Website adalah tapak yang mempunyai domain di internet. Selalunya, website dibuat atas tujuan tertentu dengan harapan maklumat yang nak disampaikan kepada orang ramai boleh diakses dengan mudah. Bila kita buat website, kita akan dapat satu link yang kita panggil URL. Orang boleh akses website kita guna URL tu.
Bila buat bisnes online, CikYam sarankan korang dapatkan domain website sendiri. Ini kerana tapak itu anda yang punya. Bukannya menumpang dalam media sosial.
IKTIBAR PENGALAMAN USAHAWAN
CikYam pernah interview seorang usahawan lelaki. Dia datang ke pejabat Karangkraf time tu dengan seorang mentor dia. Mentor dia orang hebat dalam bisnes sekarang ni. Kalau sebut nama dia, gerenti semua kenal.
Usahawan tu jugak datang dengan isteri dia. Baru kahwin. CikYam interview untuk ruangan Lelaki Sukses dalam majalah Mingguan Wanita.
Daripada cerita dia, masa dia belajar kat universiti dulu, dia aktif niaga online. Zaman tu niaga online ni belum femes sangat. Dia buat income time tu sampai 5 angka. Kat facebook je niaga.
Syok sangat dia time tu. Facebook guna medium dia free je kan. Hari-hari up posting, up gambar, berebut orang beli. Dia jual produk aksesori untuk lelaki. Misalnya tali pinggang, dompet. Haaa jenis gitu la.
FACEBOOK PAGE LENYAP

Sampai la satu hari, dia bangun pagi. Kononnya nak up posting baru sesambil nak cek komen kat facebook dia macam biasa. Tapi terkejut beruk bila dia tak dapat masuk facebook dia macam biasa. Puas cari, tak ada. Senang kata, facebook dia lenyap.
Macam tak percaya. Memang akaun facebook dia hilang tak dapat dikesan. Hilang macam tu aje. Termenung dia. Sesuatu yang dianggap sebagai ‘kedai online’ dia telah diambil oleh tuan tanah. Sebagai penumpang tanah milik orang, bila orang halau, terima la padahnya.
Usahawan tu cakap, dia memang rasa meremang macam nampak hantu. Tak percaya dengan apa yang dia tengok. Akaun facebook dia lenyap. Yang hilang tu adalah akaun fb page dia. Boleh bayangkan tak fb page yang meriah dengan sale lima angka sebulan, tetiba ghaib. Eeeee kenot imagine la.
Dia kata, dia masih bersyukur time tu. Sebab apa? Sebab walaupun dia hilang fb page yang jadi punca pendapatan ketika tu, dia masih tak hilang cinta hati. Diorang pun kahwin jugak la walau dalam keadaan serba kepayahan. Yelah, tetiba hilang income kan. Nak buat balik, nak kumpul balik likers semua tu bukan senang.
So, janganlah letak impian tinggi sangat kat facebook ni. Kalau serius berniaga, buatlah tapak niaga sendiri. Belilah domain, hosting, semua tu. Buat ecommerce punya page. Tu baru serius tahap gaban.
CikYam cerita ni daripada kisah benar ye. Bukan tipu, bukan membongak. Walaupun bergelar bekas wartawan, integriti seorang wartawan tu tetap ada terpasak kukuh.
BUAT WEBSITE BILA BISNES MAKIN MAJU
Bila bisnes korang semakin maju, silalah dapatkan website. Ini kerana kalau media sosial korang tiba-tiba lenyap, korang masih ada back up yang sangat kukuh untuk teruskan bisnes. Macam usahawan yang CikYam interview tu, pendapatan dia dah 5 angka. Maknanya apa? Maknanya bisnes dia dah sangat besar. Bukan lagi main-main.
Tapi disebabkan tak peka dengan perlunya ada website, dia tak buat langsung website. Bila facebook page dia lenyap, dia menanggung kerugian. Database hilang, tapak niaga di facebook hilang dan dia tak ada back up langsung. Nampak tak betapa bahayanya benda macam ni?
NAK BUAT WEBSITE?
Kalau korang serius nak buat website untuk perniagaan, jom PM CikYam sekarang. KLIK SINI.