Buat Duit Dengan Menulis? Jom Ketahui Kerja Penulis Upahan

Penulis upahan ialah orang yang menulis bagi pihak orang lain. Dia menerima upah lalu hasil tulisannya menjadi hak milik yang memberi upah. Misalnya dia menerima upah untuk menyiapkan manuskrip sebuah buku, nama penulis buku itu adalah nama si pemberi upah, bukan nama kita sebagai penulis upahan.

Jadi, apa sebenarnya kerja seorang penulis upahan? Jom CikYam cerita sikit berpandukan pada pengalaman CikYam jadi penulis upahan sepenuh masa sejak Januari 2021 yang lalu.

KERJA PENULIS UPAHAN

CikYam penulis upahan

1) MENULIS KONTEN

Nama pun penulis, jadi kerjapaling utama seorang penulis upahan adalah menulis konten. Ada masanya CikYam menulis untuk posting facebook. Ada masanya CikYam menulis copywriting yang akan digunakan oleh klien untuk instagram. Konten juga boleh berbentuk sales page iaitu satu teks panjang berbentuk storytelling dengan objektif menjual.

Selain itu, CikYam juga menulis manuskrip e-book. Lazimnya hal ini memerlukan satu perbincangan yang berfokus supaya kedua-dua belah pihak jelas dengan hala tuju e-book itu.

2) MENGURUS MEDIA SOSIAL

Selain menulis, CikYam sebagai penulis upahan juga menyediakan perkhidmatan mengurus media sosial. CikYam tulis konten posting facebook page. Kemudian CikYam membuat poster untuk gambar dalam status facebook page itu. CikYam turut muat naik posting facebook page itu.

Bagi melancarkan kerja ini, CikYam menggunakan cara menjadualkan (schedule) setiap posting yang CikYam buat. Hal ini amat memudahkan kerja mengurus media sosial pelanggan.

3) MENDENGAR AUDIO – TRANSKRIP

Sebagai penulis upahan, CikYam juga membuat kerja mendengar audio. Selepas mendengar audio itu, CikYam akan mengalihkan audio itu ke dalam bentuk teks. Biasanya klien tidak mahu audio dialihkan sebijik-sebijik daripada biji butir audio tu. Mereka mahu kita tuliskan dalam bentuk nota yang mudah difahami.

Kerja transkrip, penulis upahan mempunya dua jenis upah. Pertama, upah mendengar audio dan menulisnya ke dalam bentuk teks. Upah kedua adalah mengolah teks tersebut ke dalam bentuk artikel.

4) MEMBUAT VIDEO

Ada juga penulis upahan yang diminta untuk membuat video. Biasanya CikYam akan membuat skrip dan team akan merakam video dan mengedit video tersebut. Video ini akan disiarkan dalam media sosial sebagai konten pelanggan.

5) KELAS MENGAJAR ORANG LAIN MENULIS

Alhamdulillah, CikYam telah diiktiraf sebagai jurulatih bertauliah. Maksudnya, CikYam boleh mengajar orang dengan tauliah yang CikYam ada.

CikYam mengajar secara dalam talian dan juga kelas bersemuka. Topik yang CikYam ajar adalah mengenai penulisan. Boleh tengok DI SINI pengalaman CikYam menjadi penceramah bagi kakitangan Kementerian Dalam Negeri.

6) MENULIS RENCANA

Alhamdulillah, CikYam ada kelebihan dalam bidang penulisan sebab pernah bekerja sebagai wartawan majalah dan akhbar selama lebih 16 tahun. Jadi, pengalaman tu sangat bermakna dan membantu CikYam dalam dunia penulisan terutamanya konten berbentuk artikel (rencana).

Inilah antara kerja yang CikYam selalu buat ketika menjadi penulis upahan. Korang berminat ceburkan diri sebagai penulis upahan? Seronok weh!

BUKU RUJUKAN UNTUK JADI PENULIS UPAHAN PROFESIONAL

Jika nak tahu lebih detail mengenai kerja penulis upahan, boleh dapatkan buku yang CikYam tulis ini. Informasinya lebih detail dan insya-Allah boleh dapat gambar lebih jelas mengenai tugas dan penjenamaan seorang penulis upahan.

Buku PROWRITER: Jalan Pintas Jadi Penulis Profesional.

Buku ini telah dijadikan sebagai buku panduan untuk kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya bagi melancarkan kerja-kerja penulisan mereka.

Nak dapatkan buku ini? Klik SAYA NAK DAPATKAN BUKU PROWRITER.