Yang Masih Makan Gaji, Tolonglah Jangan Selesa Sangat!

Makan gaji tu tak salah pun. Itu adalah salah satu punca rezeki. Sama juga macam buat bisnes. Itupun punca rezeki jugak. Hari ini, CikYam nak kongsi sesuatu yang sebenarnya sangat menyakitkan tapi inilah hakikat sebenarnya. Memang pahit nak ditelan, tapi percayalah, ini sesuatu yang boleh jadi kat sesapa je iaitu dibuang kerja. Hilang pekerjaan, hilang gaji bulanan!

CikYam pun selama ni makan gaji. Macam-macam kerja CikYam buat untuk cari rezeki. Makan gaji jadi guru sandaran, kerja di farmasi Guardian, kedai serbaneka 7 Eleven, kedai kamera dan yang terakhir adalah sebagai wartawan. Lama lak tu jadi wartawan, 16 tahun. Akhirnya, dibuang kerja.

Buat kawan-kawan yang masih makan gaji. Ya, bersyukur. Tu memang betul. Bersyukur sebab masih selamat. Masih ada kerja. Syukur sesangat sebab majikan masih nak bayar gaji. Tapi apa yang CikYam nak pesan kat sini, tolong jangan selesa. Sekarang ni, dengan pandemik yang tak berkesudahan, dengan segala SOP, dengan ekonomi yang makin teruk, tolong ubah cara berfikir.

CikYam nak pesan satu je. Tolong korek potensi diri korang. Tolong kesan secepatnya apa bakat dalam diri yang korang ada. Dah-dahlah tu selesa sangat kat tempat kerja. Sebab sekarang ni tak kira korang sapa, kedudukan kau tak selamat! Bebila je kau boleh kena buang.

Majikan sekarang ni semuanya nak cut cost. Nak rendahkan kos operasi. Gaji staff senior berapa? Katalah RM5K. Diorang takkan sanggup nak bayar gaji macam tu lagi. Company yang acah level international pun tak akan nak bayar gaji banyak macam tu.

So senior, jangan selesa hokey. Majikan lagi suka nak gajikan fresh graduate, dengan gaji RM5K tu, boleh bayar gaji 5 orang staff. Berbaloi.

So, apa nak buat? CikYam pecahkan pada 3 benda.

  1. Kenal pasti bakat, potensi, kebolehan atau apa je kemahiran yang korang ada.
  2. Buat personal branding.
  3. Belajar buat bisnes online.

CikYam ambik contoh diri sendiri. CikYam bukan nak cakap CikYam bagus. Sikit pun tak. Tapi inilah apa yang CikYam buat. Hasilnya, lepas kena buang keje at least CikYam masih ada income walau tak sebanyak gaji masa kerja dulu. Alhamdulillah lebih kurang 50% daripada gaji CikYam boleh dapat. Sekurang-kurangnya taklah seksa berbanding langsung takde income.

KENAL PASTI BAKAT

Inilah yang CikYam buat sebulan sebelum CikYam kena buang kerja. CikYam kenal pasti bakat yang ada.

CikYam tahu CikYam boleh menulis tapi CikYam tak pasarkan kebolehan tu. CikYam just fokus pada kerja makan gaji dan tak buat apa-apa untuk bagitahu orang yang CikYam boleh menulis.

So korang, please la kenal pasti kebolehan yang korang ada. Misalnya masak, buat kek, jahit, kraf tangan atau apa-apa sahaja. Tolong buat dari sekarang sebelum terlambat.

Kalau dah kena buang kerja, baru nak tercari-cari, korang kena bersedia korang hilang pendapatan dan susah nak survive lepas tu.

Duit tak turun dari langit dik.

Nak training kenal pasti potensi diri, kebolehan atau bakat, KLIK SINI

BUAT PERSONAL BRANDING

Personal branding adalah cara macam mana nak buat kita lebih dikenali.

Ni sangat penting tau. Bukan nak glamer. Tapi nak orang kenal dan mudah untuk korang bagitahu apa servis atau produk yang korang tawarkan.

Kenalkan kat orang ramai apa yang korang buat. Kalau pandai buat kek, cerita la pasal kek. Kalau pandai masak, ceritalah pasal masak. Korang boleh amik tempahan makanan.

Itulah gunanya personal branding. Buat dari sekarang. Bukan tunggu kena buang kerja baru nak buat.

BELAJARLAH BERNIAGA

Luaskan pergaulan sebab bila ada networking, mudah untuk kita buat bisnes pada masa akan datang.

Sekarang ni banyak company buat sistem ejen. Rajin-rajinlah google, tengok kat fb. Cari info. Joinlah team bisnes untuk bukak minda lebih luas. Ada banyak ilmu yang mereka akan sediakan. Bergaul dengan circle yang suka bisnes, otak jadi lebih kreatif nak cari income.

Cubalah. Tak rugi pun. Ramai je yang kerja makan gaji tapi join buat bisnes online. Ni semua boleh jadi sebagai persediaan kalau apa-apa berlaku dengan pekerjaan kita. Dan inilah yang CikYam buat. Sejak 2018 CikYam dah join bisnes online. Terbukak la sikit mata ni dengan dunia bisnes online ni.

CikYam cerita ni base on pengalaman diri sendiri. CikYam tahu sakitnya macam mana kena buang kerja. Situasi suami pulak tak de pendapatan tetap.

Makan gaji kat syarikat swasta tak sama macam makan gaji kat sektor kerajaan. Kerja dengan kerajaan, korang tak payah risau sebab jarang sangat kakitangan kerajaan diberhentikan kerja. Silalah lega dan selesa ☺️

Dan jugak, kalau korang ada dahan yang kukuh tempat bergantung, misalnya majikan swasta yang stabil dan suami yang kaya, anggaplah nasihat ni bagai angin lalu saja. CikYam cuma bercerita ikut pada pengalaman sendiri tentang betapa bahayanya berendam dalam zon selesa pada ketika pandemik macam ni. ❤️

.

KORANG GERENTI SUKA JUGA ARTIKEL INI

Macam Mana Ghost Writer Mudahkan Urusan Geng Mak Bisnes?