Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Modul Penulisan Terbaik Untuk Kakitangan JAPEN daripada CikYam

Facebook
Twitter
LinkedIn

Modul penulisan terbaik tu macam mana? Okay, jom CikYam cerita.

Akhir bulan Januari 2025 lepas, CikYam dapat surat undangan untuk berceramah penulisan di Jabatan Penerangan Malaysia atau lebih dikenali sebagai JAPEN. Selepas melalui sesi perbincangan secara dalam talian, kami dapat kata sepakat untuk satu modul yang akan dijalankan nanti. Daripada modul ini, CikYam rasa sangat puas hati.

Surat undangan berceramah daripada JAPEN.

CikYam tak tahu nak cakap apa. Tapi modul ni antara yang terbaik pernah CikYam bawakan untuk kakitangan jabatan kerajaan. Sebab apa? Sebab lengkap dan memenuhi keperluan kakitangan tersebut. Di jabatan kerajaan, ada kakitangan yang perlu menulis dokumen rasmi. Ada juga kakitangan yang perlu menulis kandungan kreatif terutama untuk media sosial. Dua-dua topik itu ada dalam siri ceramah ini nanti.

Dalam setiap penulisan pula, penulis perlu tahu etika supaya tidak tersasar daripada objektif sehingga menyalahi undang-undang. Maka wujudlah modul Hak Cipta dan Etika Penulisan. Begitu jugalah dengan aspek tatabahasa dan hal ini ada dalam modul Asas Penyuntingan.

Dalam kursus ini juga ada modul Pemilihan Gambar dan Penulisan Kapsyen. Peserta akan ditunjukkan gambar macam mana yang ada emosi dan mampu memberi tambah nilai kepada teks yang ditulis.

Menarik tak?

Hari Pertama
Hari kedua dan hari ketiga

CikYam ucapkan terima kasih kepada jabatan kerajaan yang pernah menjemput CikYam untuk berceramah mengenai penulisan bagi kakitangan mereka. CikYam juga mengalu-alukan jabatan kerajaan yang lain, panggillah CikYam. CikYam pasti berikan yang terbaik!

Nak dapatkan kursus penulisan daripada CikYam? Hubungi CikYam ya! Tengok di ruangan Hubungi CikYam di bahagian atas website ni. Terima kasih!

Read More

Scroll to Top