Selain bertindak sebagai jurulatih penulisan, khidmat CikYam yang selalu digunakan oleh agensi kerajaan adalah sebagai penyedia kandungan. Misalnya menyiapkan buku atau majalah.
Buku dan majalah adalah aset strategik yang membina kredibiliti dan merakam momen penting bagi sesebuah agensi kerajaan tersebut. Di sinilah khidmat CikYam diperlukan oleh agensi kerajaan yang ingin menghasilkan buku atau majalah.
CikYam menyediakan servis penulisan dan penerbitan menyeluruh (end-to-end) khusus untuk agensi kerajaan yang ingin menghasilkan bahan berkualiti tinggi seperti majalah korporat, coffee table book, buku profil organisasi dan laporan khas. CikYam uruskan keseluruhan proses dari idea awal sehingga buku siap berada di tangan anda.
APA SERVIS YANG ANDA DAPAT?
Apabila mendapat kepercayaan untuk menyempurnakan satu-satu projek penerbitan buku atau majalah, CikYam akan fokus dan membuat kerja mengikut proses secara tersusun.
Antara skop perkhidmatan CikYam:
Menyiapkan isi kandungan dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.
Proses pertama ini sangat penting kerana kerja-kerja penulisan akan mengikut kepada isi kandungan yang telah ditetapkan.
1. Sesi Wawancara Profesional

Lazimnya, buku atau majalah agensi kerajaan mempunyai ruangan Perutusan yang mencatatkan kata-kata daripada Menteri, Ketua Pengarah atau Pengarah dan sebagainya. CikYam akan menjalankan sesi wawancara bersama mereka secara bersemuka. Pengalaman CikYam sebagai wartawan membantu sesi wawancara bersama tokoh menjadi lebih berkesan.
2. Pembangunan Kandungan Strategi
Menyusun dan menulis kandungan berdasarkan objektif penerbitan sama ada untuk penjenamaan, dokumentasi atau laporan pencapaian.
3. Penyuntingan & Semakan Pruf

Daripada draf pertama hingga ke versi akhir, setiap teks melalui proses suntingan bagi memastikan kualiti bahasa, ketepatan fakta dan keseragaman gaya.
4. Reka Letak (Layout) Profesional
Menyusun kandungan mengikut saiz buku, pemilihan font dan identiti visual agensi supaya tampil kemas, eksklusif dan mudah dibaca.
5. Konsep Kulit Hadapan (Cover Design)
Membangunkan idea kreatif untuk kulit buku yang mencerminkan imej dan mesej organisasi.
6. Pendaftaran ISBN dengan Perpustakaan Negara Malaysia
Menguruskan proses rasmi supaya penerbitan anda diiktiraf dan direkodkan secara profesional oleh pihak perpustakaan.
7. Percetakan & Penghantaran
Mengurus cetakan sehingga buku siap dan dihantar terus kepada pihak pelanggan.
AGENSI YANG PERNAH DAPATKAN KHIDMAT KAMI
Khidmat menyiapkan buku dan majalah oleh CikYam telah digunakan oleh agensi kerajaan berikut.
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

1. Membangun Usahawan Madani: Jejak 25 Usahawan Cemerlang INSKEN
2. Buku Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2025
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
1. Majalah Gagasan Koperasi
2. Majalah Tunas Gagasan Koperasi
Setiap penerbitan ini menjadi dokumen rasmi agensi terbabit yang mencerminkan pencapaian dan kredibiliti mereka.
CABARAN PROJEK
Menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi bukan proses yang mudah. Salah satu cabaran utama ialah menemu bual usahawan INSKEN dan usahawan koperasi yang kebanyakannya mempunyai jadual yang padat.
Ada sesi dilakukan secara bersemuka, ada juga secara dalam talian. Semuanya memerlukan fleksibiliti, kesabaran dan koordinasi yang teliti.
Namun, cabaran ini berjaya diatasi melalui:
* Penyusunan jadual yang efisien
* Komunikasi yang tersusun
* Disiplin dalam pengurusan masa
Hasil daripada cara mengatasi cabaran ini, setiap kisah dan berjaya dirakam dengan penuh nilai dan ketepatan. Pengalaman sebagai wartawan yang terbiasa bekerja dalam deadline yang ketat, alhamdulillah CikYam dapat memudah cara setiap cabaran yang datang demi mendapatkan kandungan terbaik mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
KENAPA AGENSI KERAJAAN MEMILIH SERVIS KAMI?
- Pengalaman luas dalam projek kerajaan dan korporat
- Faham keperluan komunikasi rasmi dan penjenamaan
- Servis lengkap tanpa perlu berurusan dengan banyak vendor
- Penulisan yang bermakna dan berstrategi
- Pengalaman sebagai wartawan majalah dan akhbar arus perdana memberikan kesan positif dalam buku atau majalah yang dihasilkan
INGIN MULAKAN PROJEK PENERBITAN ANDA?
Jika organisasi anda bercadang untuk menghasilkan majalah, buku korporat atau coffee table book, inilah masa yang tepat untuk kita bekerjasama. Serahkan kepada CikYam untuk uruskan semuanya. CikYam ada team yang berpengalaman untuk menyiapkan buku atau majalah anda.
Hubungi CikYam hari ini untuk perbincangan lanjut>> klik sini





