1 Rahsia Teknik Tulis Storytelling Dibongkar

Storytelling adalah salah satu teknik penulisan yang sangat menarik. Pengalaman menulis secara profesional sejak 2004 pada banyak platform, CikYam boleh kata cara paling CikYam suka adalah penulisan jenis storytelling. Mungkin sebab tabiat CikYam suka membebel. Haha.

Teknik storytelling ni, kena ada sentuhan lebih sikit. Kalau tiada sentuhan itu, penceritaan akan jadi bosan. Kalau penceritaan membosankan, tiada daya penarik, siapa nak baca?

Apa intipati kekuatan storytelling dalam penulisan? Salah satu elemen CikYam nak sentuh ialah sifat penegasan. Apa benda sifat penegasan tu? Sifat penegasan bermaksud kita tegaskan sesuatu keadaan tu dengan lebih detail. Sebabnya yang detail tu bagi lebih impak dalam storytelling kita.

SIFAT PENEGASAN

Bagi memudahkan untuk CikYam cerita pasal sifat penegasan, CikYam berikan 3 kategori iaitu:

  1. Tegaskan Dengan Emosi
  2. Tegaskan Dengan Kata Sifat
  3. Tegaskan Dengan Kayu Ukur

TEGASKAN DENGAN EMOSI

Penulisan beremosi adalah satu gaya penulisan yang sangat-sangat bagus. Ini termasuklah dalam penulisan karya kreatif seperti novel ataupun copywriting yang sifatnya memujuk orang untuk membeli.

Untuk dapatkan kesan penulisan storytelling berkaitan dengan emosi, cuba masukkan perkataan yang menggambaran emosi misalnya;

teruja
seronoknya!
tak sabar sungguh
perit
terhiris

TEGASKAN DENGAN KATA SIFAT

Kata sifat akan menjadikan satu ayat itu lebih kuat kesannya. Gabungan emosi dengan kata sifat, misalnya:

cantik
gemuk
comel
garang
hitam
terang
malap

Kata sifat ni boleh kita kemaskan dengan kata bantu misalnya; sangat, terlalu, paling.

TEGASKAN DENGAN KAYU UKUR

Kayu ukur ni sebenarnya adalah gaya bahasa bombastik dalam pendekatan lingusitik. Apa yang CikYam cerita ni sebenarnya dah pernah kita belajar kat sekolah dulu. Tapi sebab jarang digunakan, jarang menulis, membuatkan kita kekok nak guna.

Kayu ukur menurut konteks storytelling kat sini adalah melebih-lebihkan supaya lebih beremosi. Ayat yang sebegini memberi impak lebih kuat pada penceritaan.

Misalnya gunakan ayat seperti ini;

Ayat yang dia hamburkan pada aku terasa tajamnya menikam, menghiris di hati membuatkan hati luka mengalirkan darah memenuhi lautan.

Ayat seperti ini memberikan gambaran pada pembaca bahawa ayat yang si polan katakan pada si polan itu sangat teruk sehingga membuatkan si polan terasa sedih melampau.

APA BAGUSNYA AYAT DENGAN PENEGASAN?

Apabila kita menulis storytelling dengan penceritaan yang ada penegasan, sebenarnya ada banyak impak positif pada pembaca.

  1. Orang lebih suka baca tulisan kita sebab bermain dengan emosi.
  2. Pembacaan jadi lebih menarik sebab ada gambaran atau visual dalam kepala pembaca.
  3. Olahan cerita lebih best dan tidak statik.
  4. Orang lebih faham satu-satu konten itu sebab ada penceritaan.

ANDA GERENTI SUKA JUGA ARTIKEL INI:
https://maryamelyas.my/ayat-lewah-menulis-dalam-keadaan-rugi/