Entah di mana silapnya, sedang menapak dari parking lot apartment nak menuju ke lobi apartment, tiba-tiba terasa ada sesuatu yang krakkk di lutut kanan. Allahu, terhenti langkah, terketap bibir, menitik air mata menahan sakit. Memang sakit sangat-sangat. Terasa isi dalam lutut tu dihiris pisau tajam.
Mujurlah di sebelah parking ada playground. Jadi, ada beberapa bangku simen. Terus CikYam duduk. Sambil duduk, sambil menggosok-gosok lutut yang CikYam rasa terlalu sakit bagaikan sakit ketika nak bersalin dulu. Rasa nak cabut je kaki ni.
Hari itu adalah hari pertama CikYam pakai tongkat. CikYam memilih untuk bertongkat sebab nak kurangkan rasa sakit lutut. Namun, sungguh CikYam tak sangka sebenarnya keadaan lutut ni dah sangat teruk dan mudah krakkk kalau tersilap langkah. Ya, itulah isunya. Ketika berjalan, CikYam tersilap langkah.
Lebih kurang 10 minit duduk, cuba berdiri. Allah! Sakit! Sakit! Sakit! Tak mampu nak berdiri. Terketar-ketar tangan meraba beg tangan, mencari telefon. Lantas nombor telefon suami, CikYam dail.
“Kenapa sayang?” tanya suami, terkejut agaknya sebab dengar CikYam menangis. Yalah, dengar je suara suami di hujung talian, terus aku menangis. Manjah!
“Tadi tetiba lutut ni macam ada krakkk benda putus. Lepas tu tak boleh jalan,” kata CikYam.
“Ni sayang kat mana?” tanya suami.
“Tengah duduk kat bangku kat playground sebelah parking kereta,” jawab CikYam. Suami kata, tunggu situ, sekejap lagi dia sampai.
Tak lama, suami sampai. Dia guna sekuat tenaga dia untuk angkat CikYam bangun dan papah berjalan perlahan-lahan dari playground tu ke lif, seterusnya ke rumah.
SAKIT LUTUT – EPISOD BERPAPAH
Sakit lutut ni sangat membuatkan penghidapnya menderita. Barulah CikYam faham penderitaan pesakit lutut. Sejak kejadian lutut krakkk di parking lot tu, CikYam tak boleh bangun-duduk secara biasa. Perlu berpapah. Persoalannya, macam mana CikYam nak bangun pergi ke toilet? Takkan nak tunggu suami papah, baru boleh pergi toilet? Tercicir sebelum sampai toilet macam mana?
Aduh, CikYam terasa usia dah macam terlalu tua. Memang buat CikYam hilang rasa keseronokan nak melalui kehidupan sehari-hari dengan masalah lutut ni.
Hari pertama dan kedua, CikYam perlu diangkat kalau nak bangun dan dipapah kalau nak ke toilet atau ke ruang tamu. Ini antara yang CikYam tak boleh buat:
- Tak boleh duduk atas kerusi meja makan. CikYam perlukan kerusi yang agak rendah.
- Tak boleh bengkokkan lutut.
- Tak boleh duduk di mangkuk tandas sebab terlalu rendah. Jadi, buang air dalam keadaan berdiri. Azab!
- Solat dalam keadaan duduk atas kerusi dan kaki kanan diletakkan atas kerusi anak.
Hari ketiga, alhamdulillah, CikYam dah boleh bangun sendiri tanpa perlu dipapah. Itu pun menggunakan bantuan kerusi untuk CikYam letakkan beban badan pada kerusi tu. Syukurlah, tak perlukan bantuan suami dah. Sekurang-kurangnya mudah untuk CikYam bangun nak ke toilet atau ruang tamu.
Hari itu, CikYam perlu keluar rumah sebab ada appoitment di bank. Urusan yang amat penting. Nak tak nak, CikYam kena pergi. Nak tahu apa jadi? Kaki CikYam tak boleh bengkok dan CikYam kena masuk dalam kereta dengan keadaan kaki menegak. Allahu, dahsyatttt. Sakitnya lutut ni ketika nak masuk dalam kereta.
RAWATAN ALTERNATIF SAKIT LUTUT
CikYam mengaku bahawa CikYam takut dengan hospital. Seram. Masa nak bersalin je CikYam serah diri kat hospital. Jadi, CikYam cuba cari rawatan alternatif untuk masalah sakit lutut. CikYam jumpa satu petua iaitu buat rendam kaki secara kering. Bahannya adalah 2 kilogram garam kasar dan 200 gram lada hitam biji. Campurkan bahan tu dalam besen dan masukkan kaki. Kos untuk rawatan ni tak sampai RM15 pun.
Nak tahu apa kesan yang CikYam dapat selepas dua, tiga hari buat rawatan alternatif sakit lutut ni? CikYam rasa tidur lebih lena. Katanya ada kesan detoks kalau buat rawatan macam ni. Namun, untuk sakit lutut, kesannya tak berapa nampak sangat. Lutut masih terasa sakit dan masih tak boleh bengkok. Jadi, nak tak nak, CikYam kena beranikan diri dan jumpa doktor. Gituhhhhh.
Sampai bila nak biarkan lutut ni sakit macam ni? Sampai bila nak work from home? Kau kerja la Yam! Kau kena cepat dapatkan rawatan untuk lutut kau tu. Kau kena pergi kerja, banyak tanggungjawab kau kat office tu.
RAWATAN MODEN SAKIT LUTUT
CikYam banyak cari di Google pasal pusat rawatan sakit lutut. CikYam tertarik dengan satu klinik yang mempunyai banyak testimoni berjaya. Paling penting review testimoni ni tak melampau-lampau. Semuanya biasa-biasa sahaja. Bukan memuji sampai nampak macam fake. Bagi CikYam, kalau review melampau-lampau ni kadang ermmmm.
Selepas buat appoitment, CikYam minta suami hantar ke Poliklinik AmalMedik cawangan Seksyen 7 Shah Alam. CikYam dilayan oleh doktor yang namanya Dr Muhammad Shahir Johari. Selepas bercerita masalah CikYam, Dr Shahir memberikan penerangan. Amat jelas penerangannya.
Masa Dr Shahir menerangkan tu, menitik jugalah air mata CikYam sebab takut. Yalah, Dr Shahir terangkan situasi. Ada memacam masalah sakit lutut. Yang masih awal, boleh dirawat dengan prosedur ringkas. Masalah lebih berat, perlu jalani pembedahan. Tu yang CikYam takut tu.
KELUARKAN AIR BISA
Selepas sesi penerangan dan tengok imej pada mesin scan, memang nampaklah kondisi lutut kanan CikYam ni. Doktor kata kecederaan lutut stage 2 nak masuk 3. CikYam setuju untuk jalani tiga prosedur di Poliklinik AmalMedik. Pertama, prosedur bius. Kedua, prosedur keluarkan air bisa. Ketiga, prosedur masukkan gel untuk lutut. Doktor kata, dalam masa sebulan, tengok semula progress.
Kenapa kena keluarkan air bisa? Air bisa inilah penyebabkan wujudnya rasa sakit. Air bisa ni terjadi apabila berlaku kecederaan pada lutut. Misalnya ada koyakan pada lutut, so air bisa pun keluar dan berkumpul di lutut tu. Perumpamaannya macam kalau ada luka pada tubuh kita, lepas darah keluar, kan ada keluar air jernih tu kan? Haaa itulah air bisa.
Sepanjang prosedur yang Dr Shahir buat kat lutut CikYam ni, CikYam memang tutup muka dengan tudung. Tak sanggup nak tengok. Walau dah bius, terasa jugaklah ngilu-ngilu masa Dr Shahir keluarkan air bisa dan masukkan gel tu.
Lepas selesai prosedur, Dr Shahir suruh cuba bengkokkan lutut seboleh yang mungkin. Eh, dah boleh bengkok? Hahahaha. Walau dah boleh bengkok, tapi masih ada rasa sakit. Dr Shahir kata, proses memang ambil masa. Kena buat juga senaman sesuai untuk kuatkan lutut di rumah nanti. Namun, keadaan lutut takkan sama macam dululah. Maksudnya kat sini, lutut CikYam tak boleh bengkok sebab gel pelincir lutut tu dah haus. So, tulang atas dan bawah tu berlaga. Tu yang sakit tuuuuu.
KOS RAWATAN SAKIT LUTUT DI POLIKLINIK AMALMEDIK
Ramai jugak kawan-kawan CikYam yang ada masalah sakit lutut. Yalah, usia semakin naik kan? Antara faktor sakit lutut adalah peningkatan usia, gaya hidup yang kurang bersenam dan obesiti. Haaa semua tu memang kenalah dengan gaya hidup CikYam. Umur dah 45 tahun, memang kurang senam dan aku seorang yang obes.
So, berapa kos yang CikYam perlu bayar untuk rawatan lutut di Poliklinik AmalMedik ni? CikYam perlu bayar RM750 untuk rawatan dan dibekalkan ubat tahan sakit dengan suplemen. Macam mahal kan? CikYam pergi klinik ni 1hb November. Baru gaji. So, tak rasa mahal. Hahahahaha. Namun, demi kesihatan, apalah sangat dengan nilai RM750 tu kan. Duit boleh cari, kesihatan susah nak dapat. Jadi, jagalah lutut kita yang Allah beri percuma ni.
Suplemen yang Dr Shahir beri, CikYam belum makan lagi sebab CikYam habiskan dulu suplemen Shaklee yang dah CikYam beli lebih awal. CikYam tak makan yang Dr Shahir bagi tu sebab dua suplemen tu sama kan, minyak ikan. So, kasi habis yang Shaklee dulu.
Dr Shahir kata, untuk cepatkan penyembuhan sakit lutut, first kena ubah lifestyle. Maknanya, kena kurangkan berat badan. Yalah, CikYam kan obes. Lepas tu kena buat senaman yang bantu kuatkan sendi lutut. Ketiga, amalkan suplemen.
OsteNutrix kuatkan tulang. Omega Guard bantu jaga pelincir kat lutut tu. Sama fungsinya macam suplemen yang Dr Shahir beri pada CikYam. Nak dapatkan dua suplemen ni, KLIK SINI
Kesimpulannya, selepas empat hari rawatan sakit lutut di Poliklinik AmalMedik, CikYam dapat rasakan perubahan. lutut dah boleh bengkok. Cuma masih tak boleh nak lasak macam dulu la. Sekurang-kurangnya, dah boleh duduk atas kerusi di meja makan, dah boleh buang air duduk macam biasa di mangkuk tandas. Driving je CikYam belum buat lagi.
Terima kasih team POLIKLINIK AMALMEDIK.