Kek Surico, Eratkan Kasih Sayang Dalam Kesibukan Bekerja Dari Rumah

Serius, bila bekerja dari rumah ni, CikYam rasa terlebih sibuk. Yelah, bekerja dengan anak-anak ada setempat. Dulu kan CikYam keje kat office. Bila dah hilang pekerjaan ni, terpaksalah CikYam kerja dari rumah je.

CikYam buat kerja penulis upahan sepenuh masa, hanya dari rumah. Alhamdulillah tempahan konten memang banyak dan CikYam tak mampu nak siapkan sorang. Ada dua team yang bantu CikYam secara freelance.

Bila buat kerja di rumah ni, suami nampak la macam mana CikYam buat kerja. Kadang sampai tak bangun-bangun dari kerusi. Melekat montot kat kerusi ni ha.

Sayang, nah makan kek,”

Sepiring kek Surico untuk isteri yang bekerja tak henti.

Haaa sweet tak suami CikYam. Dia orderkan kek, dia potongkan kek, dia susunkan kek atas pinggan. Lepas tu, dia bancuhkan kopi panas, dia suakan kat CikYam. Alahaiiii sweet naw rasa.

CikYam tertanya-tanya kek apa ni? Dalam kotak hijau. Kemain cantik kotaknya. Lawa sungguh.

Rasa jangan cakap la. Sedap gilos weh! Selalu kek viral ni kek coklat leleh, kena makan pakai sudu kan? Tapi yang ni coklatnya tak meleleh. Sedap ke?

Meh nak citer.

SURICO, MOIST CHOCOLATE CAKE

Kotak yang tebal dan berkualiti.

Kek ni, asalnya dari Sungai Petani, Kedah. Haaaa dari negeri habaq hang tu. Nama Surico tu katanya gabungan antara nama Mahsuri (Suri) dan Coklat (Co). Jadilah Surico.

Kek ni dibuat daripada coklat yang diimport dari Jerman. Sebab itulah cita rasanya premium dan rasa mahal.

Bila CikYam makan kek ni, rasa coklat kat atas tu agak pahit. Bukan manis leting macam yang biasa CikYam makan sebelum ni. Bagi CikYam, sesiapa penggemar dark chocolate, gerenti jatuh cinta ikat mati kat kek Surico ni.

Rasa pahit coklat kat bahagian atas tu, bila bergabung dengan manis kek coklat ni, memang mencetuskan kesempurnaan kek coklat lembap sebenar.

Tanpa perlu coklat meleleh dan cheese melimpah, kek Surico dapat berada dalam kelasnya yang tersendiri. Nampak mewah dalam aras premiumnya.

Sekotak kek Surico ni, berat kek adalah 850 gram.

PELUANG PERNIAGAAN

Sedap!

Korang tahu tak Kek Surico sekarang serius mencari ejen di seluruh Malaysia? Kalau korang nak bergiat aktif bersama kek premium yang berada dalam kelasnya yang tersendiri, inilah masanya.

CikYam gerenti kek ni bakal menghantui ramai penggemar kek coklat moist. Dengan rasanya yang sedap, packagingnya yang cantik, memang kek ni cukup sifat. Nak hadiahkan kat orang pun senang sebab kek ni dah lawa dah kotaknya. Simple.

TEAM SURICO SHAH ALAM

So, bagi korang yang serius cari peluang perniagaan secara online, mahukan guide daripada leader yang berpengalaman, boleh cari Husna Sued. Beliau ialah team Surico Shah Alam yang sedang mencari team untuk sama-sama serius buat duit time PKP ni.

“Saya COD sorang-sorang start jam 10 pagi sampai 10 malam. Punyalah ramai nak kek Surico ni. Berkotak-kotak saya COD sorang. Sebab tu saya nak cari team. Nak sama-sama grow jual kek yang sedap dan banyak permintaan ni,” kata Husna.

Nak keterangan lanjut mengenai ejen Kek Surico, boleh PM Husna. KLIK SINI

Nak order untuk minum petang atau nak hadiahkan kat orang tersayang pun boleh PM nombor dia atas ye.

Hadiahkan kek Surico ni kat isteri, gerenti senyum meleret macam CikYam. 😆

Team Surico Shah Alam. FB: Husna Sued

INI 5 SEBAB KENAPA KORANG KENA JOIN TEAM KEK SURICO

  1. Kek sedap, rasa pahit manis yang premium kerana menggunakan coklat dari Jerman.
  2. Packaging sangat berkualiti. Dalam kotak tebal dan mudah untuk delivery kepada kastemer.
  3. Kastemer boleh beli untuk makan sendiri mahupun hadiahkan pada orang istimewa.
  4. Modal cukup rendah dan anda boleh mulakan perniagaan dalam kumpulan yang ada group support sangat padu.
  5. Peluang buat untung dengan mudah di bawah bimbingan leader hebat.

Anda mesti suka review yang di bawah ini juga. Nak CikYam review produk anda?

GOLDEN SALTED EGG PEYEK