Ketahui 2 Teknik Mudah Tulis Tema & Intro Dalam Storytelling

Storytelling adalah salah satu cara penulisan yang sangat menyeronokkan. Dalam penulisan storytelling, penting sesangat untuk kita ketahui dua benda asas dalam pembinaannya storytelling tu sendiri. Apa dia? Benda asas itu adalah TEMA & INTRO.

Selama 16 tahun jadi penulis secara profesional iaitu penulis buku umum dan wartawan, ilmu asas pasal tema dan intro ni memang sangat kena ambil berat. Jangan risau, tip ni sangat mudah sebab CikYam simple kan. CikYam permudahkan. Senang korang nak hadam.

Dulu CikYam menulis untuk tugas sebagai wartawan. Sekarang CikYam nak share ilmu ni sebab ianya sesuai untuk penulisan copywriting dengan teknik storytelling.

Impian CikYam adalah nak bantu geng mak biz untuk buat copywriting style storytelling. Benda ni biar iklan korang tu tak nampak hardsell. Tulis iklan dan buat orang suka baca. Biar info tu masuk slowly dalam minda pembaca. Penghadaman produk berlaku secara tak sedar. Haaa gittew.

OK jom, moga ilmu yang Allah pinjamkan pada CikYam ni bermanfaat apabila CikYam panjangkan dalam blog ni untuk dikongsi bersama.

TEMA DALAM STORYTELLING

Tema ni sebenarnya adalah idea utama pasal konten. Maksudnya kat sini, kita kena tahu kita ni nak tulis pasal apa? Tema ni luas. Kita kena kecikkan tema tu. Kenapa kena kecikkan tema? Supaya kita lebih fokus.

CikYam ambik satu contoh produk Haus Cosmetics iaitu Serum Calendula. So apa yang nak difokuskan kat tema ni?

List down macam ni:
Produk: Serum Calendula
Tema: Kalau ada warna, ada bau = betul ke serum tak ori?

Bila buat list macam ni, penulisan kita jadi lebih fokus dan teks tak akan tersasar daripada tema asal yang kita nak buat.

INTRO DALAM STORYTELLING

Secara mudahnya, intro ni benda paling atas dalam konten kita. Gagal buat intro yang best, konten kita akan turut gagal sebab orang dah kurang minat nak baca.

Sepanjang CikYam jadi penulis atau wartawan, intro ni memang paling susah nak dibuat dan selalu kena cencang oleh editor. Pernah masa CikYam memula jadi wartawan dulu, CikYam kena azan dengan editor sebab intro terjun gaung. Biasanya lepas kena azan, rasa insof tu akan menyelinap dan serik nak memain dengan konten walaupun sekadar intro yang panjangnya tak sampai 70 patah perkataan pun.

So, nampak tak pentingnya intro kat sini? Kalau nak iklan storytelling korang tu dibaca sampai habis, silalah buat intro yang power. Nak tahu apa sifat-sifat intro? Jom kita kenal siapa sebenarnya intro ni. Orang kata tak kenal maka tak cinta. So nak intro sedap, bercintalah dengan intro ni ye.

Jangan ambil mudah mengenai intro. Intro yang lemah menjadikan pembaca kurang minat untuk teruskan membaca.

Apa sifat intro? Sifat intro adalah menyokong tema yang telah kita tetapkan tadi.

Untuk menjadikan konten tu sebagai storytelling, dekat intro ni tolong jangan masuk terus pasal produk. Kalau masuk terus pasal produk, dah tak jadi storytelling. Korang kena kreatif buat intro yang menyokong tema tu. Bermain dengan bahasa, bermain dengan emosi. Intro bukan tempat kita tulis pasal produk terutamanya untuk gaya penulisan storytelling.

Macam mana nak buat intro gaya storytelling? Salah satu tip, KAITKAN DENGAN KEHIDUPAN.

Contoh CikYam buat kat sini.

Hidup kat dunia ni penuh warna-warni. Tak syok la kalau semuanya tak berwarna. Pucat lesi tak ubah bak mayat terbujur kaku. Haaa CikYam masuk bab jenazah pulak dah hari ni. Takde warna, takde la pelangi kehidupan, kan?

Intro ni tak perlu panjang sangat tapi janganlah pendek sangat. Bila orang baca, orang akan faham yang kita nak sembang pasal warna. Sebab apa? Sebabnya perkataan warna ada tiga kali diulang. Pasak dalam kepala nak citer pasal warna tu dalam intro. Ini namanya penegasan pasal tema dalam intro dan orang yang baca akan fokus dengan apa kita nak citer dalam konten tu.

👉Follow fb page Puan Maryam Elyas
👉Share posting ni moga lebih ramai geng mak biz dapat manfaatnya. Share untuk team biz korang ❤️

ANDA PASTI BERMINAT JUGA DENGAN ENTRI DI BAWAH:

storytelling menjual tapi tak nampak menjual