Coretan 2: Ingin Jumpa Dato’ Hussamuddin Yaacub Tetapi Hampa
CikYam ialah seorang wartawan yang telah hilang pekerjaan selepas bergelumang dalam dunia media massa selama lebih 16 tahun. Pada usia 40-an, CikYam panik apabila terpaksa berdepan dengan situasi hilang pekerjaan, hilang gaji dan hilang maruah diri.
CikYam ambil kesempatan untuk mencoretkan kisah hidup selepas dua tahun hilang pekerjaan. Susah payah, derita dan bagaimana CikYam lalui kehidupan bersama suami OKU dan dua anak yang masih kecil berusia antara 4 tahun dan 6 tahun ketika CikYam diberitakan hilang pekerjaan.
Inilah coretan ke-2:
Apabila dapat notis hilang pekerjaan, insan yang ingin sesangat CikYam jumpa ialah pemilik Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd itu sendiri iaitu Dato’ Hussamuddin Yaacub. Kat office, kami panggil Haji saja, time formal baru panggil Dato’.
Notis pemberhentian kerja tu dapat selama dua bulan. Tapi masa tu work from home. Memang tak dapat jumpa orang office pun. Sampailah hari terakhir, kena datang office untuk pulang segala harta benda syarikat yang ada di tangan. Contohnya pelekat kereta, kad pekerja dan laptop. Disebabkan CikYam beli laptop syarikat sebab nak buat kerja ghost writer, laptop tu cuma dibuang password, ID pekerja. Lepas tu CikYam bawak balik rumah.
Office lengang masa tu. Hanya yang berkenaan saja ada di sana. Yang lain work from home. Sedih kan? Diberhentikan kerja tanpa ada hye hye bye bye macam orang lain. Giler sedih!
Lepas selesai urusan pulang harta syarikat semua tu, CikYam jalan slow-slow dari bangunan Ideaktiv (majalah) ke bangunan utama yang ada department Sinar Harian dan Grup Buku Karangkraf. Bilik haji kat situ.
Sampai kat lobi, CikYam tanya kat receptionist yang cantik manis tu, “Haji ada tak?” Cik adik manis tu terus call PA Haji dan kemudian CikYam dimaklumkan Haji takde dan mungkin beliau tak masuk office hari tu. CikYam pun berjalan ke kereta dengan perasaan hampa. Macam kekasih yang dilafazkan kata putus tanpa ruang dan peluang untuk mempertahankan diri sendiri. Sedih giler dowhhhh.
CikYam nak sangat ucap terima kasih kat Haji. Lama tu makan gaji kat sana, 16 tahun! CikYam jugak nak sangat dengar mungkin sepatah dua kata-kata nasihat atau pengubat rasa bila hilang pekerjaan. Yalah, sebagai breadwinner dalam rumahtangga, suami dan anak-anak bergantung pada duit gaji yang CikYam dapat bulan-bulan.
CikYam masih ingat air mata ni mengalir laju masa diberitahu oleh CEO Ideaktiv mengenai notis pemberhentian kerja seramai 10 orang termasuk CikYam.
“Laki aku OKU weh. Dia tak kerja. Aku hilang kerja, anak aku nak makan apa?” kata CikYam bercampur esak tangis depan bos nombor dua kat tempat kerja CikYam tu.
Hibanya masa tu Allah je yang tahu! Langit rasa runtuh atas kepala.
Selepas rayuan CikYam bagaikan mencurah air ke daun keladi, CikYam janji pada diri takkan nangis lagi. Tapi, nyata air mata ni tetap mengalir masa buat video pada hari terakhir bergelar wartawan. Mujur jugak Haji takde kat office hari tu. Kalau tak, CikYam rasa lencun segala lengan baju, tudung, tuala sebab tak dapat menahan empangan air mata yang pecah. Hahahaha. Tak caya? Tengoklah video kat link bawah ni.
https://www.facebook.com/maryamelyas.cikyam/videos/2846064419007140/
JURNAL PENULISAN
Apa itu Jurnal Penulisan?
Ini adalah satu ikhtiar yang CikYam gunakan untuk cuba menulis kisah hidup CikYam sendiri dalam bentuk manuskrip dan akhirnya boleh diterbitkan sebagai sebuah buku. Daripada buku Jurnal Penulisan inilah CikYam coretkan perjalanan demi perjalanan CikYam berdepan dengan situasi hilang pekerjaan.
Nak coretkan kisah anda sendiri? Jom dapatkan Jurnal Penulisan di sini (NAK JURNAL PENULISAN)
Baca juga: Coretan 1: Hilang Pekerjaan, Pergilah Duka
Support CikYam di facebook: CORETAN PERTAMA: Hilang Pekerjaan, Pergilah Duka
Support CikYam di facebook: Coretan 2: Ingin Jumpa Tetapi Hampa