Kelas Tulis Artikel Berstrategi, Elak Ghost Writer Tulis Syok Sendiri
Ghost writer atau penulis upahan ialah individu yang menulis untuk pihak lain. Justeru ghost writer perlukan skill menulis yang ada strategi supaya penulisan itu tidak syok sendiri. Klien memerlukan artikel yang kuat tekniknya supaya dapat memikat audien untuk baca konten mereka. CikYam percaya Kelas Tulis Artikel Berstrategi yang CikYam anjurkan ini dapat bantu anda semua menulis artikel yang kuat tekniknya.
Artikel syok sendiri cenderung ditulis sekadar melontarkan isi saja. Tanpa teknik yang berstrategi, artikel itu cenderung menjadi satu lagi artikel yang diterbitkan di website tanpa memberi impak kepada pembaca. CikYam faham, sangat memenatkan apabila kita dah penat-penat tulis, namun artikel itu tak dapat sambutan.
Kelas tulis artikel CikYam ini menjurus kepada penulisan digital. Maksudnya sangat sesuai untuk artikel yang akan diterbitkan di website.
APA YANG AKAN DIPELAJARI?
Dalam modul yang telah ditambah baik dari semasa ke semasa, CikYam fokus kepada 6 ELEMEN yang menjurus kepada ciri-ciri artikel berstrategi. Kemudian CikYam akan teruskan dengan 5 STEP penulisan artikel yang memenuhi kriteria artikel berstrategi.
Percayalah, dengan 6 elemen dan 5 step ni dah cukup untuk anda tulis artikel yang memenuhi kriteria. CikYam takkan buat kelas advance la, kelas lanjutan la, kelas tambahan la. Takde. Memang semua ilmu menulis artikel tu, CikYam akan terus bagi 100 peratus kat anda semua masa sesi kelas tu. Takkan ada upsell kelas ya. Jangan risau.
KELAS BENTUK MACAM MANA?
Kelas secara online menggunakan Google Meet atau Zoom. Dulu kelas CikYam ni adalah personal kelas. Maksudnya hanya seorang pelajar saja dalam satu kelas. Tapi ada permintaan untuk buat secara group.
Jadi, maksudnya sekarang bentuk kelas ada 2 iaitu:
- Kelas personal.
- Kelas berkumpulan.
TESTIMONI DAN REVIU BEKAS PELAJAR
CikYam masukkan kat sini testimoni dan reviu daripada mereka yang pernah join Kelas Tulis Artikel Berstrategi ni ya.
Kelakar reviu ni. Tergelak CikYam baca. TQ Eiman Thewriter.
Happy CikYam baca reviu ikhlas ni. TQ Leen Rashid.
Pelajar ni dapat job sebagai content writer lepas join kelas CikYam dan buat artikel ikut teknik yang CikYam tunjukkan.
Pelajar ni berjaya dapat klien di majalah Indonesia lepas ubah artikel asal dia kepada artikel yang ditulis ikut teknik tulis artikel yang CikYam tunjukkan.
Pelajar ni berjaya close artikel dengan klien dia. Katanya kelas CikYam sangat membantu dari segi membuat intro.
Katanya, kelas CikYam ni so meaningful dan bagi impact besar dalam penulisan dia.
Katanya kelas CikYam buat dia nampak cara penulisan artikel yang sebenarnya.
Sebagai tenaga pengajar, CikYam rasa seronok dengan feed back atau maklum balas yang CikYam dapat daripada mereka yang mengajar.
MACAM MANA NAK JOIN KELAS TULIS ARTIKEL CIKYAM NI?
Untuk kelas personal atau nak belajar sorang-sorang, boleh je PM CikYam bebila masa. Kita arrange tepi. Untuk kelas berkumpulan under anda sendiri, maksudnya kalau anda sendiri yang kumpul kawan-kawan untuk belajar bersama, pun boleh PM terus, kita set tarikh dan masa. Kalau kelas berkumpulan yang CikYam sendiri set masa dan tarikh, CikYam akan umumkan dalam group fb GhostWriter Pandemik atau dalam fb personal CikYam.
Berapa harga? Boleh tengok dalam jadual di bawah.
APA KREDIBILITI CIKYAM NAK AJAR TULIS ARTIKEL?
CikYam berpengalaman sebagai wartawan sejak 2004. Malah CikYam pernah menang kategori Wartawan Rencana Bahasa Melayu Terbaik anjuran Malaysian Press Institute (MPI). Hadiah disampaikan oleh Datuk Sri Najib Tun Razak masa tu. Nak menang dalam penganugerahan MPI bukan senang ye dik. Sangat susah. Tapi CikYam dapat rangkul satu anugerah, CikYam sangat gembira.
Pengalaman menulis artikel selama lebih 16 tahun sangat berharga buat CikYam. CikYam pula berpengalaman menulis di akhbar, majalah dan juga majalah digital. Semua dah rasa. Setiap bulan kami team editorial tengok KPI dan buat postmortem artikel yang kami tulis. Senang cakap, CikYam faham sangatlah dengan teknik menulis artikel yang betul.
Kalau anda seorang GHOST WRITER yang fokus dengan penulisan artikel atau mungkin content writer yang menulis di website klien, CikYam jemput jom join kelas CikYam. Moga teknik penulisan sedia ada, boleh diperbaiki dan beri manfaat pada anda.
Sebarang pertanyaan untuk Kelas Tulis Artikel Berstrategi, boleh direct PM CikYam di sini. Klik jer COACHING PENULISAN ARTIKEL.