Kelas Copywriting Storytelling di HQ Tupperware Brands, Subang
Copywriting Storytelling adalah satu topik yang sangat best. CikYam suka tajuk ni apatah lagi menulisnya. Objektif penulisan copywriting storytelling adalah buat orang baca iklan tanpa sedar itu adalah iklan. Macam mana boleh jadi macam tu? Dia jadi macam tu apabila kita lebihkan bercerita dan bukannya lebihkan iklan. Masukkan elemen iklan tu dalam penceritaan.
CikYam amat teruja apabila dijemput oleh pihak Tupperware Brands untuk mengadakan sesi Kelas Copywriting Storytelling kepada ejen-ejen plastik ajaib ni. Mereka mahukan ejen Tupperware dapat membuat ayat iklan di media sosial dengan lebih baik berbanding hanya menulis ciri-ciri produk.
Pada 2 Mac 2024, CikYam dan seorang krew pergi ke HQ Tupperware yang terletak di Subang. Tak jauh pun dari kediaman CikYam. Sesi CikYam adalah pukul 3 petang.
CikYam berurusan dengan leader Tupperware iaitu Ezwani. Turut ada semasa event itu ialah MD Carolyn dan DSM Nash. Happening sungguh!
CikYam mulakan sesi dengan pengenalan kepada apa itu copywriting. Kenapa copywriting selalunya gagal convert kepada sales?
Seronok sangat bersama team ejen Tupperware yang kebanyakannya adalah leader.
Sambil berkongsi ilmu, CikYam turut bawa buku PROWRITER. Ini kerana dalam buku ni penuh dengan ilmu penulisan termasuklah penulisan ayat iklan iaitu copywriting dan juga storytelling.
Asma ni ialah seorang leader Tupperware di Samarahan, Sarawak. Selepas membelek dan mendapatkan senaskhah buku PROWRITER, pada 19 Mac 2024, dia order lagi empat naskhah untuk team di Sarawak. Nampaknya buku PROWRITER amat membantu team Tupperware untuk buat ayat iklan yang berkesan. Kalau tidak, takkanlah mereka beli lagi. Kan?
SUASANA KELAS COPYWRITING STORYTELLING
Jom CikYam tunjukkan beberapa gambar suasana ketika sesi kelas ini berlangsung.
Masa sesi kelas ini, CikYam minta mereka bercerita mengenai kisah masing-masing. Bukan apa, sebabnya untuk membuat storytelling, kita kena ada kemampuan untuk bercerita. Paling mudah cerita mengenai diri kita sendiri kerana kita kenal diri kita.
Hal ini memudahkan kita teknik nak kenal produk yang kita jual. Apabila kita betul-betul kenal produk yang kita jual, mudah kita nak bercerita mengenai produk itu. Barulah mudah juga nak buat ayat-ayat iklan.
Nak tahu apa yang bestnya dengan hadiah yang CikYam dapat ni? Tengok posting fb Cikyam ni tau.
Itulah dia sekitar Kelas Copywriting Storytelling antara CikYam bersama Tupperware Brands.
NAK KELAS COPYWRITING STORYTELLING?
Bagi anda yang mahukan sesi Kelas Copywriting Storytelling seperti ini, jangan segan-segan PM CikYam ya. CikYam sentiasa terbuka untuk mengadakan sesi kelas seperti ini di mana-mana organisasi sama ada secara bersemuka atau dalam talian (online)
Klik SINI untuk sesi dengan CikYam.