Masa itu emas. CikYam amatlah faham dengan masalah pengurusan masa geng-geng mak yang buat bisnes online. Memang tak cukup masa untuk hasilkan konten bisnes sendiri. Masa mak-mak di rumah amat terhad. Mana nak layan anak, urus rumah tangga, nak buat bisnes lagi. Kan?
Baru nak menaip konten di facebook, anak dah merengek. Baru nak edit gambar kat canva, anak dah bergaduh berebut mainan. Tu belum nak memasak, nak mengemas, apatah lagi nak menulis konten. Ini belum masuk bab mandi, buang air besar, solat dan me time. Semua tu menuntut kesabaran. Sabar ye mak.
Atas sebab itulah, geng mak bisnes amat memerlukan servis yang CikYam tawarkan. Korang perlukan orang yang macam CikYam untuk bantu hasilkan copywriting terutamanya untuk posting di facebook sama ada facebook personal dan facebook page. Boleh juga terus pos di instagram. Eh, jimat sangat tau. Satu copywriting korang tempah dengan CikYam, boleh korang up di pelbagai sosial media.
CikYam punya copywriting mesti mahal kan? Yelah, CikYam kan bekas wartawan. Kerja wartawan 16 tahun pulak tu. Mesti mahal.
Korang, CikYam memang boleh menulis sebab CikYam bekas wartawan. Tapi percayalah, copywriting CikYam bukannya mahal. Sangat berbaloi. Serendah RM30 boleh dapat copywriting yang CikYam hasilkan dengan teknik penulisan yang baik.
PELBAGAI TEKNIK
CikYam boleh menulis dengan pelbagai teknik. Korang boleh request teknik yang korang perlukan. Sama ada soft sell, hard sell, storytelling. CikYam boleh buat. Begitu jugalah dengan target korang. Sama ada untuk menjual, berkongsi tip ataupun untuk merekrut team bisnes.
CikYam faham, ada geng mak bisnes yang bukan sahaja mahukan konten untuk media sosial. Ada yang mahukan konten untuk website. CikYam sediakan pakej ikut keperluan. Setiap copywriting akan CikYam caj mengikut jumlah perkataan. Boleh pilih nak yang panjang iaitu 500 patah perkataan ataupun yang pendek 200 perkataan. Semuanya sangat berbaloi.
URUS MASA GENG MAK BISNES
Dengan adanya servis ghost writer yang CikYam buat, CikYam harap dapat mudahkan urusan geng mak bisnes. Korang boleh tumpu pada kerja-kerja lain yang tak kurang pentingnya. Korang tak perlu fikir lagi untuk hasilkan copywriting yang buat korang pening.
CikYam faham, geng mak bisnes bukan tak pandai menulis. Memang korang pandai menulis copywriting sendiri. Tapi korang kesuntukan masa untuk tumpukan pada kerja bisnes yang lain. Misalnya nak jawab pertanyaan kastemer, nak layan team, nak rekrut team dan juga mungkin nak delivery produk pada kastemer. Kan?
So, jom CikYam bantu korang tulis copywriting yang korang perlukan untuk mengisi konten dalam media sosial korang.
JOM CIKYAM KIRAKAN BAJET
1 copywriting pendek harganya RM35.
Nak jimat?
Korang ambil combo 5 copywriting untuk Isnin hingga Jumaat. Jimat sikit. Cuma RM150 (jatuh harga RM30 setiap 1 copywriting).
Untuk sebulan iaitu 20 copywriting cuma perlukan 4 combo iaitu RM150 X 4 combo = RM600 (20 copywriting)
So, korang hanya perlu bajet RM600 sebulan untuk dapatkan copywriting bagi setiap Isnin hingga Jumaat sebanyak 20 copywriting. Jimat kan?
Dengan RM600 sebulan, korang boleh rehat daripada resah gelisah untuk menghasilkan copywriting dalam masa yang sangat terhad. Jimat masa. Boleh tumpu pada urusan bisnes korang dengan lebih santai.
Nak book copywriting media sosial bisnes anda? PM sekarang.

ANDA PASTI SUKA BACA ARTIKEL INI JUGA!





