Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Perjalanan Ke Arah Jurulatih Terakreditasi HRD Corp

Facebook
Twitter
LinkedIn

Hari ni CikYam nak cerita mengenai Akreditasi HRD Corp. Pada Ogos 2023, CikYam berjaya menamatkan kursus selama lima hari untuk mendapatkan sijil Train The Trainer (TTT) di salah sebuah penyedia latihan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Kursus selama lima hari ini, bagi CikYam memang sangat menghangatkan kepala. Sukatan pelajaran yang diajar memang mampu membentuk diri menjadi seorang jurulatih yang memahami keperluan seorang peserta latihan.

 

Masa tu, CikYam rasa happy kerana dah dapat sijil sebagai penceramah bertauliah. Namun perjalanan tak berakhir di situ. Ada satu lagi perlu CikYam dapatkan iaitu pentauliahan sebagai Jurulatih Terakreditasi HRD Corp atau HRD Corp Accredited Trainer.

Kenapa Jurulatih Perlu Ambil Akreditasi HRD Corp?

 

Kalau jadi jurulatih, ambil akreditasi ni bukan sekadar nak dapat sijil cantik-cantik je. Tujuan utama kita ambil akreditasi itu adalah nak bagi kita ada roadmap yang jelas untuk berkembang. Kita dapat akses latihan berterusan, selalu update dengan teknik terbaru dan tak ketinggalan dengan kajian terkini dalam bidang kita. Apabila kita sentiasa up-to-date, secara automatik kredibiliti pun naik.

Lagi satu, akreditasi ni bukan teori semata-mata. Kita kena buktikan kecekapan dalam situasi sebenar. Maksudnya, memang ada proses penilaian yang akan uji betul-betul tahap kemahiran kita.

Apa Faedah Dapat Akreditasi HRD Corp?

 

1. Profesionalisme Level Up
Kita ada laluan yang lebih tersusun untuk berkembang sebagai jurulatih. Bukan main terjun aje.

2. Latihan Non-Stop
Akses kepada kursus dan latihan baru. Jadi kita tak terkongkong dengan cara lama, kita jadi trainer yang selalu relevan.

3. Kredibiliti Terjamin
Akreditasi jadi bukti yang kita ni memang kompeten. Orang di luar sana pun akan pandang lebih yakin pada kita.

4. Penilaian Real-Life
Bukan atas kertas saja. Kita dinilai masa handle situasi dalam bengkel sebenar. Jadi, kemahiran kita diuji terus.

5. Sumber dan Sokongan
HRD Corp ada sokongan kewangan dan guideline jelas untuk jurulatih.

6. Servis Lebih Berkualiti
Apabila ilmu sentiasa dikemas kini, kita boleh beri perkhidmatan yang lebih mantap dan berkesan pada peserta yang menyertai kursus yang kita anjurkan.

Pendek kata, akreditasi ni bukan sekadar status. Tapi ini adalah tiket untuk kita jadi jurulatih kekal relevan dan bagi servis terbaik.

Akhirnya…

Pada 22 Ogos 2025, CikYam berjaya mendapatkan sijil akreditasi sebagai HRD Corp Accredited Trainer selepas menjalani dua kali penilaian. Alhamdulillah, syukur sesangat.

Laluan untuk Mendapatkan Akreditasi

Jom CikYam cerita sikit.

1) Mula-mula, selepas dapat sijil TTT, CikYam mendaftar di link TDMS. Apa benda tu TDMS? TDMS ni merujuk kepada Trainer’s Development Management System iaitu sebuah platform digital oleh HRD Corp untuk pengurusan akreditasi jurulatih TTT.

2) Lepas dah daftar, kita kena isi semua detail kita. Termasuklah kat mana kita dapatkan sijil TTT tu.

3) Kemudian, kita bolehlah mula belek-belek website tu. Masukkan detail seperti yang dikehendaki.

Untuk dapatkan akreditasi HRD Corp, kita perlu ada empat perkara seperti dalam gambar di atas:

a) Course outline
b) Lesson planning and scheduling
c) Presentation slide
d) Borang kehadiran atau borang maklum balas peserta

4) Sebenarnya, ada satu lagi perkara yang perlu kita submit jugak iaitu video kita menjalankan training. Kita kena rekod video itu dan masukkan dalam youtube. Sesi training perlu ada peserta sekurang-kurangnya dua orang (kalau tak salah). Masukkan link sahaja untuk tontonan pihak HRD Corp.

5) Selepas dan selesai semua, tunggulah sekurang-kurangnya tiga hari untuk semakan dan maklum balas. Anda akan terima notifikasi melalui TDMS dan juga e-mel anda.

Inilah e-mel yang ditunggu-tunggu. Bolehlah kita gunakan logo Accredited Trainer yang ada sekali kod QR untuk mengesahkan pengiktirafan yang kita dapat.

CikYam doakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan akreditasi, semoga urusan anda dimudahkan oleh Allah SWT.

 

 

Read More

Scroll to Top