Penulis, Tulislah Copywriting Tanpa OverClaim

Overclaim ni maksud secara mudah adalah dakwaan melampau. Kita dikatakan membuat dakwaan melampau apabila memberikan kenyataan result yang keterlaluan pada produk. Dalam penulisan copywriting, overclaim tak boleh diamalkan. Masa CikYam kerja wartawan dulu, kalau kena tulis iklan memang sangat berhati-hati.

Elak menulis satu situasi kebaikan yang melampau pada produk itu.

“Eh, saya tetap nak tulis produk saya tu boleh turunkan berat badan 10 kilogram dalam masa 3 hari. Saya ada bukti testimoni.” kata Cik AA.

Walaupun ada testimoni, tetap tidak boleh ditulis sebagai satu bukti kukuh. Ini kerana setiap orang mempunyai kesan berbeza. Apabila Puan ABC makan produk tu, kesannya berbeza dengan apabila Puan DEF makan produk tu.

Jadi, penulisan copywriting untuk menjual produk itu perlulah jelas dan tidak terlalu menjurus kepada sifat overclaim.

Begitu juga jika produk itu mempunyai bukti klinikal yang menunjukkan kesan produk. Walaupun produk itu mempunyai bukti klinikal melebatkan rambut misalnya, tetap tidak boleh kita tulis secara overclaim.

MACAM MANA KAEDAH MENULIS IKLAN TANPA OVER CLAIM?

Untuk menulis kesan positif produk mengikut testimoni, kita boleh tulis kesan positif tersebut tetapi jangan lupa disekalikan dengan risiko yang boleh jadi bakal ditanggung. Kesan produk adalah berbeza mengikut keadaan dan penerimaan diri individu.

Risiko tu misalnya apa kesan sampingan yang mungkin didapati jika tidak mengambil produk dengan betul. Atau mungkin ada kesan jika individu ada penyakit.

Kena jelas.

Contoh:

Produk XYZ telah diuji dan keputusan menunjukkan produk ini berkesan menurunkan berat badan 10 kilogram dalam masa 3 hari. Aminah menggunakan produk XYZ dan ternyata telah turun berat sebagaimana yang dinyatakan.

Copywriting yang jujur kena nyatakan apakah yang dilakukan oleh Aminah selain mengambil produk itu. Kena nyatakan jenis penyakit termasuklah rutin pemakanannya. Di samping itu, memang kena nyatakan kesan berbeza ikut keadaan seseorang.

Memang susah nak buat copywriting yang tidak overclaim apatah lagi jika produk itu memang mempunyai testimoni yang berjaya dan positif. Namun syarat penulisan copywriting produk memang tidak boleh overclaim apatah lagi produk kesihatan.

APA JADI KALAU TULIS OVER CLAIM?

Salah satunya, ketika bekerja di majalah dahulu, biasanya kami akan menerima surat daripada pihak berwajib yang menyatakan kami melanggar peraturan penulisan iklan. Kebarangkalian disaman juga boleh jadi.

Insya-Allah CikYam akan tulis lagi mengenai overclaim dalam entri akan datang.

KALAU SUKA PENULISAN STORYTELLING, JOM BACA ENTRI YANG INI JUGA > https://maryamelyas.my/storytelling-menjual-tapi-tak-nampak-menjual-macam-mana-nak-buat-ini-5-step-korang-kena-tahu/