Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Perjalanan PROWRITER dalam Projek Penerbitan Buku Siapa Noor Arfa?

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tahun 2025, rasanya pencapaian terbesar setakat ini dalam kerjaya penulisan buku CikYam adalah terbitnya buku bertajuk Siapa Noor Arfa? Dalam buku ini CikYam bertindak sebagai penyelaras, penulis, penyunting dan juga pembaca pruf. CikYam juga membuat pendaftaran ISBN di Perpustakaan Negara Malaysia.

Team CikYam iaitu Wans Komo bertindak sebagai Pengarah Seni yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan kulit buku. Sekali gus dia juga membantu dari segi mencetak buku. Seorang lagi team iaitu Iqmal Azri, membantu dari segi rekaan keseluruhan buku.

Inilah dia tiga orang kuat PROWRITER yang mengusahakan buku Noor Arfa dari zero hingga siap dicetak.

Kisah bermula pada 20 April 2024. Seorang staff Noor Arfa hubungi CikYam selepas dia cari di Google mengenai servis penulisan. Dia mengakui ada beberapa nama, namun rasa percaya lebih kuat kerana dapat membaca latar belakang CikYam melalui website www.maryamelyas.my. Dia juga tengok facebook CikYam.

Pada dasarnya, CikYam bersetuju untuk bekerjasama membantu Noor Arfa menyiapkan buku ini. Ini adalah satu peluang besar untuk CikYam Creative dan PROWRITER untuk bekerjasama dengan satu syarikat besar seperti Noor Arfa.

Selepas mendapat mesej di WhatsApp, staff Noor Arfa membuatkan satu janji temu antara CikYam dan bos Noor Arfa sekarang iaitu, Encik Wan Mohd Hafiz iaitu anak kedua kepada pasangan suami isteri Noor Arfa.

Kami bertemu di Bukit Jelutong. Semasa pertemuan itu, CikYam membentangkan proposal mengenai penulisan buku yang mempunyai 12 bab semuanya. Buku berbentuk kronologi dari awal penubuhan hingga era tahun 2020 yang bersejarah dengan hadirnya wabak pandemik.

Tarikh 20 April 2024, kali pertama CikYam dihubungi melalui WhatsApp oleh staff Noor Arfa yang bertanyakan mengenai penulisan buku kisah hidup.
Penggambaran adalah proses terakhir dalam menyiapkan buku Noor Arfa.

Selepas selesai menyiapkan penulisan manuskrip dan juga layout dalaman buku, CikYam buat satu janji temu untuk semua team turun ke Terengganu bagi menjalankan penggambaran. Semua anak dan menantu turut hadir ke lokasi penggambaran. Sebagai penyelaras, CikYam menyerahkan manuskrip akhir buku Siapa Noor Arfa kepada Puan Noor Hijerah untuk semakan terakhir.

Sepanjang proses penerbitan buku ini, sesi interview berlangsung sebanyak lima kali. CikYam interview Pengasas Noor Arfa iaitu Encik Wan Mohd Ariffin Wan Long dan Puan Noor Hijerah Hanafiah. Interview di buat di kediaman mereka di Chendering. Mesra sangat mereka berdua. CikYam tak dilayan seperti tukang tulis buku sebaliknya dilayan seperti tetamu. CikYam juga berpeluang melawat sekitar kilang Noor Arfa. Paling best, dapat masuk ruang Noor Arfa Premium yang menempatkan helaian batik bernilai ribuan ringgit. Tak dapat beli, dapat tengok pun CikYam puas hati. Memang lawa sesangat.

Pada Jun 2025, buku Siapa Noor Arfa? siap dicetak dan pengasasnya bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk sesi tandatangan. Kenapa mereka berjumpa dengan Tun Mahathir? Ini kerana Tun Mahathir banyak memberikan semangat kepada Noor Arfa sejak sebelum penubuhan NACC Batik Pavilion lagi.

Sebagai penulis buku ini, CikYam amat berbesar hati kerana buku ini dapat dilahirkan sekali gus merealisasikan impian pengasas Noor Arfa untuk mempunyai sebuah buku sebagai dokumentasi kepada susah payah mereka membangunkan perniagaan batik Noor Arfa. Malah perniagaan ini dapat dijadikan legasi kepada anak dan menantu.

APA YANG BEST MENGENAI BUKU SIAPA NOOR ARFA?

Kalau ditanya pasal apa yang best mengenai buku ni, jawapan CikYam, sangat banyak yang best. Lebih kurang macam keunikan (USP) buku ni la. Kenapa anda semua patut beli dan baca buku ni.

Antara keunikan buku ni adalah:

1) Buku ni ada dua sudut pandang (POV). Pertama pov Encik Wan, kedua pov Kak Noor. Mereka inilah suami isteri yang menjadi tulang belakang kepada wujudnya Noor Arfa.

2) Buku ni ada fasa. Fasa ini dibuat bukan suka-suka tapi ada sebab. Fasa apa? Fasa dari awal penubuhan iaitu 1981 hingga 2020 iaitu tatkala hadirnya COVID-19. Selepas fasa ini, generasi baru yang handle Noor Arfa iaitu anak dan menantu mereka. Kiranya inilah masa penyerahan tanggungjawab kepada legasi.

3) Ada ilmu bisnes turun-temurun. Macam mana pengasas membentuk jiwa niaga dalam diri dan isteri. Kemudian kepada anak-anak pula. Ilmu ni yang mahal kerana tanpa ilmu dan kekuatan dalaman, Noor Arfa pasti dah tersungkur dan tidak jadi besar seperti sekarang.

4) Kenapa buku ni best? Point keempat adalah buku ni adalah sebagai dokumentasi penting bagi sebuah jenama batik tempatan yang unggul. Noor Arfa bukan jenama kecil tetapi besar memperjuangkan seni fabrik dan corak batik asli. Bukankah ini satu usaha penting untuk menjadi satu sejarah yang boleh dibaca oleh generasi hari ini dan akan datang?

5) Buku ini juga menceritakan mengenai impian dan harapan yang masih boleh dicapai dalam industri batik. Sebagai contoh, impian Kak Noor adalah ingin meramaikan lagi pelukis batik canting profesional. Ketandusan pelukis batik canting adalah kerana mereka ini semakin kurang minat dan melihat masa depan yang makin suram. Yalah, dengan adanya tekmologi, lukisan batik asli bagaikan terpinggir. Sedangkan batik premium nilainya ribuan ringgit dan menjadi masterpiece pelukis batik canting itu sendiri.

6) Buku Noor Arfa ini juga adalah satu impian untuk merealisasikan apa yang disarankan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Noor Arfa. Tun yang memberi saranan untuk Noor Arfa ada buku yang mendokumentasikan sejarahnya. Bagi Tun, buku adalah satu benda penting untuk menjadi rujukan. Sebab itulah, apabila buku ini siap, pengasas Noor Arfa menyantuni Tun demi menunjukkan bahawa saranan Tun telah direalisasikan. Hebat, kan?

7) Point ketujuh, keunikan buku ini adalah kerana penulisnya ialah CikYam. Yeahhhhhh. Siapa CikYam? Seorang mantan wartawan media massa yang comel berlesung pipit di pipi kanan. Hahahaha. Taklah, sebenarnya CikYam berterima kasih kepada Noor Arfa kerana memberi kesempatan kepada CikYam untuk menulis buku ini. Kepercayaan yang diberi oleh pasangan suami isteri ini menjadi satu hal hebat dalam hidup CikYam. TQ Noor Arfa.

Sebagai coretan tambahan, saksikanlah beberapa gambar kenangan CikYam dan team ketika kami di Terengganu.

GAMBAR DI TERENGGANU

Sarapan sebelum ke sesi penggambaran cover.
Inilah kedai roti canai tu. Warung yang best!
Sempat singgah di Nasi Dagang Atas Tol. CikYama jadi pelanggan terakhir yang dapat nasi dagang tu, padahal baru pukul 10 pagi. Haha.
Serius, sedap! Nasi Dagang Atas Tol.
CikYam beli kain batik dan baju kaftan a.k.a baju kelawar.

Banyak lagi sebenarnya tempat CikYam pergi untuk makan. CikYam memang peminat nasi dagang. Merata cari nasi dagang untuk puaskan selera. Cari juga sata yang panas-panas. Cari juga keropok. Terengganu memang sedap-sedap makanan dia. Okaylah, dah dapat penyu dua ekor. Seekor hijau, seekor biru. Buat kenang-kenangan dari bumi Terengganu!

Akhir kata, CikYam ucapkan jutaan terima kasih kepada Noor Arfa kerana percaya kepada khidmat penulisan dan penerbitan buku ini. Lain masa, kita bekerjasama lagi ya.

Kepada usahawan yang ingin mempunyai buku dan perlukan bantuan khidmat penulisan serta penulisan buku, jangan risau. CikYam ada untuk bantu anda. Klik sahaja DI SINI untuk hubungi CikYam ya.

Read More

Scroll to Top