah copywriting? Baca detail di sini >> SERVIS CIKYAM CREATIVE Harga boleh bincang.