Ayat Lewah, Menulis Dalam Keadaan Rugi

Hari ini CikYam nak cakap pasal ayat lewah. Time Pandemik Covid -19 ni elok berjimat. Bukan duit saja. Bahasa pun sama. Rugi menulis tapi orang tak baca. Lagipun menulis di media sosial ni, ruangnya terhad. Panjang-panjang tulis pun, takut orang bosan nak baca. Bahasa lewah adalah salah satu keadaan yang merujuk pada pembaziran perkataan.

Sebagai orang bisnes yang menjual di platform media sosial, korang kena ambil berat soal pemilihan perkataan untuk elak berlaku ayat lewah dalam copywriting.

Sebab itulah sebagai orang biz online kat facebook, kena ambil tahun pasal ayat lewah. Apatah lagi kat instagram. Lagilah kena tulis ayat padu. Jangan bazirkan perkataan. Setiap ruang sangat bermakna. Kan?

CikYam nak share sikit pasal macam mana nak tulis copywriting simple tanpa membazir perkataan yang dipanggil ayat lewah. Berjimat dik, berjimat. Bila sebut jimat je, mesti kita ingat duit je kan. Bahasa pun kita kena jimat. Tak leh membazir. Membazir kawan syaitonnn.

MEMBAZIR DALAM KONTEKS BAHASA

Kalau duit, korang dikatakan membazir bila korang beli benda yang tak perlu. Pantang nampak sale 70 peratus kan? Terus nak membeli walaupun sebenarnya barang tu tidak kita perlukan. Dalam bahasa pulak, pembaziran yang CikYam nak maksudkan adalah membazir perkataan. Istilah membazir dalam linguistik dipanggil ayat lewah.

Apa maksud ayat lewah? Maksudnya adalah tak perlu letak perkataan kat dalam ayat tu tapi kita letak jugak. Kononnya nak cantikkan ayat. Tapi hasilnya cuma penuhkan ruang saja padahal maksudnya sama. Kesan buruk ayat lewah ni macam Cik Yam sebut tadi. Ayat panjang tapi maksud sama.

Nak tengok contoh ayat lewah?

CONTOH AYAT LEWAH 1

👉 PENING KEPALA
Kenapa lewah? Sebab pening memang di kepala je. Tak ada anggota badan lain boleh kena pening. Pernah dengar pening perut? Tak pernah dan tak mungkin berlaku. Jadi, sebut je pening sebab dah tentu-tentu memang kat kepala. Tak perlu bazirkan perkataan kepala.

Contoh Ayat Yang Selalu Kita Guna:
Mek rasa PENING KEPALA hari ini kerana duit RM1,000 yang suami Mek bagi semalam sudah habis Mek labur belanja sakan. ❌

CONTOH AYAT LEWAH 2

👉 HUJAN TURUN
Kenapa lewah? Sebab hujan tak pernah sifatnya naik! Hujan memang turun.

Contoh Ayat Yang Selalu Kita Guna:
Syoknya Mek minum kopi panas sambil tengok HUJAN TURUN. Redup, tenang saja suasana. ❌

CONTOH AYAT LEWAH 3

👉 MAJU KE DEPAN
Kenapa lewah? Korang pernah nampak maju ke belakang? Tu bukan maju dik. Tu mundur. Kalau maju, memang ke depan. Orang politik suka guna ayat lewah ni. Hahahaha

Contoh Ayat Yang Selalu Kita Guna:
Undilah YB Mek. Saya akan pastikan kampung ini makin maju ke depan dengan infrastruktur yang terkini!

Banyak lagi contoh ayat lewah yang selalu diguna. Jadi, berhati-hati ketika menulis sebab pembaziran perkataan boleh membuatkan ayat kita bukannya semakin baik. Memang panjang tapi maksudnya sama.

Ayat-lewah-tak-menjadikan-ayat-kita-bertambah-sedap.-Sebaliknya-ayat-hanya-tambah-panjang-tanpa-sebarang-penambahan-makna

KEBURUKAN MENULIS AYAT LEWAH

OK, jom CikYam terangkan sikit mengenai keburukan bila menulis ayat lewah. Korang kena ambil tahu tau supaya konten koreng jadi lebih mantap.

1) AYAT TAK PADAT
Bila menulis gunakan perkataan yang lewah, ayat akan jadi panjang. Namun panjang ayat itu tak membawa sebarang erti sebab maksud ayatnya sama sahaja.

2) RUGI RUANG
Ayat yang panjang akan guna lebuh banyak ruang. Jika konten itu hendak diterbitkan di media sosial misalnya instagram, rugilah sebab di situ ruangnya terhad.

OK, jumpa lagi dalam artikel yang lain ya.

#CikYamGhostWriter