Personal Coaching Penulisan Artikel Berkualiti
CikYam Creative (CYC) melangkah satu lagi tapak. Jika sebelum ini CYC fokus pada servis penulisan, kini CYC turut membuat sesi sharing. Kali pertama, hari ini CikYam buat sesi personal coaching untuk tajuk Teknik Menulis Artikel Berkualiti.
Personal coaching maksudnya hanya seorang pelajar. Kiranya lebih privasi. Individu yang pernah join personal coaching ialah seorang editor majalah di syarikat penerbitan terkemuka, penulis buku dan juga ejen produk yang fokus berniaga di website.
Menulis artikel yang berkualiti sebenarnya memerlukan teknik yang detail. Penulisan artikel yang tidak kemas boleh membuatkan artikel jadi tidak fokus sehingga menimbulkan rasa bosan dan keliru ketika membacanya.
PENULISAN ARTIKEL TU MACAM MANA?
Bagi nak senang faham, artikel adalah genre penulisan yang terdapat dalam majalah. Penulisan sedemikian juga sekarang telah banyak diamalkan pada medium portal atau website.
Banyak kelonggaran dalam penulisan artikel sehingga menyebabkan artikel selalunya ditulis jenis ‘tangkap muat’ dan ‘nak cepat siap’. Sebab itulah banyak artikel di website yang tak cukup sifat dan susah nak dikatakan sebagai artikel berkualiti.
Ada 5 kriteria yang menjurus kepada konteks penulisan artikel berkualiti terutamanya penulisan artikel di website. Sementara itu ada 4 point yang CikYam tekankan untuk menulis artikel yang baik.
Artikel ni ada banyak jenis. Ada yang jenis storytelling ataupun jenis tip. Kan banyak kita baca kat website artikel jenis tip misalnya 4 tip cari jodoh, 10 tip kurus dalam masa sebulan. Haaa lebih kurang gitulah. Tapi persoalannya macam mana nak buat artikel yang berkualiti?
KENAPA PERSONAL COACHING?
Bila buat training secara personal, CikYam lebih fokus. Lagipun nak membetulkan penulisan ni tak semudah coaching lain yang kita boleh ajar beramai-ramai. Setiap orang gaya penulisannya tak sama. Jadi CikYam rasa lebih bagus result dan kesannya bila buat secara one to one.
SIAPA YANG PATUT JOIN TRAINING NI?
1.KORANG YANG SUKA MENULIS DALAM BLOG ATAU WEBSITE
Bagi korang yang suka menulis artikel dalam blog atau website sangat sesuai untuk join coaching dengan CikYam. CikYam akan salurkan ilmu menulis artikel yang selama ini CikYam praktikkan ketika menjadi wartawan selama lebih 16 tahun.
2. KORANG SEORANG GHOST WRITER?
Kalau korang ialah ghost writer atau penulis upahan, korang patut belajar cara menulis artikel. Korang tahu tak, satu artikel untuk website dibayar sehingga RM100? Jadi, belajarlah teknik menulis artikel dengan baik dan mulakan kerja sebagai ghost writer dengan mengambil upah menulis website klien.
APA MANFAAT SAYA JOIN COACHING NI?
OK, gini. Coaching ni, CikYam akan fokus pada kat mana kelemahan korang dalam penulisan artikel. CikYam akan bantu perbaiki dan berikan solusi macam mana nak perelokkan penulisan tu.
Dengan panduan dan teknik yang CikYam berikan, insya-Allah penulisan artikel korang akan bertambah baik. Dan… satu lagi nak bagitahu korang ni. Kalau korang boleh master penulisan artikel, setakat nak buat konten berkualiti kat facebook tu, memang kacang putih je tau! Haaa best kan?
INI FEEDBACK PERSONAL COACHING TADI
Ini feedback daripada individu yang bersama CikYam siang tadi.
BERAPA YURAN PERSONAL COACHING?
Tak mahal pun. Untuk personal coaching bersama CikYam bagi penulisan artikel gaya majalah yang berkualiti, yurannya hanya RM150. Belajar one to one tapi yuran cuma RM150 jerrrr? One to one bukan mahal ke?
Betul dik. CikYam tak ambil mahal. Bukan sebab ilmu CikYam ni murah. Pengalaman sebagai wartawan lebih 16 tahun tu sangat mahal. Malah CikYam pernah menang kategori Wartawan Rencana Bahasa Melayu Terbaik anjuran Malaysian Press Institute. Hadiah disampaikan oleh Datuk Sri Najib Tun Razak masa tu.
CikYam percaya kepada keberkatan. Doakan CikYam dimurahkan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan. Doakan suami CikYam yang cacat tu kesihatannya bertambah baik dan dapat terus cari nafkah untuk kami seisi keluarga. Doa kalian sangat bererti untuk CikYam dan keluarga CikYam.
So, kalau ada yang berminat untuk belajar cara penulisan artikel yang berkualiti, terutamanya teknik penulisan artikel ni, bolehlah PM CikYam ye. CikYam akan susunkan jadual yang terbaik untuk korang. KLIK SINI.
PERSONAL COACHING BERKUMPULAN
Update: Ada yang minta CikYam buat coaching penulisan artikel dalam kumpulan. Maknanya, diorang tak nak one to one. Tapi nak dalam kumpulan kecil sama ada berdua, bertiga atau berempat dan berlima. Haha. Ngade-ngade kan korang ni. Tapi CikYam OK je. Naper? Seram ek bertentang mata ngan CikYam?
OK, gini ye. CikYam bagi list harga sesiap, senang nak buat group.
Inilah dia harga untuk CikYam buat sharing penulisan artikel ya. Sebarang pertanyaan, boleh direct PM CikYam di sini. Klik jer COACHING PENULISAN ARTIKEL.
Faa Kashah
Saya berminat nak coaching one to one dgn Cik Yam
CikYam
Boleh, boleh 🙂
Syafinaz Sofea Mohd Alfadzirllah
Cik yam. Sy newbie. X pernah menulis pun teringin nak belajar bermula boleh ke?