Rasa Tak Bahagia? Buku Ini Khas Untuk Anda

Manusia yang tak bahagia, kenapa agaknya? Biasalah ada ketika kita berasa yang bukan-bukan. Benda berkait dengan hati dan perasaan ni memang susah nak diteka. Mood berkecamuk, tak tahu entah apa puncanya. Sebab itulah mula rasa tak bahagia. Anda ada rasa macam tu?

Bahan bacaan santai boleh jadi satu eskapisme untuk kita keluar daripada perasaan tidak bahagia. CikYam sendiri tercari-cari makna bahagia. Walau dah berusia 40-an, kadang CikYam sendiri konfius dan tertanya-tanya, “Aku ni bahagia ke sebenarnya?”

Alhamdulillah, CikYam berpeluang baca buku Bahagia Cara Kita oleh Syira Lokman. Ada jawapan mengenai kebahagiaan yang CikYam cari dalam buku ni. Buku setebal 168 muka surat ni, penuh ilustrasi dan berwarna-warni. Sesuai sangatlah untuk dibaca sebelum melelapkan mata.

Pendahuluan pun dah best sesangat buku ni.

Kita selalu lihat hidup orang lain lebih best daripada kita. Kan?

BAHAGIA ITU APABILA KITA JUJUR…

Paling CikYam tertarik, pada tajuk Buat Pilihan Yang Jujur. Sebenarnya, inilah punca ramai antara kita tak bahagia. Kita tak jujur dengan diri sendiri. Macam mana kita nak bahagia kalau kita tak jujur dengan diri?

Lebih teruk, kita letakkan kebahagiaan itu pada makhluk lain. Sedangkan, kebahagiaan itu sebenarnya ada pada diri kita sendiri. Bahagia itu kita kena cari. Carilah di mana kebahagiaan itu sehingga ke hujung dunia, namun kebahagiaan itu ada dalam diri kita dengan syarat kita jujur pada diri sendiri.

Apa yang CikYam dapat melalui buku ini;

Jujurlah kita dengan ibadat kita dulu. Sudahkah kita solat, khusyukkah solat kita? Sempurnakah ibadat yang lain misalnya puasa dan bersedekah. Senang cakap, jujurkah hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta?

Kejujuran sangat penting untuk kita meraih bahagia.

JANGAN BANDING DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN

Ada ketikanya, apabila baca buku ni, bergenang air mata CikYam. Ya, bahagia itu usah kita bandingkan diri dengan orang lain.

Macam CikYam, apabila CikYam berkahwin, CikYam impikan kebahagiaan hidup bersama suami. Tapi ramai persoalkan, bahagia ke kau dengan lelaki tak berduit? Bahagia ke kau dengan lelaki cacat?

Ada kala, kata-kata tu mempengaruhi juga mental CikYam sebagai isteri. Ya, CikYam akui penat berusaha cari duit apatah lagi selepas CikYam hilang pekerjaan. Suami yang cacat tetap berusaha sedaya kudratnya untuk menampung namun memang CikYamlah yang perlu mencari sumber kewangan yang lebih.

Jadi, bisikan syaitan mula mengatakan, kau takkan bahagia dengan dia. CikYam mula pandang rumahtangga orang lain. CikYam mula fikir isteri lain sangat bertuah kerana suami kaya, tegap dan sihat. Serba sempurna. Buku ini merawat hati, memberi solusi supaya cari bahagia dengan cara lain. Ya, bahagia itu perlu dicari.

Jawapan kepada persoalan orang sekeliling dan bisikan syaitan ni ada pada tajuk Bertenang Dan Stop Overthinking. Ya, CikYam dapat rasanya yang bahagia itu adalah apabila kita berhenti fikir yang bukan-bukan. Untuk apa memperkecilkan suami yang memang telah serba kekurangan sedangkan bahagia bukan terletak pada seorang lelaki yang kukuh kewangannya semata-mata.

CikYam mulai pupuk rasa bersyukur kerana mempunyai seorang suami tanpa perlu membandingkan diri dengan orang lain. Bahagia itu apabila kita rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang Allah telah tetapkan. Sedih, kan? Syaitan selalu membisik yang bukan-bukan supaya kita tak bahagia dengan apa yang kita ada.

Banyak ‘sesuatu’ yang CikYam temui dari dalam buku motivasi comel ini. Tak rugi jika anda juga dapatkan buku ini sebagai bahan bacaan santai pada waktu malam sebelum melelapkan mata. Cubalah, ketika banyak jiwa yang semakin tertekan dengan hentakan hidup hari ini, ada buku kecil yang besar maknanya.

Cover buku Bahagia Cara Kita by Syira Lokman.
Back cover buku Bahagia Cara Kita by Syira Lokman.
Tajuk menarik untuk anda terokai.

NAK DAPATKAN BUKU INI?

SHOPEE
Bahagia Cara Kita by Syira Lokman di Shopee

FACEBOOK

Order di facebook penulis: SYIRA LOKMAN

KEDAI BUKU

Anda boleh dapatkan terus di kedai buku yang ada di seluruh Malaysia.

MENGENAI PENULIS

Syira Lokman merupakan anak jati negeri Perak Darul Ridzuan. Dilahirkan pada tahun 1994. Beliau mendapat pendidikan menengah di SMK Tasek Damai dan SMK Jalan Tasek, Ipoh, Perak. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling di Universiti Malaya.

Beliau yang juga merupakan penerima Anugerah Graduan Cemerlang dan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2013 mula berjinak-jinak sebagai penulis dengan menulis di blog syiralokman.blogspot.com seawal usia 17 tahun. Beliau kemudiannya melebarkan sayap dalam dunia penulisan sebagai penulis puisi yang berjudul Aku Mahu Capai Langit Itu dan Dunia Itu, yang disiarkan dalam majalah Dewan Siswa.

Baca juga: https://maryamelyas.my/elemen-sifat-penegasan-dalam-storytelling-ada-yang-nak-tahu/