Coretan 5: Interview Bersama Radio Zayan
CikYam ialah seorang wartawan yang telah hilang pekerjaan selepas bergelumang dalam dunia media massa selama lebih 16 tahun. Pada usia 40-an, CikYam panik apabila terpaksa berdepan dengan situasi hilang pekerjaan, hilang gaji dan hilang maruah diri.
CikYam ambil kesempatan untuk mencoretkan kisah hidup selepas dua tahun hilang pekerjaan. Susah payah, derita dan bagaimana CikYam lalui kehidupan bersama suami OKU dan dua anak yang masih kecil berusia antara 4 tahun dan 6 tahun ketika CikYam diberitakan hilang pekerjaan.
Inilah coretan ke-5:
Berita CikYam hilang pekerjaan mulai tersebar. Sana sini orang bertanya, Yam kena buang kerja ke? CikYam tak salahkan sesiapa. Memang CikYam banyak menulis di facebook pasal CikYam kena buang kerja.
“Yang keluar kat Radio Zayan tu, Yam kan?” Ramai yang bertanya kat emak CikYam.
Ya, memang radio Zayan interview CikYam pasal situasi hilang pekerjaan selepas penerbitnya terbaca kisah CikYam di internet. Kisah CikYam kena buang kerja ada masuk dalam website majalah Pesona Pengantin, masuk dalam website Kita Reporters. Gitulah.
CikYam fikir, sampai bila nak sorok berita hilang pekerjaan ni. Lambat laun, orang akan tahu jugak. Biarlah. Biarlah mereka berkata-kata. Ada yang melahirkan simpati, tidak kurang yang mengatakan ‘padan muka’.
“Dia tak kerja, suami pun tak kerja. Macam manalah agaknya nak hidup ya?” Itulah antara soalan-soalan daripada mereka di luar sana.
Interview bersama Radio Zayan, sekurang-kurangnya memberikan CikYam kekuatan secara tidak langsung. Walau dalam rasa lelah, CikYam bina semangat dan CikYam akui bukan CikYam sorang yang terkesan dengan pandemik ni. Ramai.
CikYam kena kuat dan persetankan saja kata-kata mereka yang selalu buat CikYam sedih akibat hilang pekerjaan. Kata mereka, CikYam ni macam sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah suami OKU dan tiada pendapatan tetap, sekarang dia pulak hilang pekerjaan dan tiada pendapatan.
Allah, kuatkan hati aku.
JURNAL PENULISAN
Apa itu Jurnal Penulisan?
Ini adalah satu ikhtiar yang CikYam gunakan untuk cuba menulis kisah hidup CikYam sendiri dalam bentuk manuskrip dan akhirnya boleh diterbitkan sebagai sebuah buku. Daripada buku Jurnal Penulisan inilah CikYam coretkan perjalanan demi perjalanan CikYam berdepan dengan situasi hilang pekerjaan.
Nak coretkan kisah anda sendiri? Jom dapatkan Jurnal Penulisan di sini (NAK JURNAL PENULISAN)
LINK CORETAN TERDAHULU
Baca juga: Coretan 1
Baca juga: Coretan 2
Baca juga: Coretan 3
Baca juga: Coretan 4
Support CikYam di facebook: CORETAN 1
Support CikYam di facebook: CORETAN 2
Support CikYam di facebook: CORETAN 3
Support CikYam di facebook: CORETAN 4