Ghost Writer Pandemik, FB Group Untuk Ilmu Penulis Upahan

Nak buat sesuatu memang kena ada ilmu. Ramai yang mesej CikYam secara peribadi sebab nak belajar menulis. Ini cerita betul, bukan rekaan. CikYam sebenarnya tak ada modul formal untuk mengajar. CikYam sendiri banyak belajar menulis melalui pengalaman. Yang penting minat menulis memang CikYam dah ada sejak kecik lagi.

Jadi, CikYam rasa jalan terbaik untuk CikYam kongsi serba sedikit pasal ilmu menulis adalah melalui perkongsian di laman sosial, facebook.

CikYam sebenarnya malu nak buat group ni. Tapi ramai yang PM CikYam tanya nak belajar pasal buat kerja sebagai ghost writer ni. CikYam bukanlah pandai sangat. CikYam masih ‘hijau’ dalam dunia penulis upahan ni. Ramai lagi ghost writer otai yang hebat-hebat.

Dalam group ni, CikYam harap akan ada perkongsian ilmu daripada semua yang ada dalam group. Kalau ada persoalan yang CikYam boleh kongsi, CikYam akan kongsi. Pengalaman menulis hampir 20 tahun dalam dunia kewartawanan banyak mematangkan CikYam.

NAMA GROUP GHOST WRITER PANDEMIK

Nak ilmu jadi ghost writer? Jom join FB Group Ghost Writer Pandemik.

Kenapa Ghost Writer Pandemik? Mudah saja, sebabnya CikYam menjadi ghost writer secara sepenuh masa pada masa Pandemik Covid-19 melanda. CikYam terpanggil buat group ni untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk tahu mengenai bidang penulis upahan atau ghost writer. Selepas hilang pekerjaan, memang inilah fokus utama CikYam untuk dapatkan income setiap bulan. Bekerja sendiri tak sama macam makan gaji.

CikYam dah terbiasa makan gaji, jadi CikYam rasa sakitnya nak cari duit untuk sara hidup. Namun alhamdulillah, dengan sedikit ilmu yang Allah bagi iaitu menulis, CikYam dapat hidangkan makanan untuk anak-anak. Itu tujuan utama CikYam, itu big why CikYam cari duit, tak nak anak-anak alami kesan mama diorang hilang pekerjaan, hilang income tetap setiap bulan.

BETUL, NAK MENULIS KENA ADA ILMU

CikYam yakin, kalau kita serius dan konsisten menulis, kita boleh jadi seorang ghost writer yang berjaya. CikYam bukanlah berjaya sangat tapi apa yang boleh CikYam kongsikan adalah setiap apa yang kita buat, kena ada ilmu dan kena rajin belajar. Tak ada benda yang mudah.

CikYam dah buktikan, kerja menulis ni memang boleh cari makan. Sejak Januari hingga Mac yang lepas, CikYam dapat income hampir RM10K. Boleh baca link kat sini > 6 CARA MACAM MANA CIKYAM DAPAT UPAH MENULIS RM10K DALAM MASA 3 BULAN

Jom sama-sama kita curahkan ilmu, kongsikan ilmu yang ada supaya ramai lagi yang boleh menulis dapat kekuatan untuk memulakan kerjaya sebagai penulis upahan ketika zaman Pandemik Covid-19 yang sangat ‘kejam’ ini.

Surirumah yang suka menulis pun sesuai sangat join group ni. Boleh jadi macam CikYam, surirumah yang menulis untuk dapatkan duit untuk beri makan anak-anak. Income menulis ni, boleh tahan lumayan asal kita tahu caranya.

Ini link group facebook GHOST WRITER PANDEMIK