Projek Antologi Modachi: Sebuah Pengenalan

Hari ini CikYam ingin berkisah mengenai Projek Antologi Modachi. Projek ini belum ada satu keputusan yang konkrit lagi. Masih dalam perancangan awal. Jadi, dalam blog CikYam ni, CikYam nak cerita mengenai perancangan Projek Antologi Modachi setakat hari ini.

Tema Projek Antologi Modachi

Setakat ini, tema yang dirancang adalah mengenai kewanitaan dan perkahwinan. Isu yang ingin diangkat adalah keganasan rumah tangga. Pun begitu, kami mahukan kisah yang mencetuskan keharmonian. Maksudnya, di sebalik isu keganasan rumah tangga itu, bagaimana seorang suami dan isteri sepatutnya menjadikan perkahwinan mereka lebih harmoni.

Kisah yang diceritakan pula, walaupun kisah fiksyen, perlu juga mengambil kira elemen realistik yang berkaitan dengan persekitaran kita mengenai keganasan rumah tangga. Misalnya, bantuan yang disediakan, prosedur macam mana nak dapatkan bantuan. Tujuannya untuk educate pembaca mengenai keganasan rumah tangga.

Pihak CikYam masih cuba mendapatkan kerjasama daripada mana-mana persatuan atau organisasi untuk berkolaborasi. Kami ingin menjadikan projek ini besar skalanya!

Penulis

Modachi perlukan 50 penulis.

Untuk projek antologi ini, Modachi perlukan 50 penulis. Setiap penulis perlu menghasilkan cerita berbentuk cerpen yang menjuruskan kepada tema yang telah ditetapkan. Kami tidak kisah sama ada penulis ini adalah penulis baru atau penulis yang telah berpengalaman.

Komisen Penulis

Penulis yang berjaya menjual buku sendiri berpeluang mendapat 35 peratus komisen daripada harga asal buku. Hal ini boleh menjadi sumber pendapatan kepada penulis yang berusaha mempromosikan buku tulisan sendiri.

Strategi Media

Modachi percaya penceritaan di media massa membawa banyak manfaat kepada peningkatan kredibiliti seorang penulis.

Projek Antologi Modachi bukan sekadar projek menerbitkan buku. Namun ini adalah platform yang membuka peluang kepada penulis untuk mendapat pengalaman bersama media. Profil penulis bakal ditulis dalam platform digital yang boleh membuka ruang untuk penulis lebih dikenali.

Selain itu, sebuah majlis pelancaran buku antologi ini nanti juga bakal diadakan. Para wartawan akan dijemput dan di situ penulis berpeluang mendekati media. Media perlu didekati supaya penulis dikenali dan ada peluang untuk kisah mereka diangkat di media.

Fokus Akan Datang

Menjadi in-house writer kepada Modachi adalah peluang untuk kerjasama strategik antara penulis dan penerbit.

Melalui projek ini juga, penulis berpeluang berada dalam pengkalan data Modachi sebagai in-house writer. Justeru, setiap projek bersama kementerian atau syarikat korporat, penulis-penulis ini bakal dihubungi untuk diberikan kerjasama erat bagi menghasilkan konten yang diperlukan.

Modachi ialah sebuah syarikat konsultan media yang menghasilkan banyak konten misalnya rencana, copywriting, surat jualan, buku mewah (coffee table book), manuskrip buku dan skrip. Justeru, dengan adanya in-house writer, penulis berpeluang mendapatkan job yang dibayar mengikut kadar upah standard.

Peranan Penerbit

Team Modachi yang sentiasa bersemangat untuk melahirkan karya berkesan.

Sebagai penerbit, Modachi berperanan sebagai syarikat yang menerbitkan buku dan menanggung kos menyiapkan manuskrip, membuka rekaan grafik, editorial dan mencetak buku.

Peranan di sebaliknya adalah, Modachi bertanggungjawab mempromosikan penulis di media massa. Modachi juga membuat majlis pelancaran bersama media massa supaya berita mengenai kewujudan buku ini mendapat liputan media massa selayaknya sebagai sebuah projek buku baharu.

Modachi juga akan membawa 50 nama penulis ke mana-mana projek yang memerlukan penulis. Penulis yang berada dalam senarai penulis buku antologi ini bakal dipromosikan dan diberikan projek-projek penulisan yang diusahakan oleh Modachi.

Justeru, in-house writer perlu sentiasa bersedia dan dialu-alukan untuk menjayakan projek penulisan yang bakal dijalankan oleh Modachi Sdn Bhd.

Yuran Penyertaan

Mengenai yuran penyertaan, memang penulis akan dikenakan yuran. Yuran ini termasuk kos kelas yang bakal dijalankan, iaitu:

  • Kelas penulisan
  • Kelas bisnes
  • Kelas pemasaran
  • Kelas graphic design

Yuran ini juga bakal menanggung sebahagian kos pemasaran yang menggunakan strategi media tadi. Kos untuk media memang tinggi. Justeru, sebahagiannya akan ditanggung oleh penulis. Sebahagian lagi, Modachi berbesar hati untuk menanggungnya.

Berapa kos yuran? Jumlah itu masih lagi pada peringkat akhir perbincangan.

Kesimpulan

Projek Antologi Modachi bukan sekadar projek menerbitkan buku. Namun lebih kepada kerjasama strategik antara penerbit dengan penulis. Kita mengamalkan win-win situation yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Modachi bukanlah sebuah syarikat yang mementingkan keuntungan semata-mata tetapi kami mengamalkan sistem kerjasama yang mengangkat elemen Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goal (SDG). Kami mahukan sesuatu yang berpanjangan atau lestari. Justeru kerjasama yang utuh amat kami utamakan.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai Projek Antologi Modachi, CikYam akan masukkan dalam group facebook. Hantarkan WhatsApp kepada CikYam sekarang atau klik je link fb group ni untuk join Facebook Group Projek Antologi Modachi.