Buku PROWRITER: Jalan Pintas Jadi Penulis Profesional mempunyai banyak kelebihan apabila dijadikan sebagai panduan penulisan. Buku ini berbentuk modul yang membimbing secara langkah demi langkah (step by step) untuk seseorang itu menjadi penulis yang berstruktur. Apabila pihak Institut Sosial Malaysia (ISM) meminta CikYam melatih 25 kakitangan mereka dalam Bengkel Penulisan Kreatif, CikYam terus mengajukan penggunaan buku PROWRITER sebagai modul untuk mereka.
Ternyata, buku PROWRITER memberi manfaat kepada peserta apabila mereka lebih mudah untuk merujuk dan mendapatkan contoh-contoh terbaik dalam penulisan lebih berkesan.
Modul yang digunakan dalam buku ini adalah:
1) Penulisan Media Sosial
2) Asas Penyuntingan Makalah
3) Penulisan Rencana
4) Hak Cipta dan Etika Penulisan
Semua topik ini ada dalam buku PROWRITER dan peserta boleh membuat ulang kaji menggunakan buku ini di kediaman atau di tempat kerja mereka selepas bengkel penulisan ini berakhir. Berbaloi kan menganjurkan bengkel penulisan dengan PROWRITER? Dapat bengkel bersemuka, dapat lembaran kerja dan dapat pula buku teks sebagai rujukan.




APA YANG DIPELAJARI?
Sepanjang dua hari satu malam di The Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, CikYam menunjukkan cara untuk menarik perhatian pengguna media sosial terutamanya facebook. Pengguna media sosial mempunya terlalu banyak pilihan untuk perkara ayang mereka baca atau tonton. Justeru, bagaimana cara terbaik untuk menarik perhatian mereka?
Ya, memang kita terkekang dengan algoritma facebook yang sentiasa berubah. Apatah lagi dengan teknologi AI yang menjadi perantara kita sebagai penyedia konten kepada orang ramai. Posting media sosial perlu ada hook, ada cerita dan ada nilai (value) untuk dibaca oleh pengguna media sosial. Hal ini boleh menyebabkan mereka membuat engagement di posting media sosial kita sehingga menjadikan AI tadi menyebarluaskan atau meningkatkan reach posting kita.





VIDEO REVIEW DARIPADA PESERTA BENGKEL PENULISAN KREATIF ISM
Apa kata kakitangan ISM ya?

Akhir kata, terima kasih kepada pihak ISM yang menggunakan khidmat CikYam sebagai penceramah untuk bengkel penulisan ini. Jika ada jabatan kerajaan lain yang inginkan khidmat penceramah penulisan, boleh hubungi CikYam ya.
Rujuk di sini untuk keterangan lebih lanjut mengenai kursus penulisan CikYam >> https://maryamelyas.my/kursus-penulisan/





