Penulisan Anekdot: Ciri-Ciri dan Penerangannya

Sekarang ni kan, semakin banyak muncul dalam industri karya kreatif satu genre penulisan yang dinamakan sebagai anekdot. Penulisan jenis ini sebenarnya menarik minat ramai penulis untuk mencubanya kerana lebih ringkas disebabkan teks yang pendek.

Lazimnya, penulis yang cenderung mencuba penulisan jenis anekdot ialah kelompok yang gemar menulis cerpen. Pun begitu, harus diingat bahawa anekdot sebenarnya lebih pendek berbanding cerpen. Penulisannya juga lebih ringkas, kurang puitis seperti cerpen.

Dalam anekdot, dialog bukanlah satu kemestian. Kehadiran dialog adalah untuk menguatkan jalan cerita. Apa yang penting dalam anekdot adalah unsur pengajaran yang berada dalam klimaks konten anekdot itu sendiri. Pengajaran dimasukkan melalui penulisan anekdot lucu atau sindiran. Itulah anekdot.

RUJUKAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Jom kita tengok definisi anekdot ikut apa kata Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keyword anekdot adalah ringkas, lucu.
Huraian istilah anekdot.

Kalau ikut kepada huraian Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai anekdot, teks jenis ini perlu ringkas. Tujuannya adalah untuk memperincikan mengenai perwatakan. Boleh juga untuk memberi penekanan kepada sesuatu idea yang abstrak supaya lebih konkrit dan mudah difahami. Biasanya anekdot ni menceritakan sesuatu yang benar-benar berlaku.

Anekdot membawa mesej bersifat didaktik (pengajaran), ironi (pertentangan) atau sindiran. Boleh juga anekdot ditulis dengan cara lucu untuk hiburkan hati. Sebab itulah selalunya membaca anekdot lebih best sebab kita rasa seronok.

Kat sini cabaran menulis anekdot. Sudahlah teks pendek tapi nak mengundang keseronokan pada pembaca. Haaaa susah kan?

TIP NAK MENULIS ANEKDOT

Bila ada yang tanya macam mana nak menulis anekdot yang berkesan, jawapan CikYam adalah berlatih menulis konten di fesbuk. Haaaa nampak macam poyo kan? Tapi serius, benda ni berkesan.

Posting-posting fesbuk adalah satu teks yang pendek. Tapi teks itu hendaklah berkesan. Bila orang baca rasa seronok. Sampaikan, kalau kita betul-betul boleh menulis ponting fesbuk yang berkesan, orang akan follow kita dan tertunggu-tunggu nak baca apa yang kita nak post kat fesbuk pada hari tu.

Menulis posting di fesbuk memerlukan kita untuk tulis pendek. Naratif sahaja pun boleh, tanpa dialog. Nak ada dialog pun tak salah asalkan mudah difahami. Itulah sifat anekdot. Tak semestinya ada dialog pun. Cuma penceritaan. Posting fesbuk yang bagus mestilah ada pengajaran dan inilah klimaksnya. Boleh ditulis secara lucu atau sindirian. Nah, inilah anekdot kan?

Posting fesbuk yang juga memenuhi ciri-ciri penulisan anekdot dengan unsur lucu.
Posting fesbuk yang ada ciri anekdot dengan unsur pengajaran dan tip menulis.

Contoh di atas bukanlah contoh anekdot yang terbaik. CikYam cuma berikan contoh ini untuk tunjukkan bentuk rupa anekdot tu macam mana. Ringkasnya tu macam mana. Senang cakap anekdot bukanlah penulisan yang penuh bunga bahasa. Itu lebih kepada penulisan kreatif berbentuk novel atau cerpen.

Contoh ini juga adalah pasal diri sendiri. Menepati ciri-ciri anekdot yang selalunya mencerita hal yang benar-benar berlaku kepada seseorang.

Kesimpulannya, penulisan anekdot adalah satu jenis penulisan yang ringkas. Walaupun anekdot nampak mudah tapi usah diambil mudah. Perlu ada ‘sesuatu’ yang hendak disampaikan di penghujungnya. Klimaks anekdot perlu dititikberatkan. Ada pengajaran yang disampaikan dengan cara lucu atau sindiran.