Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Seramai 88 Orang Bakal Sertai Kelas Online Penulis Upahan

Facebook
Twitter
LinkedIn

Ramai individu yang ingin mendapatkan income melalui aktiviti penulisan namun masih ragu-ragu dan keliru. Ini kerana mereka tidak pasti cara yang betul dan tidak nampak gambaran jelas bagaimana penulisan boleh mendatangkan income.

Income melalui penulisan sebenarnya ada banyak cara. CikYam berikan contoh di bawah:

1) Income gaji bekerja di syarikat penerbitan

Syarikat penerbitan buku memerlukan kakitangan untuk memenuhkan jawatan editorial. Antaranya editor dan pembaca pruf. Ada juga syarikat penerbitan yang mempunyai penulis in-house. Income anda adalah gaji bulanan. Bincang mengenai gaji mengikut pengalaman dan kebolehan anda.

Boleh juga bekerja sebagai wartawan di syarikat akhbar. Ini adalah pekerjaan yang sama macam CikYam dulu, wartawan majalah dan akhbar. Tiap-tiap bulan, dapat gaji.

2) Penulis novel, cerpen
Jika anda berkebolehan menulis fiksyen, anda boleh tulis novel atau cerpen. Kemudian terbitkan di syarikat penerbitan atau terbitkan sendiri. Income anda adalah melalui bayaran royalti apabila buku anda dibeli oleh pembaca. Jika anda terbit sendiri, semua jualan buku adalah income anda.

3) Penulis skrip

Penulis skrip mendapat bayaran daripada projek pembikinan drama atau filem. Jumlah bayaran ini tidak tentu sebaliknya mengikut kepada pihak produksi sendiri. Sebagai penulis skrip, anda perlu bijak bernegosiasi dengan pihak produksi berkenaan bayaran mengikut kepada pengalaman anda. Bayaran selalunya sebanyak dua kali iaitu deposit dan selepas skrip siap. Ada juga yang mendapat bayaran selepas produksi siap penggambaran. Semuanya bergantung kepada perjanjian anda dengan mereka.

4) Penulis upahan

Penulis upahan atau ghost writer ialah individu yang menulis bagi pihak orang lain. Income seorang penulis upahan adalah daripada upah yang dia dapat daripada pihak yang mengupahnya.

Maksudnya, income penulis upahan adalah bergantung kepada jenis konten yang dia tulis. Penulis upahan boleh mengambil upah menulis rencana, laporan, profil, buku bacaan umum, buku cerita, skrip, konten media sosial, entri blog dan pelbagai lagi jenis konten yang diminta oleh pelanggan. CikYam pernah diminta menulis ucapan hari raya untuk bakal ibu mentua.

MANA SATU PILIHAN ANDA?

Bagi CikYam, penulis upahan adalah satu pekerjaan penulisan yang cepat dapat duit. Prosesnya tidak panjang seperti penulis novel dan penulis skrip. Maksud CikYam, berapa lama tempoh anda perlu siapkan novel, cetak novel itu dan jual novel itu? Duit royalti pula, perlukan masa untuk dikira dan dibuat pembayaran oleh penerbit. Itu kalau buku itu ada yang membelinya. Jika tiada pembeli, maka tiadalah income penulis. Penulis upahan boleh mengawal projek penulisan yang dia mampu lakukan.

KELAS ONLINE PENULIS UPAHAN

Pada Khamis, 13 November 2025 dan pada Sabtu, 15 November 2025, bakal berlangsung Kelas Online Penulis Upahan untuk 88 orang peserta yang telah mendaftar. Impian CikYam semoga kelas ini dapat bantu merungkai semua kekeliruan atau ketidakpastian untuk memulakan kerjaya penulis upahan.

 

Read More

Scroll to Top