Suri Rumah Nak Sambung Master, Ini 4 Perkara Yang Perlu Diambil Kira
Master adalah ijazah sarjana selepas seseorang tu dah ada ijazah sarjana muda atau degree. Bebaru ni, CikYam terfikir nak sambung belajar. Nak sambung apa yang tertinggal dulu. Terasa sayang kalau tak sambung belajar dalam bidang yang CikYam minat iaitu linguistik.
CikYam dapat degree dari Universiti Teknologi MARA pada 2003 dulu. Lepas tu terus tak sambung belajar dah. Selepas 18 tahun, CikYam terpanggil nak sambung belajar. Fuhhhh 18 tahun weh. Ruginya rasa mensia-siakan masa berlalu macam tu je tanpa dimanfaatkan dengan menyambung belajar.
Sarjana muda dari UiTM tu CikYam ambil bidang penulisan. Tesis yang CikYam buat pun adalah penyelidikan pasal gaya bahasa dalam lirik lagu. Kali ini, CikYam buat keputusan untuk sambung belajar dalam bidang linguistik sepenuhnya. Mengkaji bahasa.
Tapi satu yang CikYam fikir adalah bagusnya jika CikYam menambah satu manfaat dalam pengajian iaitu pendidikan. Maknanya CikYam akan belajar linguistik bahasa Melayu dengan pendidikan. Sebabnya, alangkah bagusnya jika ilmu yang CikYam ada ni mampu untuk CikYam manfaatkan dengan mencurahkannya pada orang lain.
HIKMAH KENA BUANG KERJA
Pandemik ni banyak merobah hidup CikYam. Memula sekali dibuang kerja. CikYam hilang pekerjaan sebagai wartawan selepas lebih 16 tahun CikYam berkhidmat dalam bidang kewartawanan ni. Memang rasa terduduk sesangat. Macam tak percaya tetiba hilang kerja, hilang gaji bulan-bulan.
Tapi di sebalik kena buang kerja ni, banyak hikmah yang CikYam nampak. Selain lebih banyak masa dengan keluarga, CikYam jugak lebih banyak masa merenung diri sendiri. Banyak kekurangan yang CikYam nampak. Selama ni lalai sesangat.
Satu lagi hikmahnya, CikYam terpanggil nak sambung belajar pada peringkat master dan seterusnya ijazah doktor falsafah atau phD. Insya-Allah. Apa-apa pun, selesaikan master dulu lepas tu baru boleh fikirkan soal phD pulak.
4 PERKARA KENA FIKIR SEBELUM SAMBUNG BELAJAR
Sebelum nak sambung belajar pada peringkat master, banyak benda yang perlu difikirkan. Ini kerana master termasuk dalam kategori pengajian pascasiswazah. Maksudnya, yang belajar pada peringkat ini adalah mereka yang sudah ada sarjana muda.
Kiranya, yang sambung belajar pada peringkat ini mesti ada sebab musababnya. Sama ada keperluan untuk naik pangkat atau keperluan sebagai pengiktirafan sebagai pendidik di universiti. Keperluan pengajian yang tinggi komitmennya.
So, sebelum CikYam nak sambung master ni, banyak yang CikYam fikirkan. Antaranya:
1) MASA
CikYam dah kena buang kerja. Nak ikutkan, memang banyak masa terluang. Yelah, nama pun suri rumah. Jadi CikYam takde keperluan untuk keluar bekerja 9 to 6 macam dulu. Ada banyak masa. So, bab ni alhamdulillah. CikYam happy.
2) TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ISTERI DAN IBU
Bab ni memang kena fikir betul-betul. Masa belajar di UiTM dulu, bujang lagi. Tak ada komitmen isteri dan ibu pun. Bebas ke mana je. Nak pergi perpustakaan ke, nak lepak mamak ke, semuanya bebas. Tapi kali ini, lain sesangat.
CikYam ada suami. OKU pulak tu. Dia tak kerja. Tapi alhamdulillah dia boleh jaga anak di rumah. Dia boleh juga hantar anak ke sekolah.
Benda pertama yang CikYam buat adalah mintak restu suami. Izin suami sangat penting. Insya-Allah, bila suami izin dan restu, urusan nak belajar ni dipermudahkan. CikYam jugak mintak doa daripada emak CikYam kat kampung. Moga dipermudahkan urusan CikYam nak belajar ni.
CikYam anggap perkara nombor 2 ni pun luluslah hendaknya.
3) KEWANGAN (YURAN BELAJAR)
Sebagai wartawan yang dah kehilangan kerja, sekarang CikYam suri rumah sepenuh masa. Takde gaji bulan-bulan. Tapi keyakinan untuk sambung belajar tu membuak-buak. Bukan terlebih yakin, cuma CikYam semangat nak sambung belajar. Bab duit, CikYam akan korek saki-baki dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Hahahahahaha. Moga dipermudahkanlah ye.
Suami CikYam pun tak bekerja. Dia niaga burger dari apartment dan juga buat servis angkut sampah di apartment kitorang ni. CikYam faham situasi dia dan tak mengharapkan dia untuk support CikYam dari segi kewangan. Sokongan moral dan semangat daripada suami pun dah memadai. Yang penting dia faham keadaan CikYam sebagai mahasiswa nanti.
Bab ketiga ni pun CikYam anggap luluslah jugak. Moga bab kewangan ni dipermudahkanlah dengan keadaan CikYam dan suami tak ada pendapatan tetap ni. Moga tak tersepit untuk bayar yuran. Insya-Allah duit upah menulis sebagai penulis upahan pun boleh membantu.
4) APA SELEPAS MASTER DAN PHD?
Bab keempat ni kena fikir jugak. Sebab ramai yang sambung pengajian pascasiswazah ni sebab nak naik pangkat atau keperluan sebagai pengsyarah universiti. Tapi CikYam ni kerja pun tak. Hanyalah seorang suri rumah. So, apa keperluan CikYam untuk sambung belajar?
Yang ni nantilah CikYam cerita lagi. Masih jauh bab ni. Doakan urusan CikYam untuk sambung belajar ni dipermudahkan. Seronok nak sambung belajar ni sebab rasa macam tergembur kembali cita-cita nak belajar ke peringkat setinggi yang boleh.
Korang mesti suka entri di bawah ni. KLIK SINI
Khairiah
Assalamualaikum CikYam, saya ada baca yang cik yam ambik upah sebagai penulis upahan, boleh cik Yam kongsi x apa yang cik yam buat atau pengalaman cik yam sebagai penulis upahan. Terima kasih. Semoga Allah mudahkan segala urusan Cik Yam sekeluarga.