Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Keabadian Cinta Melalui Penulisan, Kelas Februari 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn

Kepada anda yang bergelar penulis ataupun yang ingin bergiat aktif dalam dunia penulisan, CikYam nak tanya satu soalan.

Pernah tak, anda rasa begini?
  • Dah banyak sertai kelas penulisan, tapi masih keliru nak mula dari mana.
  • Menulis rencana digital, tapi pembaca tak ramai.
  • Nak menjual melalui tulisan, tapi tak pasti bagaimana guna copywriting.

Jika anda ada perasaan di atas, ini solusi untuk anda.

 

 

 

Kelas Penulisan Online PROWRITER Februari 2026 direka khas untuk penulis yang:
  • Mahu menulis dengan lebih fokus dan berstrategi.
  • Mahu menjadikan penulisan sebagai kemahiran bernilai.
  • Mahu faham bagaimana tulisan boleh menjual idea, jenama dan diri sendiri.

Dalam siri webinar ini, CikYam akan membimbing anda melalui tiga kelas penulisan praktikal yang boleh terus diaplikasikan, walaupun anda masih dalam peringkat permulaan.

Dengan tema Keabadian Cinta Melalui Penulisan, CikYam sediakan tiga kelas untuk anda.

Kelas apa yang ada sepanjang Februari 2026 ini?

1) Kelas Penulis Upahan – RM59
Tarikh: 14 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 10 pagi hingga 2 petang

2) Kelas Copywriting Storytelling (Penceritaan Jenama) – RM99
Tarikh: 21 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 10 pagi hingga 2 petang

3) Kelas Penulisan Rencana Berstrategi – RM99
Tarikh: 28 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 10 pagi hingga 2 petang

JOM TENGOK DETAIL SATU-SATU KELAS

 

1) Kelas Penulis Upahan

Tarikh: 14 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 10 pagi hingga 2 petang

Ada ramai penulis upahan di luar sana namun CikYam mahu kita semua jadi penulis upahan yang berpendapatan tetap. Bukan hanya nama penulis upahan tapi upahnya tak pernah pun masuk poket kerana gagal mendapat klien.

Sebagai penulis, CikYam faham ramai yang ingin menjadikan penulisan sebagai kerja yang boleh dilakukan secara santai di rumah, namun boleh tambah income. Pun begitu, ada yang masih belum tahu cara betul untuk ‘terjun’ ke dunia ini.

Selepas hilang pekerjaan wartawan pada 2021, CikYam menjadikan penulis upahan sebagai punca utama pendapatan. Modul Kelas Penulis Upahan in CikYam susun step by step supaya anda faham perjalanan menjadi penulis upahan yang insya-Allah tidak akan gagal mendapat bayaran daripada klien.

Untuk siapa?

  • Penulis upahan yang mahu jadi lebih profesional.
  • Penulis upahan yang sering keliru soal berapa harga perlu caj pada klien.
  • Penulis yang mahu bina kerjaya penulis upahan dengan yakin.
  • Penulis upahan yang tak pasti cara branding diri di media sosial.
  • Penulis upahan yang nak tahu di mana klien berada.

Apa yang anda akan pelajari?

  • Apa sebenarnya kerjaya penulis upahan?
  • Jenis-jenis klien dan projek penulis upahan.
  • Cara berkomunikasi dengan klien secara profesional.
  • Cara tetapkan harga dan elakkan situasi tidak dapat bayaran.
  • Etika, kontrak dan mindset penulis upahan.

Hasil kelas:
Anda akan lebih yakin membawa diri sebagai penulis profesional. Ramai gelar diri penulis upahan, tapi sebenarnya mereka hanya penulis yang menunggu nasib. Anda jangan jadi seperti itu.

Info mengenai Kelas Penulis Upahan juga boleh dirujuk di sini:

> https://maryamelyas.my/kelas-online-penulis-upahan-cikyam-apa-kata-peserta/ 

2) Kelas Copywriting Storytelling (Penceritaan Jenama)

Tarikh: 21 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 10 pagi hingga 2 petang

Modul kelas ini telah diakui berkesan oleh pihak MYNIC Berhad. Menariknya, modul ini adalah gabungan penulisan copywriting dan penulisan storytelling. Jadi, masuk kelas ini bermakna anda mendapat dua ilmu dalam satu masa.

Untuk siapa?

  • Usahawan
  • Copywriter (penulis iklan)
  • Penulis media sosial
  • Pemilik jenama yang mahu bercerita dengan berkesan

Apa yang anda akan pelajari?

  • Asas storytelling dalam copywriting.
  • Cara membina cerita jenama yang dihormati.
  • Teknik emosi dalam penulisan jualan.
  • Struktur penceritaan yang membuat orang membaca hingga habis.
  • Kesalahan biasa copywriting yang membunuh kepercayaan pelanggan.

Hasil kelas:
Anda akan tahu cara menulis ayat jualan yang manusiawi, meyakinkan dan berjiwa, bukan sekadar ayat promosi hardsell dan over claim.

Info mengenai Kelas Copywriting Strorytelling juga boleh dirujuk di sini

> https://maryamelyas.my/brand-storytelling-teknik-penulisan-pemasaran-terkini-perlu-dikuasai/

> https://maryamelyas.my/kelas-copywriting-storytelling-di-hq-tupperware-brands-subang/

3) Kelas Penulisan Rencana Berstrategi

Tarikh: 28 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 10 pagi hingga 2 petang

Untuk siapa?

  • Penulis rencana digital
  • Penulis blog
  • Penulis yang mahu karya lebih relevan pada hari ini

Apa yang anda akan pelajari?

  • Apa itu rencana berstrategi dan bezanya dengan rencana biasa.
  • Rahsia membuat tajuk dan intro yang berkesan dengan formula STM.
  • Cara memilih sudut penulisan yang kuat dan bernilai berita.
  • Teknik membina hujah, data dan emosi dalam rencana.
  • Cara menulis rencana yang menarik perhatian pembaca.
  • Kesalahan biasa penulis rencana dan cara elakkannya.

Hasil kelas:
Anda akan faham cara merancang rencana dengan lebih matang, jelas dan berimpak. Anda tidak lagi menulis secara ‘syok sendiri’. Anda tahu apa yang mahu ditulis, untuk siapa dan kenapa ia penting.

Yuran Kelas

  • Kelas Penulis Upahan — RM59 sahaja
  • Kelas Copywriting Storytelling — RM99 sahaja
  • Kelas Penulisan Rencana Berstrategi — RM99 sahaja

Harga ini sangat berbaloi kerana anda belajar dengan individu yang telah terbukti memudahkan urusan penulis dalam kerjaya mereka. Dalam masa empat jam, anda bukan sekadar belajar teknik tetapi anda belajar cara berfikir sebagai penulis profesional.

PROFIL PENGAJAR

Maryam Elyas atau lebih dikenali sebagai CikYam ialah seorang penulis profesional dan jurulatih penulisan bertauliah HRD Corp dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri kreatif merangkumi editorial majalah, editorial berita dan dunia penulis upahan.

Beliau berkhidmat sebagai wartawan media arus perdana sebelum beralih sepenuhnya ke dunia penulis upahan profesional sejak tahun 2021. Sepanjang kerjayanya, CikYam telah terlibat dalam pelbagai projek penulisan melibatkan:

  • rencana dan penulisan editorial
  • buku autobiografi dan coffee table book
  • penulisan korporat dan penjenamaan
  • copywriting dan penceritaan jenama

CikYam juga merupakan Pengasas PROWRITER dan melalui jenama ini, beliau membina kejayaan sebagai penulis dan jurulatih penulisan yang aktif melatih penulis, freelancer dan usahawan untuk menulis dengan strategi, etika dan nilai komersial.

Pengalaman jatuh bangun sebagai wartawan, penulis upahan dan usahawan menjadikan pendekatan pengajaran CikYam realistik, praktikal dan berterus terang. Sesuai untuk penulis yang mahu menulis dengan lebih berstrategi dan menarik.

Beliau pernah diiktiraf sebagai Penulis Rencana Terbaik (Bahasa Melayu) oleh Malaysia Press Institute (MPI) dan menang wang tunai RM25,000 dalam Peraduan Penuhi Impian Bank Rakyat bagi penulisan storytelling. Terkini, CikYam dilantik sebagai Fellow Elite Universiti Malaya (2026–2027) dan aktif berkongsi kepakaran penulisan konten digital kepada mahasiswa.

Jika anda mahu menambah ilmu penulisan, anda belajar dengan orang yang betul.

Jom Ubah Gaya Penulisan Anda

Berikan ruang kepada diri anda untuk menulis dengan lebih yakin dan berstrategi. Borang pendaftaran rasmi dan cara pembayaran akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Anda boleh WhatsApp CikYam dahulu untuk CikYam senaraipendekkan. Terima kasih. KLIK SINI UNTUK DAFTAR AWAL.

 

Read More

1 thought on “Keabadian Cinta Melalui Penulisan, Kelas Februari 2026”

  1. Pingback: Bagaimana Bidang Penulisan Boleh Jadi Sumber Income Selepas Hilang Kerja? - CikYam

Comments are closed.

Scroll to Top