Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Ceramah Penulisan Anekdot di Dewan Bahasa dan Pustaka

Facebook
Twitter
LinkedIn

CikYam tak pernah bermimpi untuk suatu hari nanti menjadi penceramah penulisan di satu institusi bahasa gah seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Namun, perkara yang tidak pernah dimimpikan itu menjadi kenyataan yang sangat indah buat diri CikYam.

Siapalah CikYam. Wartawan terluka yang hilang pekerjaan selepas lebih 16 tahun bergiat dalam dunia tersebut. Akhirnya, dengan berbekalkan pengalaman dalam dunia penulisan, minat menulis yang mendalam, CikYam dapat berkongsi ilmu dengan kakitangan DBP dalam Kursus Penulisan Anekdot.

Kursus itu selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Ogos 2024 bertempat di Bilik Latihan 1 dan 2, Aras 4, Wisma DBP, Kuala Lumpur. Kursus ini adalah kursus yang dibuka untuk kakitangan DBP sahaja.

Poster kursus dalaman DBP.

Selama dua hari, CikYam berkongsi mengenai elemen yang perlu ada dalam penulisan anekdot. Ramai penulis di luar sana yang membayangkan anekdot ini sama seperti cerpen. Ya, memang nampak sama namun ada kriteria yang membezakan antara anekdot dengan penulisan kreatif cerpen itu.

Antara peserta Kursus Penulisan Anekdot DBP.
Dalam kursus, CikYam berikan latihan untuk peserta mencuba buat anekdot sendiri.
Peserta kursus dihadiri oleh insan hebat, para Editor DBP.
Satu-satunya, peserta tunggal lelaki dalam kursus ni.

Alhamdulillah kursus berjalan lancar. Terima kasih kepada DBP kerana sudi bekerjasama dengan CikYam. Bagi mana-mana organisasi kerajaan atau swasta yang perlukan kursus penulisan, bolehlah hubungi CikYam untuk kita bekerjasama.

Sumber gambar: Facebook DBP

HUBUNGI CIKYAM

Read More

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top