Sandwic Kegemaran Mr Mama, Inti Penuh Dengan Limpahan Kasih Sayang

CikYam ni suka makan sandwic tapi nak membuat tu tak berapa kreatif. Sandwic yang sedap ni sebenarnya kita kena buat dengan kreatif. Bukan main buat je. Setiap lapisan tu kena fikir apa yang patut diletak. Bukan setiap sandwic boleh diletak bahan yang sama.

Mr Mama suka betul makan sandwic. Biasa kalau kat rumah, CikYam buat sandwic sardin je. Lepas tu tekap guna sandwich maker yang jadi segitiga tu. Itu je lah. Tak reti nak buat berlapis-lapis dengan ayam la, daging lembu la.

Tapi bebaru ni, CikYam jumpa tukang buat sandwic yang superbbbb. Memang best. Sandwic yang tak kedekut inti. Inti dia penuh melimpah macam limpahan kasih sayang gitu.

TIP BUAT SANDWIC SEDAP

Inilah tuan punya SR Nutrilicious Homemade dengan pelanggannya, pelakon Rita Rudaini.

SR Nutrilicious Homemade ni adalah bisnes dari rumah yang dibuat oleh seorang surirumah, Suria Rashid. Ada macam-macam perisa sandwic yang dia buat. Menariknya, sandwic ini turut mendapat perhatian artis tempatan yang terkenal.

Kata Suria, sedap itu subjektif. Tapi untuk dia mengekalkan cita rasa sandwic, ada tiga perkara yang diteliti dengan betul iaitu inti, teknik dan bahan.

INTI SANDWIC

Inti misalnya daging lembu dan ayam perlu dimasak sempurna. Rasa masin inti biarlah pada tahap minimum sebab akan bergabung dengan masin daripada keju dan marjerin.

“Keenakan inti memang berbeza dengan setiap orang yang memasak inti tu. Sebagai guru yang mengajar membuat sandwic, walaupun saya sediakan resipi, rasa inti yang dimasak anak murid memang akan jadi lain. Ini dinamakan air tangan masing-masing,” kata Suria.

TEKNIK BUAT SANDWIC

Teknik susunan sayur, inti dan sos juga memainkan peranan jika nak buat sandwic yang sedap. Bagi Suria, ada sebab kenapa dia tidak letak tomato dengan inti. Dan susunan sayur adalah bersama kepingan keju. Semuanya ada sebab kerana boleh menyebabkan sandwic cepat basi dan rasanya berbeza.

BAHAN MEMBUAT SANDWIC

Bahan untuk membuat sandwic juga Suria suka menggunakan bahan segar. Sayur segar memberikan rasa manis dan rangup bila dimakan. Begitu juga dengan ayam dan daging lembu yang digunakan.

SANDWIC BY SR NUTRILICIOUS

Jom tengok gambar ni.

.

.

.

.

.

.

MACAM MANA NAK ORDER SANDWIC NI?

Senang je. Boleh tengok facebook Suria Rashid atau instagram Suria Rashid.

Jom order sekarang! Yummy!

ANDA MESTI SUKA BACA REVIEW DI BAWAH INI JUGA.

REVIEW KEK SURICO

REVIEW GOLDEN SALTED EGG PEYEK

Nak CikYam review produk anda? PM CikYam di ruangan HUBUNGI CIKYAM.