Boleh Ke Suri Rumah Jadi Penulis Upahan Profesional?
Suri rumah boleh jadi penulis profesional ke? Helo! Korang tahu tak sebenarnya ramai penulis upahan yang hebat-hebat di luar sana tu sebenarnya ialah seorang suri rumah. Nampak je mereka ni duduk di rumah, jaga anak, hantar ambik anak sekolah, tetapi di sebaliknya mereka ini ialah pemegang ijazah, ijazah sarjana dan juga ijazah doktor falsafah tau.
Mereka juga ada yang mempunyai pengalaman sebagai kakitangan profesional bertahun-tahun lamanya. Mereka jadi suri rumah kerana mahu lebih dekat dengan suami dan anak. Justeru, tidak mustahil mereka ni mampu menjadi penulis upahan yang berpotensi besar.
Penulis upahan ialah individu yang menyediakan perkhidmatan menulis dan meraih pendapatan daripada upah yang diterima. Seorang penulis upahan boleh jadi seorang penulis profesional apabila dia memahami cara kerja dan menyediakan perkhidmatan menulis dengan cara yang profesional.
Apa maksud profesional? Maksudnya adalah apabila perkhidmatan disediakan mengikut prosedur yang betul dan ada standard operating procedure (SOP) yang dilakukan apabila hendak melaksanakan sesuatu tugasan. Atas sebab itulah, CikYam menyarankan sesiapa sahaja yang mahu menjadikan penulis upahan sebagai kerjaya, perlulah lengkapkan diri dengan ilmu.
ILMU PENULIS UPAHAN
Untuk aktif sebagai penulis upahan, pertamanya korang perlu ada ilmu sebagai penulis upahan itu sendiri. Perlu tahu cara deal dengan bakal klien korang. Maksudnya, kalau bakal klien tanya mengenai satu-satu tugasan, korang boleh jawab dan puaskan hati mereka.
Jangan teragak-agak kerana tidak pasti macam mana nak deal dengan betul. Hal itu boleh jatuhkan reputasi anda. Malah bakal klien pun selalunya akan jadi tidak yakin untuk berurusan dengan korang.
Kuasai cara berkomunikasi dengan bakal klien. Berkomunikasi dengan yakin. Macam mana nak yakin? Korang sendiri kena kenal pasti jenis-jenis konten yang korang boleh tawarkan kepada bakal klien.
Contoh: CikYam hanya ambil job menulis copywriting, rencana (artikel) dan menyediakan servis urus media sosial klien. So, kalau ada klien nak tulis konten lain misalnya kertas kerja atau proposal untuk dapatkan pinjaman bank, CikYam terus maklumkan kepada klien bahawa CikYam tak buat servis tersebut.
Selain itu, kalau klien bertanya mengenai berapa kadar upah untuk menulis copywriting, CikYam dah ada siap-siap jadual jenis teks dan kadar upahnya. Itulah antara SOP yang CikYam buat sendiri untuk menjadikan proses jual-beli antara CikYam dan klien berjalan dengan lebih mudah.
Inilah antara ilmu sebagai penulis upahan. Maksud CikYam, penulis upahan bukan hanya perlu tahu menulis tetapi penulis upahan perlu tahu cara deal dengan klien.
BUKU SAYA NAK! JADI PENULIS PROFESIONAL
Buku CikYam tulis ni bakal berada di pasaran tak lama lagi. Tapi jangan ditanya bila nak publish ya. Masih di peringkat akhir, cuma belum masuk kilang cetak je.
Apa-apa pun, CikYam nak sangat beritahu korang semua, buku ni amat sesuai sebagai bacaan untuk korang yang nak jadikan bidang penulisan ni sebagai satu kerja profesional. Selain mengenai tip penulisan, ada juga cara berkomunikasi dengan klien dan juga branding diri sebagai penulis di media sosial.
APA YANG MENARIK PASAL BUKU NI?
Dalam buku ni ada CikYam masukkan mengenai golongan graduan dan suri rumah yang ingin bergiat dalam bidang penulis upahan. Tiada mustahil! CikYam sendiri jadi penulis upahan selepas hilang pekerjaan sebagai wartawan.
Selepas suri rumah bergelar penulis upahan, bagaimanakah korang hendak teruskan kerjaya tu sebagai penulis profesional? Sebenarnya, ramai penulis upahan di luar sana yang sebenarnya ialah seorang suri rumah. Mereka ni nama je suri rumah tetapi di sebaliknya mereka ini ialah pemegang ijazah, ijazah sarjana malah juga seorang pemegang ijazah kedoktoran. Ini yang CikYam dah jelaskan di atas tadi.
Dalam buku ni juga, CikYam ada masukkan pasal storytelling. Ini termasuklah storytelling dalam naskhah kreatif dan juga penulisan dalam media sosial.
Ada banyak lagi yang CikYam sentuh dalam buku ni. Ada pasal penulisan rencana, pasal tip menulis tajuk dan paling menarik CikYam rasa adalah pasal branding. Macam mana nak branding kan diri sebagai penulis upahan atau penulis profesional supaya lebih mudah dikenali sekali gus lebih mudah mendapatkan klien yang mengupah korang menulis.
Sebarang update pasal buku ni akan CikYam uar-uarkan di blog CikYam ni ya.