Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Personal Coaching Penulisan Bersama CikYam: Jadikan Kerjaya Anda Lebih Profesional

Facebook
Twitter
LinkedIn

Sekian lama dalam dunia penulisan, saya dapat rumuskan bahawa penulisan adalah kemahiran yang sangat penting. Walaupun ada yang kata Kecerdasan Buatan atau AI boleh bantu mereka menulis, namun kemahiran yang kita kuasai sendiri itu sebenarnya lebih tinggi nilainya.

Atas dasar itu, saya ingin memindahkan kemahiran menulis yang saya miliki kepada anda yang memerlukan kemahiran tersebut. Sesi personal coaching adalah sesi terbaik untuk memindahkan kemahiran kerana sentuhannya lebih peribadi dan terperinci.

Sama ada anda seorang kakitangan kerajaan yang perlu menyediakan rencana berbentuk digital dan kandungan media sosial; ataupun anda ialah individu yang ingin membina jenama peribadi, maka kemampuan menulis dengan jelas, strategik dan meyakinkan adalah aset penting bagi anda.

Di sinilah Personal Coaching Penulisan bersama CikYam hadir sebagai solusi yang praktikal dan berfokus.

KENALI JURULATIH

CikYam atau Maryam Elyas telah lama bergiat aktif dalam dunia penulisan. Dengan pengalaman lebih 16 tahun sebagai wartawan dan pengamal industri penulisan, saya memahami realiti sebenar dunia penulisan iaitu daripada tekanan deadline sehingga keperluan menghasilkan kandungan berkualiti tinggi. Kredibiliti saya turut lebih kukuh apabila memenangi Anugerah Wartawan Rencana Terbaik (MPI-Petronas) 2007, satu pengiktirafan berprestij di peringkat nasional.

sijil-anugerah-cikyam

Lebih penting, saya merupakan jurulatih bertauliah yang mempunyai akreditasi daripada HRD Corp, menjadikan sesi latihan saya bukan sahaja berkualiti, malah relevan dengan keperluan pembangunan profesional masa kini.

Terkini, saya telah mendapat Diploma Lanjutan (SKM Tahap 5) dalam bidang Penerbitan Multimedia Kreatif dan juga lantikan sebagai Panel Pakar bagi kursus tersebut oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

KENAPA PERLU PERSONAL COACHING?

Berbeza dengan kursus secara umum, personal coaching memberi fokus terus kepada keperluan anda. Setiap sesi dibimbing secara lebih dekat, membolehkan anda:

  1. Memahami kelemahan sebenar dalam penulisan anda
  2. Mendapat maklum balas terus daripada pakar industri
  3. Menghasilkan output sebenar, bukan sekadar teori
  4. Meningkatkan keyakinan untuk menulis dalam konteks kerja sebenar

Bagi kakitangan jabatan kerajaan, hal ini sangat penting kerana setiap dokumen yang dihasilkan mencerminkan imej organisasi. Penulisan yang lemah boleh menyebabkan mesej tidak sampai, manakala penulisan yang kuat mampu meningkatkan kredibiliti jabatan.

10 MODUL PILIHAN YANG RELEVAN MENGIKUT KEPERLUAN SEMASA

Program ini menawarkan 10 modul yang boleh dipilih mengikut keperluan anda:

  1. Penulisan Digital: Rencana & Buletin
  2. Penulisan Media Sosial yang Strategik
  3. Copywriting – Brand Story (Teknik Ayat Iklan Berkesan)
  4. Penulisan Kreatif & Storytelling
  5. Kerjaya Penulis Upahan Profesional (Ghostwriting Career Path)
  6. Asas Penyuntingan Teks (Editing & Proofreading)
  7. Hak Cipta & Etika Penulisan
  8. Penerbitan Coffee Table Book (Buku Mewah)
  9. Pemilihan Gambar & Teknik Penulisan Kapsyen
  10. Penulisan dokumen rasmi yang profesional (laporan, ucapan, memo, e-mel)

Setiap modul direka berdasarkan keperluan sebenar industri dan pengalaman lapangan CikYam sendiri dalam mengendalikan projek bersama agensi kerajaan dan organisasi korporat.

BERAPA YURAN ANDA?

Dengan hanya RM489 untuk satu (1) modul, anda akan mengikuti sesi personal coaching selama empat (4) jam secara online dengan padat, fokus dan terus kepada aplikasi sebenar. Anda juga mendapat manfaat berikut:

  • Empat (4) jam sesi kelas online
  • Satu (1) jam sesi tutorial online
  • Sijil digital sebagai bukti penyertaan
  • Peluang mendapatkan buku PROWRITER bernilai RM79 pada harga istimewa RM60 termasuk pos
  • Sesi reviu selepas kelas iaitu peserta boleh hantar hasil penulisan untuk semakan ringkas

Tak Cukup Satu (1) Modul? Jom Ambil Empat (4) Modul

  • Pakej Bundle 4 Modul: RM489 x 4 modul pilihan = RM1,956 (sesi online atau bersemuka, harga istimewa, buku PROWRITER, sijil digital, satu (1) jam sesi tutorial secara online, lembaran kerja dan sesi reviu selepas kelas iaitu peserta boleh hantar hasil penulisan untuk semakan ringkas).

BELAJAR SENDIRI MUNGKIN MEMBOSANKAN?

Jika anda ingin menyertai kelas dengan rakan sekerja, boleh juga. Berikut adalah peluang untuk anda.

  • Pakej Berkumpulan (4 orang ke atas, 4 modul pilihan): Harga khas (sesi online atau bersemuka, buku PROWRITER, sijil digital, satu (1) jam sesi tutorial secara online, lembaran kerja, sesi analisis penulisan organisasi dan sesi reviu selepas kelas iaitu peserta boleh hantar hasil penulisan untuk semakan ringkas).
HUBUNGI CIKYAM SEKARANG

Jika anda serius untuk mendapatkan sesi pembelajaran penulisan daripada CikYam, jom hubungi CikYam sekarang untuk menempah tarikh dan sesi pembayaran.

KLIK SINI>> hubungi CikYam

KURSUS PENULISAN BERKUMPULAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN

Jika anda ialah kakitangan kerajaan yang ingin mengadakan kursus penulisan bagi sekumpulan lebih 10 orang, klik sini>>>> Kursus Penulisan Kakitangan Kerajaan

 

Read More

Scroll to Top