8 Perkara Kena Buat Bila Serius Nak Bisnes Sebagai Penulis Upahan

Hari ni CikYam nak sembang pasal beberapa langkah penting bila kita serius nak buat bisnes sebagai penulis upahan atau ghost writer. Macam CikYam sendiri, ya, memang CikYam serius buat kerja ni sebab CikYam dah hilang pekerjaan. CikYam bekerja sebagai wartawan selama 16 tahun dan kemudian diberhentikan kerja sebab pengecilan kos oleh syarikat. Kita pun faham, banyak syarikat buang pekerja sebab terkesan dengan Pandemik Covid-19. So, senang cerita, CikYam salah seorang yang menerima musibahnya.

Jom CikYam senaraikan apa nak kena buat bila serius bisnes sebagai penulis upahan:

1) SERTAI KURSUS PENULIS UPAHAN

Perkara pertama yang CikYam lakukan sebagai persediaan untuk lebih serius dalam bidang penulis upahan adalah CikYam join kursus. Kursus ini ada dibuat secara fizikal. Tapi disebabkan CikYam join masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kursusnya cuma secara online sahaja.

Yang menariknya, sebab PKP, CikYam dapat harga istimewa. Sepatutnya yuran adalah sebanyak RM129, tapi cuma perlu bayar RM100. Kursus selama dua hari.

Nak join kursus? Klik sini Kursus Online Ghostwriter Junior

2) BUAT PERSONAL BRANDING

Benda ni sangat penting. Kalau dulu sosial media kita misalnya facebook sekadar jadi tempat kita baca gossip, mengomen kat status kengkawan je, so eloklah tukar. Tukar semua benda. Tukar gambar profile yang lebih mencerminkan sebagai penulis, tukar bio kita, tukar gambar cover, tukar nama kepada yang lebih formal.

Lupakanlah gambar profile yang bukan-bukan. Misalnya letak gambar kucing kesayangan la, gambar rumahlah, gambar anaklah. Letak gambar yang lebih profesional.

Kenapa kena buat semua ni? Sebab orang nak upah kita menulis untuk mereka. Penulis kenalah profesional baru orang yakin untuk upah kita menulis bagi pihak mereka. Kalau kita tak tonjolkan ciri-ciri seorang profesional, macam mana klien akan yakin untuk bayar sejumlah wang kepada kita?

Selain itu, konten yang bagus untuk ciri-ciri seorang penulis upahan adalah konten berbentuk ilmiah. Mulakanlah menulis konten yang menyerlahkan sisi kita sebagai penulis. Sudah-sudahlah menulis konten mengecam atau membantah yang bukan-bukan. Kalau serius nak buat bisnes, kena ubah media sosial kita menjadi lebih berhemah.

3) BELAJAR MENULIS IKUT PASARAN

Sediakan diri kita dengan ilmu mengenai penulisan konten. Pada hari ini, ramai yang memerlukan konten untuk media sosial dan website. Jadi kita kena tahu menulis untuk platform tersebut.

Kita kena tahu bezakan antara beberapa jenis konten ini:
1) Artikel
2) Copywriting

Selain itu, mantapkan juga ilmu dengan penulisan ebook, website dan beberapa lagi penulisan korporat misalnya company profile. Banyak syarikat yang mencari penulis untuk menulis bagi pihak mereka mengenai syarikat mereka sendiri. Selain itu, boleh cuba juga penulisan akademik untuk menyediakan modul peperiksaan sekolah rendah dan menengah.

4) DAFTAR SYARIKAT DAN URUSAN KERJA

Apabila kita serius untuk membuat bisnes dengan servis penulis upahan, seeloknya kita daftar syarikat di Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM). Hal ini menjadikan klien lebih percaya untuk berurusan sekali gus meningkatkan kredibiliti kita sebagai seorang penulis profesional.

Apabila ada syarikat, kita boleh sediakan invois dan resit menggunakan nama syarikat kita. TRUST daripada pelanggan pun lebih tinggi.

CikYam daftarkan syarikat atas nama CikYam Creative Empire. Nombor pendaftaran adalah SA0558364-V. Di bawah syarikat ini ada pelbagai brand.
1) CYC Writing Studio – fokus pada servis menulis.
2) CYC Ebook Series – fokus pada penghasilan ebook terbitan syarikat CikYam Creative Empire.
3) CYC Academy – fokus pada kelas penulisan yang CikYam akan buat. Lebih pada teknik menulis secara mudah yang CikYam amalkan sejak kerja sebagai wartawan.
4) Dan lain-lain brand yang akan diwujudkan mengikut keperluan semasa.

Nak daftar SSM, boleh rujuk di website ini SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA.

5) ADA LAPTOP ATAU KOMPUTER & TALIAN INTERNET

internet
Internet adalah satu keperluan pada masa sekarang.

Sekurang-kurangnya kena ada laptop atau komputer untuk menaip. Kemudian kena ada talian internet untuk memudahkan urusan bisnes dengan klien. CikYam sebelum ni guna data telefon je. Sambung hotspot ke laptop. Tapi bila makin banyak urusan, memang tak cukup. Dan bebaru ni CikYam sign up wifi home fibre Time untuk menampung kegunaan internet yang semakin ‘mengganas‘ kat rumah ni.

6) BINA WEBSITE

Nak membina website memang mahal jika gunakan domain berbayar misalnya dotcom atau dotmy. Boleh mulakan dengan domain percuma misalnya wordpress atau blogspot. Kedua-duanya boleh. Cumanya, jika domain berbayar lebih nampak kredibiliti.

CikYam sendiri pun gunakan domain dotmy. Namun memang kena ikat perut sikitlah untuk membayar kosnya. Tapi tak apa, untuk kegunaan branding diri dan bisnes sendiri, apa salahnya.

Website ni kegunaannya adalah untuk kita menulis konten berkualiti bagi menonjolkan diri kita. Satu lagi ciri-ciri yang best mengenai website adalah memudahkan pelanggan ‘jumpa’ kita di internet sekali gus mereka akan hubungi kita untuk mengupah kita menulis. Haaa kan best tu.

7) KENA PANDAI CARI PELANGGAN

Pelanggan takkan datang kalau tak dicari. Mula-mula memang kena cari. Rajin-rajin selongkar fb page yang nampak seolah-olah bersawang tu. Try hantar mesej di inbox mereka dan tawarkan servis kita. Insya-Allah kalau ada rezeki, mereka akan setuju mengupah kita menulis.

Pelanggan takkan turun dari langit. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Lama-kelamaan, jika servis kita bagus, pelanggan kita akan rekemen servis kita kepada pelanggan baru.

8) BINA TEAM

Apabila tempahan konten semakin banyak, kita takkan mampu nak buat sorang-sorang. Binalah team. Cari team yang boleh bantu kita siapkan konten pelanggan mengikut acuan teknik atau gaya penulisan kita. CikYam sekarang ada 3 orang team yang membantu CikYam menulis. Semuanya terdiri daripada rakan sekerja yang turut sama diberhentikan kerja sebagai wartawan ekoran Pandemik Covid-19 ni.

Kesimpulannya, kalau serius dengan bisnes sebagai ghost writer atau penulis upahan, silalah buat macam yang CikYam senaraikan ini. Mudah-mudahan, urusan kita akan dipermudahkan.

ANDA MESTI SUKA JUGA ARTIKEL INI

MACAM MANA GHOST WRITER MUDAHKAN KERJA MAK-MAK BISNES