Bukan Sebab Duit Je, Tapi Ketahui 5 Proses Yang Perlu Dilalui Oleh Penulis Upahan
DUIT. Ya, inilah salah satu benda yang selalu buat manusia cepat kelabu mata. Bila cakap boleh dapat banyak duit, ramai yang mula kerumun. Sebab itulah skim cepat kaya mudah betul nak berkembang pesat. Ramai yang terpesona lalu terpedaya.
Macam tu juga dengan kerja sebagai penulis upahan ni. Ramai yang nampak penulis upahan ni boleh dapat banyak duit upah. Secara peribadi, CikYam akui bahawa kerjaya sebagai penulis upahan atau ghost writer ni adalah salah satu kerjaya yang boleh membawa pulangan lumayan.
Tapi percayalah, tak semudah tu. Banyak kena lalui proses yang berliku-liku terlebih dahulu. Sama je macam kita join bisnes jadi dropship ke, jadi ejen ke, jadi stokis ke. Semuanya boleh mendatangkan pulangan dalam bentuk duit. Tapi semuanya ada PROSES. Bab proses inilah yang kita kena renungkan.
Senang kata, kalau kita terjerumus atau bergiat dalam sesuatu bidang tu semata-mata kerana duit, baik fikir kembali. Bimbang kalau kita tak dapat apa yang kita nak, kita kecewa. Sama juga dengan bidang penulis upahan ini.
Ada proses yang kita kena lalui untuk menjadikan kita seorang penulis upahan yang sukses. CikYam sendiri masih belum sukses. Tapi CikYam akui bidang ini sebenarnya boleh pergi jauh.
Entri blog CikYam mengenai kejayaan CikYam dapat upah RM10K dalam masa tiga bulan pertama mendapat banyak view. Ramai yang tertarik nak baca macam mana CikYam berjaya capai macam tu. Kat sini CikYam nak terangkan mengenai proses yang kita kena lalui sebagai penulis upahan. Bukan soal duit semata-mata. (Boleh baca kat sini entri buat duit RM10k tu)
PROSES PUPUK MINDSET & PASSION
Sebagai penulis, sepatutnya yang datang pada awal-awalnya apabila nak menjadi penulis upahan adalah nak bantu orang ramai mendapatkan konten bermanfaat untuk kelangsungan hidup mereka. Maknanya kita nak guna kebolehan kita menulis itu sebaik-baiknya dalam memberi manfaat pada orang.
Orang upah kita sebab ada dua sebab. Pertama mereka tak tahu menulis tapi ada duit untuk mengupah orang menulis untuk mereka. Sebab kedua, mereka tahu menulis tapi tak sempat nak menulis. Jadi mereka kena keluar duit untuk mengupah orang menulis sebab mereka tak de masa nak menulis sendiri.
Passion kita terhadap menulis ditambah dengan kebolehan kita menulis ini, kita gunakan untuk mendatangkan income untuk diri kita. Inilah proses pertama yang kita kena lalui. Kukuhkan mindset kita dahulu. Bukan mindset nak duit semata-mata.
PROSES CARI DAN APPLY ILMU
Sebagai ghost writer, seseorang itu perlu ada dua ilmu. Pertama semestinya ilmu menulis. Prosesnya, kenalah cari ilmu. Fokus kita apa? Nak tulis copywriting untuk geng mak bisnes? So, pergilah keluar modal untuk bayar yuran belajar menulis copywriting.
Terus terang CikYam katakan, kalau kita pandai menulis sekalipun, kita masih tak mampu jadi penulis upahan. Sebab apa? Sebab kita belum ada ilmu sebagai penulis upahan.
So, proses seterusnya adalah kena ada ilmu sebagai ghost writer. Pergilah belajar mengenai bidang ini. Ada kursus sebagai ghost writer disediakan.
Tak ramai yang sanggup nak keluar duit untuk mendapatkan ilmu. Dan paling teruk, tak ramai yang sanggup luangkan masa untuk belajar. Kedekut duit dan kedekut masa. Boleh ke berjaya? Dan lebih teruk, dah masuk kelas, dah luangkan masa, tapi tak apply. Bodoh sombong.
PROSES PUPUK KEBERANIAN
Ini satu lagi proses yang perit untuk dilalui. Proses memupuk keberanian. Kalau seorang pahlawan, keberaniannya diuji di medan pertempuran, ghost writer pula keberaniannya diuji pada mentalnya. Kalau ketakutan tu lebih besar daripada keberanian, simpan je lah cita-cita nak jadi ghost writer.
Pelanggan takkan datang kepada kita. Kita yang kena cari pelanggan. Persoalannya, berani ke kita nak mendekati pelanggan? Macam mana cara kita nak dekat pada mereka? Kalau kita takut, sampai kiamat pun kita takde pelanggan. Takde pelanggan, maknanya takde upah. So, masih nak takut?
Ada cara macam mana seorang ghost writer itu boleh mendekati pelanggan dan menawarkan servis upah menulis ini. Inilah yang dinamakan pitching dan akhirnya pelanggan sudi mengupah kita menulis bagi pihak mereka.
Beranikan diri. Besarkan hati. Percaya pada diri. Macam mana nak percaya pada diri? Apabila kita telah kukuh proses pertama dan proses kedua di atas tadi, insya-Allah kita akan boleh buat proses ketiga ini.
PROSES PUPUK SABAR
Ini proses seterusnya. Setiap pitching yang kita lakukan tak semestinya berjaya. Sabar. Takkanlah nak pitching 1 client je? Lepas tu tak berjaya, menangis tepi bucu katil.
Ada nisbahnya. Apa yang CikYam belajar, 10 pitching, insya-Allah close 2 client. Jadi kenalah buat lebih banyak pitching. Pitching ni maksudnya lebih kurang macam kita menghubungi bakal client dan terangkan mengenai servis yang kita ada.
Sabar juga sangat perlu dan proses yang sangat dituntut. Kalau kita bekerja dari rumah, kenalah sabar dengan kerenah anak, suami dan juga situasi berbangkit. Kalau tak sabar memang boleh runtuh tembok kesabaran tu dan mencetuskan banyak keadaan yang buruk.
PROSES DEVELOPE & GROW
Proses yang seterusnya adalah develope dan grow. Macam mana nak develope? Salah satunya kukuhkan kerjaya dengan ada syarikat yang sah. Daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Grow dengan cepat. Misalnya buat page fb, buat instagram, buat blog atau website. Kemudian sediakan konten berkualiti untuk sokong kerjaya kita sebagai penulis upahan. Nampakkan diri kita profesional sesuai dengan kredibiliti kita seorang penulis upahan yang layak menerima upah setimpal.
Jangan pernah penat buat personal branding sebagai seorang ghost writer di facebook. Facebook tu jadikan ruang paling berpengaruh untuk tonjolkan diri dari sisi penulis upahan. Kita kena tahu konten yang macam mana yang boleh buat orang yakin dan ingat dengan servis upah menulis yang kita buat.
Memberikan upah yang rendah dan tidak mencapai standard penulis upahan hanya menjadikan diri kita nampak ‘murah’. Sebab itulah seorang penulis upahan kena profesional. Tebalkan otak dengan ilmu. Bergaul dengan penulis upahan lain yang dah otai. Rendahkan hati, bukan bangga diri.
Walau kita ada pengalaman sebagai seorang penulis, kita kena anggap diri kita masih perlukan ilmu. Dari situ sajalah kita akan cepat grow. Tambah team kalau kita semakin banyak tempahan. Didik team supaya ada mindset macam kita, bukan sekadar terima upah.
Kesimpulannya, bukan mudah nak jadi seorang ghost writer sepenuh masa. Tapi walau apapun, kita kena profesional dalam kerja. Apabila client dah upah kita, kita kena hasilkan yang terbaik. Kalau mereka suka dengan kerja kita, tak mustahil mereka akan menempah berulang kali.
Inilah proses yang seorang penulis upahan kena lalui setiap hari. Proses yang memenatkan tapi sangat menyeronokkan bagi mereka yang memang ada passion dalam menulis.
Salam sayang,
CikYam – Menulis bukan kerana nama…