Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

6 Cara Macam Mana CikYam Dapat Upah Menulis RM10K Dalam Masa 3 Bulan PERTAMA

Facebook
Twitter
LinkedIn

Sebagai ghost writer atau penulis upahan, pendapatan CikYam adalah bergantung sepenuhnya pada upah yang CikYam terima daripada pelanggan. Pada awalnya, CikYam memang tak jangka kerjaya sebagai ghost writer ni boleh jadi lubuk untuk buat income. CikYam sangka kalau orang tu penulis yang glamour, dapat job buat skrip drama ke atau bekerjasama dengan syarikat korporat yang besar-besar, baru boleh dapat riban-riban.

Sebagai ghost writer junior, CikYam memang tak menaruh harapan (macam tajuk lagu lak kan) dengan jumlah upah yang besar-besar. Harga yang CikYam berikan kepada pelanggan pun adalah harga standard sebagaimana ghost writer level junior yang lain.

CikYam letak diri CikYam sebagai ghost writer junior kerana CikYam masih baru dalam dunia penulis upahan ni.

“Hei Maryam! Awak kan dah ada pengalaman 16 tahun sebagai wartawan. Patut awak boleh caj lebih mahal kerana pengalaman awak tu.”

CikYam akui CikYam ada pengalaman dalam tempoh yang panjang sebagai penulis dan wartawan. Tapi CikYam pilih untuk letakkan harga standard kerana CikYam masih baru dalam dunia ghost writer. Untuk tempoh awal-awal ni, biarlah harganya sedemikian. Itu pendapat CikYam.

Mac dah hampir nak sampai ke penghujung. Tadi CikYam kiralah berapa pendapatan dalam masa 3 bulan pertama CikYam serius buat kerja penulis upahan ni. CikYam terkejut sebab diam tak diam, hampir RM10k. Rasa nak menangis pun ada!

Alhamdulillah.

Dengan hanya bekerja di rumah, masa CikYam dengan suami dan anak lebih banyak, tapi boleh dapat pendapatan macam ni. CikYam rasa terharu. Sesungguhnya rezeki Allah tu sangat luas! Allahu, baru 3 bulan kot CikYam serius dengan kerja ni.

BERMULA SEBAB KENA BUANG KERJA

Pengikut CikYam di facebook mesti sudah sedia maklum yang CikYam dibuang kerja. Pada 30 November 2020, CikYam diberikan notis akan ditamatkan perkhidmatan sebagai wartawan senior. Notis itu adalah dalam tempoh 2 bulan.

Jadi, dalam keadaan gelabah dan tak tentu hala lepas dapat notis yang menggerunkan itu, CikYam terpaksa pantas buat keputusan mengenai apa yang perlu CikYam buat untuk dijadikan sumber pendapatan.

Maklumlah, suami CikYam pun bukannya bekerja. Dia orang kurang upaya (OKU fizikal). Dia tak de kerja tetap. Cuma buat servis angkut sampah di apartment kitorang ni. Akhirnya CikYam buat keputusan untuk serius buat kerja ghost writer. Sebab apa? Sebab CikYam cuma tahu menulis. Nak buat kek ke, nak menjahit ke, memang CikYam tak tahu.

CikYam pernah tonton video orang kaya berjaya, Jack Ma kata macam ni. Pada usia 40-an, untuk jana pendapatan, buat sesuatu yang kita sudah mahir. Ini bukan fasanya untuk kita mencuba-cuba atau terjun dalam dunia baru. So, CikYam mahir menulis, inilah kemahiran yang CikYam perlu perjuangkan.

APA CIKYAM BUAT UNTUK DAPATKAN UPAH LUMAYAN?

Dalam posting ni, CikYam nak share macam mana CikYam boleh capai upah hampir RM10K dalam masa 3 bulan jadi ghost writer.

1) MASUK KURSUS
Benda ni sangat penting. Sebelum nak ‘berlari’ dalam sesuatu bidang, kena masuk kursus dulu. Tahu menulis, tak semestinya boleh jadi ghost writer yang berjaya. Sebab apa? Bila kita buat kerja sebagai penulis upahan, kita kena tahu selok-belok kerja ghost writer.

Kerja ghost writer bukan menulis je. Tapi kita deal dengan pelanggan mengenai harga upah, tempoh masa nak siapkan job, quotation, invois. Bukan itu sahaja. Kita juga kena pandai deal jika hasil kerja kita kurang mencapai piawaian pelanggan. Maksudnya macam mana nak hadapi rejection. Itu semua kena belajar.

Di samping tu, kena tahu tatabahasa dan ejaan dengan tepat. Kita menulis untuk pelanggan. Kenalah bagi yang terbaik.

Bila CikYam buat je keputusan nak jadi ghost writer lepas kena berhenti kerja, terus CikYam cari dan join kursus berkaitan dengan Ghost Writer ni. Dari situ banyak CikYam belajar dan kenal ghost writer yang lain. Kebanyakan mereka lagi la hebat-hebat.

Nak join kursus ghost writer? KLIK SINI

2) JOIN CIRCLE GHOST WRITER LAIN
Apabila kita aktif dalam dunia ghost writer, kita kenalah berkawan dengan mereka yang sealiran dengan kita. Kena bertukar-tukar fikiran, berbincang dan saling memberikan pendapat. Dari sini kita akan lebih jelas dengan hala tuju kita dan sentiasa dapat info yang terkini dalam dunia penulis upahan.

Banyak jugak kursus yang menarik yang disediakan khas untuk kerja-kerja penulis upahan. Jadi, andai kata terbabas atau nak upgred ilmu, inilah ruangnya. Banyak manfaat. Kita juga boleh dapatkan job atau pass job yang kita tak mampu nak buat atas kekangan masa atau sebagainya dalam circle ini. Menarik, kan?

Selepas je CikYam tamat kursus ghost writer, CikYam dimasukkan dalam group alumni. Kat sinilah baru nampak ramai kawan yang sealiran dengan CikYam.

3) BRANDING DIRI
Nak lebih mudah dikenali, memang kena buat personal branding dengan agak melampau. Tak boleh segan-segan. Seganlah nak tulis kita ni ghost writer, segan la nak buat iklan. No, no, no.

CikYam masa awal-awal kena berhenti kerja tu, tak segan pun nak tulis yang CikYam kena berhenti kerja. Panjang berjela CikYam tulis kisah kena buang kerja tu. CikYam cerita jugak yang CikYam sekarang buat full time kerja sebagai penulis upahan.

Tiap hari CikYam buat personal branding sebagai penulis upahan. Posting iklan, posting pasal kerja menulis. Macam-macam.

4) UPDATE SEMUA MEDIA SOSIAL & APLIKASI
CikYam fokus pada media sosial sedia ada iaitu facebook. Iklan servis di status facebook dan juga facebook story. Kemudian aktifkan instagram dan buat hashtag yang bersesuaian. CikYam iklan jugak servis penulis upahan ni di status WhatsApp.

Kenapa kena buat semua benda ni? Sebabnya supaya orang nampak apa yang CikYam buat sekarang. Bila orang nampak, orang akan tempah konten dengan CikYam.

5) BUAT BLOG
Blog ni agak makan masa untuk disiapkan. Sebab kena design blog, pasal hosting, pasal domain. Lepas tu nak isi konten. Bukan senang. Tapi alhamdulillah, blog CikYam agak cepat siap dan CikYam bersengkang mata menyiapkan konten.

Bukan senang nak senang, kan? So, kenalah bersengkang mata, kena bersusah-susah dahulu la weh. Mana ada benda senang.

Blog ni jugak salah satu yang Allah lorongkan untuk CikYam dapat tempahan konten. Orang cari kat google dan keluar link blog CikYam.

Blog CikYam ni iaitu www.maryamelyas.my adalah blog yang berbayar. Boleh juga korang buat macam ni atau gunakan yang percuma misalnya blogspot atau wordpress. CikYam pun ada blog percuma ni iaitu www.maryamelyas.blogspot.com. Pilihan di tangan masing-masing.

6) NETWORKING
Apabila kita buat bisnes, networking adalah salah satu perkara yang sangat-sangat penting. Networking ni adalah strategi kita untuk lebih dikenali dan memudahkan urusan dengan pihak pelanggan. Sebabnya, mereka dah kenal kita dan memperkenalkan kita kepada orang lain.

Maknanya, bila A dah kenal kita. Bila kenalan A iaitu B perlukan konten, A akan promotekan nama kita kepada B. Ini boleh mewujudkan trust lebih tinggi pada B sebab kita telah dikenali oleh A. Haaa gitu.

MUDAH TAK?

Selepas membaca 6 cara CikYam dapat upah hampir RM10K dalam masa tiga bulan ni, korang rasa senang ke susah?

Daripada 6 cara inilah CikYam membina trust dan dapatkan upah daripada pelanggan. Walau serendah RM20 pun upahnya, CikYam tetap akan layan pelanggan sama sahaja. Tak ada beza antara pelanggan yang ambil 1 konten atau yang ambil 20 konten.

Kepada rakan-rakan di luar sana yang ingin bergiat dalam dunia penulis upahan, jomlah kita sama-sama berjuang. Tak ada benda yang senang. Memang semuanya kena lalui proses. Tapi percayalah, tak ada yang mustahil dengan bantuan Allah Yang Maha Esa.

Cuma satu je lah CikYam nak pesan kat diri sendiri. Kerja ghost writer ni tak ada pendapatan tetap. Jadi, kalau boleh buat RM10K dalam masa 3 bulan pertama ni, tak semestinya akan dapat jumlah macam ni setiap bulan. So, kenalah bijak urus duit. Bukan enjoy katak. Ingatlah ada komitmen kewangan setiap bulan yang perlu diselesaikan. Itu sahaja. Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Byeee.

KORANG MESTI SUKA JUGA ENTRI YANG DI BAWAH INI.

Macam Mana Hanya Dengan RM600 Sebulan, Geng Mak Bisnes Boleh Jimat Banyak Masa?

Read More

2 thoughts on “6 Cara Macam Mana CikYam Dapat Upah Menulis RM10K Dalam Masa 3 Bulan PERTAMA”

  1. Pingback: Penulis Upahan, Menulis Bagi Pihak Orang Lain - CikYam

  2. Pingback: Kisah Benar, Suri Rumah Berjaya Bina Pendapatan Sebagai Penulis Upahan - CikYam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top