Coretan 7: Hilang Pekerjaan, Takkan Selamanya Berendam Duka?

CikYam ialah seorang wartawan yang telah hilang pekerjaan selepas bergelumang dalam dunia media massa selama lebih 16 tahun. Pada usia 40-an, CikYam panik apabila terpaksa berdepan dengan situasi hilang pekerjaan, hilang gaji dan hilang maruah diri.

CikYam ambil kesempatan untuk mencoretkan kisah hidup selepas dua tahun hilang pekerjaan. Susah payah, derita dan bagaimana CikYam lalui kehidupan bersama suami OKU serta dua anak yang masih kecil berusia antara 4 tahun dan 6 tahun ketika CikYam diberitakan hilang pekerjaan.

Inilah coretan ke-7:

Walaupun emosi selepas hilang pekerjaan jadi tidak menentu, CikYam sedar bahawa CikYam tak boleh terus dibuai angin sendu sepanjang masa. Berita nama tersenarai dalam barisan individu yang bakal dibuang kerja bagaikan halilintar bunyinya, menggegar tangkai jantung. Takkan CikYam nak menepis halilintar itu dengan rintik-rintik gerimis, kan?

Kali terakhir selepas dibuang kerja, CikYam datang di depan pejabat dan menangis semahu-mahunya di dalam kereta.

CikYam perlu balas dengan ribut taufan berserta kilat yang memercikkan gelombang tsunami. Biar banjir semuanya membawa seluruh kotoran hitam digantikan dengan sesuatu yang baru dan cantik bersinar. Gittew.

Dua hari CikYam berkurung dalam bilik. Menangis dan merintih. Why me? Why me? Mereka tak tahu ke aku ni breadwinner? Mereka tak tahu ke suami aku ni OKU fizikal dan akulah yang menyara seisi keluarga? Mereka tak faham ke aku perlu terus bekerja sebab memang aku suka kerja sebagai wartawan dan gaji bulanan yang tetap sangat penting untuk kelangsungan hidup kami?

Ya Allah Ya Tuhanku. Tolong KEJUTKAN AKU daripada lamunan. Aku tak mahu selamanya jadi umpama gombal terperuk di lantai. Aku perlu bangkit, tumbuh segar dan gemuk umpama sayur bayam terlebih baja. Satu semangat yang CikYam dapat adalah apabila dengar suara anak-anak. Mereka masih kecil, belum faham kerasnya hidup ini. Kenapa perlu CikYam heret mereka ke dalam kebingungan ‘apa aku nak buat selepas ni?’

CikYam teringat kata-kata Pengasas Alibaba Group, Jack Ma. Kata beliau, apabila kita ingin sukses dalam kerjaya pada usia kita telah mencapai 40-an, lakukan sesuatu yang bagus atau pakar dalam bidang tersebut.

“When you’re 40 to 50 years old, my suggestion is you should do things you are good at.” JACK MA.

CikYam telah menulis selama lebih 16 tahun. Jadi, sudah pastilah apa yang CikYam boleh buat adalah menulis. Jenis penulisan yang CikYam bagus adalah penulisan rencana malah pernah menang anugerah sebagai Penulis Rencana Terbaik (Bahasa Melayu) oleh Malaysia Press Institute.

Yeah! Masanya untuk bergerak! Menulis! Tapi persoalannya, macam mana nak buat duit dengan menulis? Nantikan coretan ke-8 ya.

JURNAL PENULISAN

Apa itu Jurnal Penulisan?

Ini adalah satu ikhtiar yang CikYam gunakan untuk cuba menulis kisah hidup CikYam sendiri dalam bentuk manuskrip dan akhirnya boleh diterbitkan sebagai sebuah buku. Daripada buku Jurnal Penulisan inilah CikYam coretkan perjalanan demi perjalanan CikYam berdepan dengan situasi hilang pekerjaan.

Nak coretkan kisah anda sendiri? Jom dapatkan Jurnal Penulisan di sini (NAK JURNAL PENULISAN)

LINK CORETAN TERDAHULU

Baca juga: Coretan 1

Baca juga: Coretan 2

Baca juga: Coretan 3

Baca juga: Coretan 4

Baca juga: Coretan 5

Baca juga: Coretan 6

Support CikYam di facebook: CORETAN 1

Support CikYam di facebook: CORETAN 2

Support CikYam di facebook: CORETAN 3

Support CikYam di facebook: CORETAN 4

Support CikYam di facebook: CORETAN 5

Support CikYam di facebook: CORETAN 6

Support CikYam di facebook: CORETAN 7