Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Sambal Laki Bini, Sambal Bilis Bangkit Selera Sahur

Facebook
Twitter
LinkedIn

Bersempena Ramadan yang bakal menjelang tak lama lagi, CikYam dah restok Sambal Laki Bini untuk sahur. Atas permintaan ramai, CikYam ada banyak stok dan sudah pun mula pos kepada pelanggan tetap yang setia menanti kemunculan sambal ni setiap kali bulan puasa.

Yang selalu singgah facebook CikYam, mesti tahu CikYam ada jual Sambal Laki Bini kan? Sambal Laki Bini adalah sambal jenis kering yang rangup dan menyelerakan. Lidah Jawa, kalau makan mesti nak ada sambal sebagai pelengkap hidangan. Dalam ni ada ikan bilis, bawang putih, bawang merah. Digoreng garing tetapi tidak hangit dan ditumis mesra tapi tidak berminyak.

Kenapa sambal ni jadi perhatian masa bulan puasa?

  1. Sambal Laki Bini jenis kering dan sesuai dimakan dengan nasi, bubur nasi atau roti. Jadi, kalau tak lalu makan nasi, boleh makan dengan bubur nasi atau roti. Kenyang juga dan tahanlah sampai waktu berbuka puasa nanti.
  2. Sambal Laki Bini ada rasa bawang putih. Jadi, bila makan pagi-pagi ketika sahur tu, anda lebih rasa nikmat untuk menjamah makanan kerana asa bawang putih tu merangsang deria rasa.
  3. Sambal Laki Bini tahan lama. Boleh tahan berbulan-bulan kerana dimasak jenis kering. Tapi, kalau ikut pengalaman CikYam, sebotol tu tahan dua hari je sebab sekejap je habis kerana sedapppppp dimakan dengan apa-apa saja.

Tagline: Sambal Laki Bini, Makan Dengan Kasih Sayang

Ya, inilah yang CikYam dan suami cuba nak tonjolkan. Makan Dengan Kasih Sayang. Suami CikYam sebenarnya cerewet bab sambal. Suka makan sambal masa makan nasi. Jadi sambal ni memang kena dengan selera dia.

Stok sambal yang menanti nak diposkan kepada pelanggan.

Bagi kami, sambal kena cukup lengkap rasanya. Ada rasa pedas, masin dan manisnya. Kalau sambal jenis kering, kami suka bawangnya dan ikan bilisnya rangup. Sambal kering macam ni sedap dimakan dengan nasi, bubur nasi atau roti. Memang sedappppp.

Kekuatan Sambal Laki Bini adalah pada rasa bawang putihnya. Bawang putih yang dihiris lebar supaya terasa pahit-pahit sikit masa makan. Aduhai, sedap rasanya tau!

 

SESUAI JUGA UNTUK IBU BERPANTANG & CUTI-CUTI

Sambal ini ada bawang putih, sesuai untuk ibu baru lepas bersalin. Ramuan bawang putih yang dihiris lebar-lebar. Memang bagus untuk ibu-ibu baru lepas bersalin. Yang tak bersalin pun bagus jugak makan sambal ni. Selain sedap, boleh menambah selera dalam apa-apa hidangan pun.

Kalau bercuti pun bagus bawak Sambal Laki Bini. Boleh makan sambal di mana-mana sahaja. Kalau pergi umrah ke, bawaklah sambal ni.

Bagi mak-mak yang ada anak duduk di asrama, bawakanlah Sambal Laki Bini. Gerenti anak korang takkan rindu masakan emaknya sebab ada sambal yang sesedap masakan ibu. Gittew!

 

KENAPA NAMA DIA SAMBAL LAKI BINI?

Nama laki bini dipilih sebab sambal ni CikYam usahakan bersama suami. CikYam buat bahagian marketing dan branding. Suami usahakan yang selain daripada itu.

TESTIMONI SAMBAL LAKI BINI

Memang ramai sangat yang dah makan sambl ni dan bagi feedback memberangsangkan untuk CikYam. Terima kasih kepada pelanggan yang menyokong sambal ini sejak tahun 2023 lagi. Sampai sekarang, tiap kali ada stok, mereka akan order.

Suka rasa bawang putih.

Kenapa sedap sangat????

Sedap gila! Pedas secukup rasa! Boleh viral katanya.

Ya Allah, sedaaaaaaaapnya Sambal Laki Bini!!!!!
Terus order 5 botol tau!

Haaaaaa! Cukuplah testimoni setakat ini. Ada banyak lagi sebenarnya yang sampai ratah Sambal Laki Bini depan televisyen. Takut korang baca meleleh pulai ailio tu. Haha.

NAK BELI SAMBAL LAKI BINI?

Jom support Sambal Laki Bini.

Macam mana nak dapatkan Sambal Laki Bini?
Yang duduk Shah Alam, suami CikYam boleh delivery.

Harga 1 botol RM18

Postage RM8

Berat sebotol 130 gram.

PM JER (saya nak order Sambal Laki Bini)

Read More

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top