menulis

Mencari Ketenangan Dengan Menulis

Menulis boleh beri ketenangan? Hidup kita sebagai manusia, memang takkan pernah lari daripada ujian. Kata orang, ujian itu sebagai penghapus dosa. Kesabaran kita dalam menempuh ujian bakal mendapat pahala yang besar ganjarannya di sisi Allah.

CikYam pun tak ketinggalan menerima ujian daripada Allah. Salah satu ujian besar dalam hidup CikYam adalah diberhentikan kerja selepas berkhidmat selama lebih 16 tahun dalam bidang kewartawanan.

Ujian diberhentikan kerja membuatkan hidup CikYam jadi tak tenang. Ya, CikYam akui memang sangat susah sebenarnya untuk CikYam terima hakikat diberhentikan kerja. CikYam terbiasa dengan zon selesa seorang yang makan gaji. Mindset CikYam adalah sebagai seorang yang makan gaji, bukannya orang bisnes.

Emosi CikYam terjejas teruk bila jadi salah seorang daripada puluhan kakitangan yang terkesan dengan pandemik. Syarikat perlu kurangkan pekerja untuk kekal utuh menampung kos bulanan.

KENAPA SUSAH NAK MOVE ON?

Dalam senarai nama yang dibuang kerja saing dengan CikYam pada penghujung November 2020 yang lepas, kebanyakan mereka adalah wanita. Sama macam CikYam. Bergelar isteri. Namun hanya CikYam yang situasinya berbeza.

“Aku tak kisah pun kena buang. Aku pun dah malas nak kerja.”

“Akak memang nak pencen dah. Bila kena buang kerja ni, akak OK je.”

“Aku baru kahwin. OK lah, kira macam dapat cuti pergi honeymoon la.”

Itu antara kata-kata mereka yang dibuang kerja. Nampaknya mereka gembira tapi CikYam tak macam tu. CikYam murung dua hari dua malam, tak keluar bilik. Menangis dan menangis dan menangis. Lembik macam kain buruk di tepi dapur, rasa tak berguna. Berita dibuang kerja tu umpama halilintar yang memercikkan birat-birat selaran pedih di badan.

CikYam susah nak move on sebab CikYam takut. Situasi CikYam tak macam orang lain. CikYam penyumbang utama duit dalam rumahtangga. Suami seorang OKU yang tak bekerja. Pendapatan tak tetap.

penulis upahan
Kenangan sebagai wartawan sentiasa utuh dalam ingatan.

Bila CikYam dibuang kerja, mana nak datang duit tu? Macam mana nak bayar pinjaman rumah? Macam mana nak bayar pinjaman kereta? Komitmen lain macam bil elektrik, bil air, bil wifi dan segala mak nenek bil lain? CikYam sakit kepala memikirkan semua benda ni.

MENULIS…

Sebagai seorang penulis profesional, CikYam memang sentiasa bermain dengan huruf. Selalu menulis walau kadang tulisan CikYam itu tidak CikYam muat naik ke media sosial. Terlalu banyak sebenarnya tulisan CikYam yang sekadar CikYam simpan buat tatapan peribadi.

Hanya sebahagian kecil yang CikYam muat naik ke media sosial misalnya facebook. Sebahagiannya CikYam paparkan di blog CikYam ni. Selebihnya banyak yang CikYam simpan sendiri.

Kenapa tak paparkan untuk bacaan umum? Sebabnya cuma satu. Ada kala apa yang CikYam tulis itu adalah luahan seorang wanita. Biasalah, hidup ni penuh dengan dugaan kan? Apatah lagi bagi seorang wanita bergelar isteri yang selama ini bekerja tiba-tiba hilang pekerjaan.

CikYam seronok menulis. Dalam kepayahan hidup merentas segala ujian, penulisan membuat CikYam lebih stabil. Walau sekadar menulis untuk luahan diri, segalanya dapat CikYam lepaskan. Menulis bagaikan doa yang CikYam coretkan dalam bentuk ayat. Tanpa diluah di bibir namun cukup sekadar bacaan di dalam hati.

Ketenangan yang CikYam dapat melalui penulisan bukan sedikit. Rasa kecewa, rasa marah, rasa ketidakadilan semua CikYam hamburkan dalam penulisan. Walau untuk tatapan sendiri, ianya cukup bermakna sebab apabila ditulis, hati CikYam rasa lega.

Inilah cara CikYam meluah rasa duka. Menulis namun disimpan rapi dalam memoir seorang wartawan pencen. Bukan untuk tatapan umum kerana ada sisi diri kita yang hanya untuk diri kita sendiri sahaja. Bukan semua boleh diceritakan kerana takkan ada sesiapa yang memahami diri kita sepenuhnya.

Penulis terutamanya wartawan macam CikYam sering menulis kisah orang lain untuk paparan umum. Namun penulis menulis kisah dirinya lalu tersimpan rapi untuk dirinya sendiri sahaja. Itulah penulis.

3 TIP MENULIS UNTUK TENANGKAN HATI

  1. Kalau sedang marah, kecewa atau sedih, tuliskan dengan pen dan kertas. Kenapa? Supaya tulisan kita itu hanya untuk kita. Menaip di telefon bimbit banyak buruknya. Kita cenderung muat naik ke media sosial. Hati akan jadi lebih tak tenang.
  2. Tulislah sambil mendengar alunan lagu yang kita suka. Tak kisahlah sama ada lagu biasa ataupun zikir. Tenang rasanya.
  3. Tulislah saat bersendirian. Santai dan mengasyikkan.

Korang mesti suka entri ini juga > https://maryamelyas.my/dulu-wartawan-kini-penulis-upahan/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top