3 Perkara Yang Selalunya Ghost Writer Newbie Blur Tak Tahu Nak Mula
Anda nak jadi ghost writer tetapi blur tak tahu macam mana nak mula? Jangan risau, bukan anda saja ada masalah seperti itu. Masa memula nak jadi ghost writer dulu, CikYam pun blur jugak.
Dalam artikel ini, CikYam kongsikan 3 perkara yang ghost writer pemula rasa blur sesangat sampai tak tahu nak mula macam mana. Bukan itu saja, CikYam kongsikan juga solusinya.
Nak tahu apa yang CikYam rasa blur sangat? Ini dia 3 perkara yang selalu ghost writer pemula blur apabila nak bermula.
1) BLUR TAK TAHU NAK CAJ BERAPA
Ini perkara yang paling blur. Tak tahu nak caj berapa pada klien. Nak caj murah, aku ni dah ada pengalaman menulis. Nak caj mahal, tak pasti betul ke itu rate harga yang standard?
So, macam mana nak hilangkan blur ni?
CikYam banyak rujuk kepada kawan-kawan ghost writer yang ada. Selain itu, CikYam ada beli buku yang sebut pasal harga standard bagi golongan penulis upahan.
2) BLUR TAK TAHU APA YANG KLIEN NAK
Perkara kedua yang CikYam blur mengenai kerjaya ghost writer ini adalah tidak tahu apa yang klien mahukan. CikYam tak tahu sebenarnya apa yang diperlukan oleh bakal pelanggan. Senang cerita, CikYam tidak tahu market.
Solusinya adalah CikYam buat sikit penyelidikan. CikYam selidik apa yang CikYam boleh tawarkan kepada klien dan adakah klien sememangnya perlukan konten sedemikian.
CikYam buat keputusan menawarkan servis menulis posting facebook kepada peniaga online. Maka, ramailah ejen produk yang berjualan secara online di facebook yang mengambil servis CikYam.
3) BLUR TAK TAHU PROMOTE DIRI SEBAGAI GHOST WRITER
Tak tahu promote diri sebagai ghost writer pun adalah satu perkara yang CikYam blur jugak.
Solusi yang CikYam buat adalah CikYam promote diri secara hardsell. Cara dapatkan klien adalah dengan uar-uarkan kat fb CikYam secara konsisten dan hardsell. Ketika itu CikYam perlu cepat dapatkan klien kerana CikYam ketika itu hilang pekerjaan. Apabila tiada lagi kerja, maka CikYam tiada lagi gaji bulanan. Sebab itulah CikYam guna cara hardsell. Selepas dah dapat beberapa klien, barulah CikYam mulakan softsell.
Anda mesti pernah dengar bahawa jangan hardsell. Buatlah teknik menjual tapi tak nampak menjual. Kan?
Memang betul, jangan selalu hardsell. Tapi hardsell pun salah satu marketing jugak. Tak salah. Masa memula, buat je. Objektifnya nak bagi orang tahu. Lepas orang dah tahu, barulah softsell. Ni orang masih tak tahu kita jual apa, asyik softsell manjang, sampai kesudah orang tak tahu apa kita jual. Haha.
Hasilnya, dengan tulis posting fb jer, CikYam dapat upah anggaran RM3,200 sebulan. Haaaa.
Pasal caj servis tu pulak, CikYam banyak merisik daripada kawan-kawan ghost writer. Tanya berapa mereka caj supaya kita pun boleh caj harga yang lebih kurang sama.
Dalam buku PROWRITER, CikYam ada tulis pasal caj ni. Masa budak admin nak buat quotation manuskrip buku klien yang CikYam tengah buat sekarang pun, mereka rujuk buku tu untuk dapatkan harga yang tepat. Haaa gittewww.
©CikYam
Penulis buku PROWRITER, buku panduan untuk jadi penulis upahan profesional.
Nak dapatkan buku PROWRITER? Klik sini (SAYA NAK BELI BUKU PROWRITER)