5 Jenis Kurma Yang Korang Wajib Rasa, Sedap!

Hari ni CikYam nak cerita sikit pasal kurma. Ada 5 jenis kurma yang korang kena rasa. Sebab apa? Dah tentu-tentu sebab sedap rasanya. Ada bermacam jenis kurma sebenarnya. Tapi kalau korang dah rasa 5 jenis kurma ni, kira macam dah lengkaplah tu.

1) KURMA SAFAWI

Kurma Safawi ni dikatakan berasal dari Madinah. Selain kurma Ajwa, Safawi ni pun antara kurma terbaik sebab sifatnya yang kering pada bahagian luar. Tapi, bila dimakan, kurma Safawi ni tekstur dia lembap-lembap gitu. Kalau korang suka cita rasa buah yang manis, kurma Safawi ni sesuai dengan selera korang.

2) KURMA MARIAMI

Halah, halah. Nama kurma ni dah macam nama CikYam dah. Maryam. Tapi yang ni Mariami. Kalau korang perhatikan, kurma Mariami ni warna dia coklat-coklat gelap gitu. Bukan hitam. Katanya, kurma Mariami ni banyak ditanam di Iran.

Masa CikYam pergi Mekah dua tahun lepas (uwaaaa rindunya), first time CikYam nampak kurma Mariami ni kat Kebun Tamar. Daripada segi rasa, kurma Mariami ni tak manis sangat. Tekstur dia tak keras, tapi lembut jer.

3) KURMA MABROOM

Kurma Mabroom ni sejujurnya CikYam jarang dengar. Selalunya dengar Safawi, Medjool, Ajwa. Kan? Pun begitu, kalau diperhatikan, kurma Mabroom ni warna dia merah-merah gelap. Bentuk dia pun panjang-panjang sikit. Korang try la makan. Sedap sebab isi dia kenyal. Macam liat-liat gitu. Tak selembut Mariami. CikYam suka kurma jenis gini. Rasa dia pun taklah terlalu manis macam Safawi.

4) KURMA AJWA

Ajwa ni antara kurma yang femes la. Memang di mana-mana orang selalunya kenal dengan kurma Ajwa ni. Kurma ini pun dikenali juga sebagai kurma nabi. Kurma Ajwa ni warna dia memang gelap. Saiz dia pun kecik, bulat-bulat. Dia tak panjang macam Mabroom. Isi kurma Ajwa selalunya tebal dan rasanya tak manis sangat.

5) KURMA MEDJOOL

Kalau korang suka makan kurma yang saiznya besar-besar, kurma Medjool adalah pilihan terbaik untuk korang. Saiz dia memang besar. Puas makan. Paling CikYam suka, kurma Medjool ni rasa dia macam manis gula karamel. Manis-manis ada pahit gitu. Kurma Medjool biasanya sifatnya kering tapi dia sebenarnya segar. Nampak je macam kering tapi sedap tau.

KENA TRY SEMUA, BARU BEST!

So, inilah dia 5 jenis kurma yang korang wajib rasa terutama bulan Ramadan ni. Boleh bersahur dan boleh berbuka puasa dengan pelbagai pilihan kurma di atas meja. Nak detail harga? Meh CikYam bagi senarai.

Safawi (RM25)
Mariami (RM25)
Mabroom (RM28)
Ajwa (RM30)
Medjool (RM32)
.
Sebekas kurma dalam packaging kotak cantik ni, berat dia 400 gram. Just nice la kata orang tu kan. Tak sikit sangat, tak banyak sangat.

Kalau beli combo 5 jenis kurma ni, harganya baru RM140. Wow sangat kan? Boleh rasa 5 jenis kurma pelbagai cita rasa dan harga pun just nice. Belikan untuk mak ayah, adik-beradik, pun OK gak kan?

Korang nak dapatkan sebelum start Ramadan ni? PM CikYam cepat. Klik sini (Saya Nak Order Kurma)