Sambut Hari Jadi Dengan Aiskrim Scoop Valet, Pengalaman Luar Biasa Yang Menyeronokkan
Sambut hari jadi dengan aiskrim? Haaa ni nak citer. Semalam hari jadi Cik Cama yang ke-6. Selalunya kalau birthday anak, CikYam akan beli kek kat kedai ataupun tempah kat jiran. Tapi tahun ni CikYam nak kelainan. Selalu sangat dah asyik rai dengan kek kan? So tukar cita rasa sikit, raikan dengan aiskrim.
Mesti macam pelik kan bila raikan hari istimewa dengan aiskrim. Yelah, sebab dah bertahun-tahun kita jadikan rutin hari istimewa mesti ada kek. Hari jadi, tiup lilin, potong kek. Majlis kahwin pun siap ada acara memotong kek. Memang kek dah sinonim dengan sesuatu yang menggembirakan.
AISKRIM SCOOP VALET
CikYam pilih Scoop Valet untuk raikan birthday Cik Cama. Sebabnya diorang ni ada pakej yang sesuai untuk raikan hari jadi. Bukan setakat aiskrim je diorang jual. Tapi siap ada pakej istimewa yang mengandungi keperluan nak dekorasi aiskrim. Lepas tu ada belon dan kad ucapan sekali. Haaaa lengkap, kan?
Apa nama pakej tu? Nama dia Pakej MY HEART RED BOX By Scoop Valet. Dalam pakej ni ada senarai di bawah:
Mengandungi 2 kotak:
Kotak 1 >> Kotak Party box Scoop Valet
1) 1 cooler box yang comel
2) Ada 3 tub aiskrim homemade (pilih 3 daripada perisa di bawah)
🍦 Double Choc
🍦 Red velvet
🍦 Vanilla Cookies
🍦 Coffee caramel
🍦 Durian (add RM5)
🍦 Double Berries (add RM5)
DAN
Kotak 2 >> Kotak Party Kit
Dalam kotak kedua ni ada:
- Scoop Valet Scoop (limited units)
- 2x Love cones
- 6x Mini sugar cones
- 2x Bowl cones
- 5x Charcoal cones
- Lotus biscoff spread
- 4 topping
•mini coco crunch
•mini marshmallows,
•love mini land,
•choc chips - 5x paper cups
- 5x ice cream spoon
- pretzel
Add on belon RM5
Add on kad RM5
Haaaaa. Banyak isi kandungan kotak ni kan? Berbaloi sesangat.
BERAPA HARGANYA?
Pakej MY HEART RED BOX By Scoop Valet berharga RM129. Harga tak termasuk caj penghantaran. HQ diorang kat Cheras. Nak hantar ke Shah Alam, bayarannya RM25. Demi anakku, kusanggup. Hehe.
CikYam add on belon 2 biji sebab anak ada 2 orang. Kalau beli 1 je, kang berebut tak jadi apa dah. Untuk durian pun CikYam kena tambah RM5.
Ya, memang agak mahal tapi berbaloi. Sebab selain makan, budak-budak happy main deko-deko aiskrim. Lagipun aiskrim kita boleh simpan dalam peti sejuk dan akan keras semula. Nanti-nanti boleh makan lagi. Rasanya tak berubah. Best sangat!
Bagi CikYam sebenarnya yang penting adalah tengok senyuman kat bibir anak. Aiskrim memang kegemaran budak kecik. So, bagilah diorang makan aiskrim puas-puas sambil main deko-deko aiskrim yang diorang sendiri nak makan. Diorang makan 1 portion dah cukup. Simpan dalam peti sejuk, kang lepas tu boleh ulang main deko-deko dan makin aiskrim lagi. Tu yang berbaloi sebenarnya.
NAK TENGOK MACAM MANA EXCITED CIK CAMA?
Jom tengok kat video di bawah:
https://www.facebook.com/maryamelyas.cikyam/posts/2869056810041234
Comments
Trackbacks & Pingbacks
[…] Aiskrim Scoop Valet […]