Ramai pemilik bisnes sebenarnya ada cerita yang hebat. Misalnya kisah jatuh bangun dalam perniagaan, pengorbanan masa bersama keluarga dan kejayaan yang tidak semua orang tahu.
Tetapi sayangnya, cerita itu hanya tinggal dalam memori sendiri. Cerita itu tidak disusun, tidak ditulis dan tidak dimanfaatkan sebagai aset branding. Hal ini menyebabkan ramai pemilik bisnes yang tiada rujukan atau ‘sesuatu’ untuk dikenang oleh generasi akan datang.
Apa kesan apabila anda mengabaikan urusan brand story ini? Kesan paling menyedikan adalah jenama anda nampak biasa-biasa sahaja walaupun perjalanan bisnes luar biasa. Ini kerana kisah jenama anda tidak sampai dengan berkesan kepada khalayak.
Jika anda berada di situasi ini, anda tidak keseorangan. Ada ramai usahawan yang begitu. Namun, anda bertuah kerana membaca tulisan CikYam ini kerana anda masih boleh mengorak langkah ke arah brand story yang berkesan.
CikYam boleh bantu uruskan brand story anda dengan baik. Telah banyak organisasi pemilik bisnes yang CikYam bantu buatkan konten brand story mereka. CikYam bantu anda menstruktur, menghidupkan dan menzahirkan brand story supaya:
- Jenama anda lebih dipercayai
- Mudah dikenali dan diingati
- Nampak lebih premium dan berautoriti
BRAND STORY: APA PILIHAN YANG ANDA ADA?
Jom kita lihat jenis-jenis strategi branding dan marketing yang pemilik bisnes perlu ambil tahu.
1. Buku Kisah Perniagaan

Bayangkan situasi ini. Bisnes anda telah berusia lebih 10 tahun. Maklumat tarikh mula bisnes anda pun anda boleh lupa. Apatah lagi jika anda ada cawangan di sana sini. Anda lupa cawangan mana yang mula-mula di bina. Ya, maklumat itu semuanya berselerak di sana sini.
CikYam bantu susunkan semua maklumat itu dalam buku kisah perniagaan anda. Buku yang mempunyai naratif indah dan fakta yang dikisahkan melalui penceritaan yang sedap dibaca. Disusun menjadi sebuah buku yang menyentuh emosi dan memberi inspirasi. Paling penting, buku ini adalah storytelling yang membina kredibiliti.

Sebagai contoh, CikYam pernah menghasilkan buku untuk syarikat batik terkenal Noor Arfa. Cabaran utama bukan sekadar mengumpul fakta tetapi menyusun emosi di sebalik perjalanan pengasasnya. Dari titik jatuh hingga bangkit membina empayar, cerita itu akhirnya menjadi bukti kekuatan jenama mereka hari ini. Anda boleh baca kisah proses penulisan buku ini di sini>> https://maryamelyas.my/perjalanan-prowriter-dalam-projek-penerbitan-buku-siapa-noor-arfa/

2. Video Korporat

Selain menghasilkan buku, brand story juga boleh dibuat dengan cara penerbitan video korporat. Cabaran menghasilkan video korporat adalah cara menjadikan penonton faham kisah perniagaan kita dalam masa kurang tiga minit.
CikYam bantu menghasilkan video korporat yang selari dengan identiti jenama anda, lengkap dengan skrip storytelling yang kuat. Paling penting, video korporat ini dibina mengikut bajet anda.
Bagi penghasilan video korporat, CikYam berpengalaman dalam projek video korporat bagi Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang memerlukan 30 video koperasi di seluruh Malaysia. Boleh lihat di sini sebahagian hasil video korporat itu>>> https://maryamelyas.my/perkhidmatan-buat-video-korporat-ikut-bajet-anda/
3. Website Branding

Jenama anda mungkin sudah ada website. Persoalannya, adakah website itu membantu dari segi branding? Ada syarikat yang hanya fokus kepada website urus niaga atau e-commerce sehingga jenama itu kelihatan terlalu menjual tanpa mementingkan penceritaan jenama yang boleh membuat khalayak lebih sayang dan percaya kepada jenama anda.
CikYam bantu bangunkan website yang fokus kepada branding dan storytelling, bukan sekadar e-commerce. Setiap ayat, setiap susunan, setiap mesej yang ditulis, dibina untuk menjawab satu soalan iaitu “Kenapa pelanggan perlu pilih anda?”
4. Konten Blog

Kepercayaan tidak dibina dalam sehari. Konten blog berfungsi membina kepercayaan secara konsisten. Rencana blog perlu ditulis mengikut struktur search engine optimization (SEO) yang membantu orang ramai mudah nampak anda di Google.
Melalui penulisan blog yang strategik, CikYam membantu anda tampil sebagai jenama yang berilmu, relevan dan dipercayai. Konten blog yang mendidik, mempengaruhi dan mengikat emosi pembaca mampu membantu menaikkan jenama anda di Internet kerana orang selalu nampak jenama anda dalam senarai carian Google.
5. Kandungan Media Sosial (enam bulan) atau Latihan Kepada Staff
Konten berbentuk brand story juga boleh direalisasikan di media sosial. Anda perlu sedar bahawa media sosial adalah ruang lepak bagi pengguna Internet. Boleh dikatakan setiap orang dewasa pasti ada telefon bimbit dan mempunyai akaun media sosial. Justeru, keputusan untuk membuat branding di media sosial adalah satu langkah bijak.
Pun begitu, ramai orang bisnes terperangkap di sin kerana putus idea dan tidak tahu konten apa lagi yang hendak dimuat naik. Dalam bahasa mudah, tak tahu nak post apa.
CikYam menyediakan pakej kandungan media sosial selama enam bulan yang disusun berdasarkan hala tuju syarikat anda. Setiap posting adalah sebahagian daripada strategi besar brand story anda. Anda fokus jalankan bisnes, biar CikYam uruskan cerita anda.
Selain itu, jika anda mempunyai staff atau team media sosial, CikYam boleh bantu melatih mereka untuk membangunkan konten media sosial berstrategi. Hal itu lebih kerapa memindahkan kemahiran penulisan kepada team anda supaya anda mempunyai team yang berkredibiliti untuk membangunkan dan menyusun konten media sosial dengan betul.
6. Liputan Akhbar

Ramai pemilik bisnes keliru dengan satu perkara penting mengenai penampilan di akhbar. Mereka mahu mendapatkan jualan yang tinggi apabila masuk akhbar. Objektif tampil di akhbar bukan untuk naikkan jualan tetapi untuk naikkan kredibiliti jenama.
CikYam bantu uruskan angle cerita, penulisan dan koordinasi supaya jenama anda layak diketengahkan dalam media arus perdana. Apabila jenama anda dipaparkan di akhbar, persepsi pelanggan boleh jadi berubah dan jenama anda jauh selangkah ke hadapan berbanding jenama yang tidak pernah berpeluang masuk akhbar.
7. Coffee Table Book (Profil Syarikat Bertaraf Premium)

Jika sasaran pelanggan anda ialah mereka yang berduit, maka branding anda juga perlu seiring dengan hal itu. Takkan produk jualan bernilai ratusan atau ribuan ringgit tapi pelanggan hanya diberikan sekeping flyers.
Anda perlukan sesuatu yang benar-benar eksklusif untuk menjaga branding bagi pelanggan premium. CikYam bantu hasilkan buku profil syarikat anda tetapi dalam bentuk coffee table book. Secara mudahnya, ini adalah profil syarikat dalam bentuk buku premium yang elegan dan berprestij. Buku ini sesuai untuk VIP, pelabur sekali gus sebagai simbol pencapaian jenama anda.
Anda boleh juga hasilkan penerbitan yang tidak setinggi kos coffee table book iaitu rencana berbentuk penceritaan yang menceritakan kisah perjalanan bisnes anda dengan lebih santai. Misalnya buku yang CikYam hasilkan untuk Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) ini.


KENAPA CIKYAM PERLU JADI PENYEDIA KONTEN BRAND STORY ANDA?
Dengan pengalaman sebagai wartawan arus perdana, ghost writer dan jurulatih penulisan, CikYam memahami satu perkara penting iaitu cerita yang hebat sahaja tidak cukup jika tidak disampaikan dengan strategi yang betul. CikYam bukan hanya menulis tapi CikYam membina naratif yang membuat orang percaya, ingat dan memilih jenama anda. Jom tukarkan cerita anda itu menjadi aset.
HUBUNGI CIKYAM SEKARANG>>> klik sini




