CikYam komited untuk melatih kakitangan menulis dengan jelas, kreatif dan berimpak tinggi melalui kursus penulisan profesional untuk aganesi kerajaan. Setelah lebih 20 tahun bergiat aktif dalam dunia penulisan, sejak tahun 2022, CikYam mulai serius dalam bidang kejurulatihan pula. Ini kerana CikYam ingin memberikan khidmat yang terbaik apabila menyampaikan ilmu kepada individu atau organisasi yang mengambil khidmat CikYam.
Semuanya bermula apabila Jabatan Perdana Menteri (JPM) menghubungi CikYam bagi membantu team mereka menyiapkan rencana untuk dibukukan. Rencana adalah berkaitan tema membasmi kemiskinan dan kemiskinan bukan diwarisi.
CikYam rasa bertuah apabila khidmat CikYam diperlukan untuk membantu jabatan ini walaupun pada ketika itu CikYam bukan jurulatih bertauliah. Berbekalkan pengalaman sebagai wartawan selama lebih 16 tahun dan juga beberapa siri webinar Penulisan Rencana Berstrategi, CikYam hadir ke JPM di Putrajaya dengan langkah yakin.
Siapa CikYam?
Maryam Elyas atau mesra dipanggil CikYam ialah seorang penulis profesional dan jurulatih bertauliah dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp). Setiap jurulatih bertauliah di HRD Corp mempunyai nombor ID mereka sendiri dan nombor ID CikYam ialah 15949. CikYam berpengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kewartawanan dan penerbitan.
Kini CikYam membantu agensi kerajaan mengasah kemahiran penulisan pegawai dan kakitangannya supaya mesej organisasi sampai dengan berkesan. Sama ada dalam bentuk laporan rasmi, buletin, artikel, media sosial atau coffee table book, semua bentuk penulisan perlu ada mesej dan mesej itu perlu sampai kepada khalayak sasaran sesuai dengan kredibiliti agensi kerajaan tersebut.

Mengapa Agensi Anda Perlu Kursus Ini?
Melalui pengalaman CikYam bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, mereka selalunya melihat kepakaran CikYam yang mampu disesuaikan dengan keperluan agensi mereka. Antara keperluan mereka adalah:
✅ Untuk meningkatkan kualiti penulisan dalaman (laporan dan bahan komunikasi lebih mudah difahami dan berkesan)
✅ Untuk lebih meyakinan imej organisasi (penulisan yang profesional mencerminkan kredibiliti jabatan)
✅ Supaya pegawai lebih yakin menulis (hasil latihan berbentuk praktikal, bukan teori semata-mata)
✅ Modul disesuaikan mengikut keperluan agensi (modul fleksibel berdasarkan jenis dokumen atau penerbitan yang dihasilkan oleh jabatan)

Modul Kursus Penulisan
Kursus boleh dijalankan secara satu hari, dua hari atau 3 hari. Semuanya bergantung pada keperluan. Antara modul popular:
- Penulisan Buletin & Rencana Berstrategi
Strategi menulis buletin dan rencana yang menarik perhatian pembaca sambil mematuhi etika dan gaya media profesional. - Storytelling Media Sosial untuk Agensi Kerajaan
Menjadikan penulisan di media sosial lebih mendapat perhatian khalayak. - Penulisan Kreatif Anekdot
Teknik penulisan yang asas namun menarik bagi kakitangan kerajaan mengeluarkan nuansa penceritaan kreatif berdasarkan pengalaman kerjaya. - Penerbitan Coffee Table Book
Menghasilkan coffee table book (buku mewah) adalah salah satu strategi penjenamaan jabatan kerajaan yang sangat relevan pada hari ini. Sama ada bentuk bercetak atau digital, kedua-keduanya ada peranan masing-masing. - Penulisan Dokumen Rasmi dan Etika Penulisan
Teknik menyusun ayat, gaya bahasa kerajaan dan penulisan laporan yang tepat serta mudah dibaca. - Asas Penyuntingan (Editing)
Kemahiran penting bagi memastikan hasil penulisan organisasi kemas, selaras dan bebas kesilapan.
Kenapa Pilih Maryam Elyas?
Setelah banyak bergiat aktif sebagai jurulatih, CikYam semakin yakin untuk berkongsi ilmu yang ada. Selain memiliki buku panduan penulis iaitu PROWRITER: Jalan Pintas Jadi Penulis Profesional, antara kriteria yang menjadikan CikYam ialah individu paling sesuai dengan jabatan kerajaan anda adalah seperti berikut:
- Jurulatih Bertauliah HRD Corp (TTT Certified)
- Tempoh 21 Tahun Pengalaman Kewartawanan & Penerbitan
- Telah Melatih Lebih 10 Agensi & Institusi Kerajaan
- Pendekatan Latihan Mesra, Interaktif dan Realistik
- Dilantik sebagai Panel Pakar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi bidang Creative Content Development Level 4 dan 5, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Antara Agensi Kerajaan Yang Pernah Dilatih
- Jabatan Perdana Menteri (JPM) – Penulisan Rencana Berstrategi
- Jabatan Penerangan (Japen) – Kursus Penulisan Kreatif dan Etika Penulisan
- Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) – Bengkel Penerbitan Coffee Table Book
- Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) – Kursus Penulisan Kreatif
- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – Kursus Penulisan Anekdot
- Universiti Putra Malaysia (UPM) – Penulisan Rencana Berstrategi
- Institut Penerbitan dan Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR) – Penerbitan Coffee Table Book dan Storytelling Media Sosial




Tempah Sesi Latihan Anda
Tempoh: 1 hari, 2 hari atau 3 hari
Lokasi: Di premis agensi atau di luar premis agensi
Klik ini untuk sebarang pertanyaan (HUBUNGI CIKYAM)
Dapatkan sebut harga dan profil lengkap CikYam sebagai penceramah untuk rujukan pihak anda. CikYam sedia bekerjasama.
Penutup
Setiap organisasi kerajaan memerlukan penulis yang mampu menzahirkan dasar dan nilai jabatan dengan tepat dan berkesan. Latihan penulisan bersama CikYam adalah pelaburan strategik untuk meningkatkan imej komunikasi dan profesionalisme jabatan anda.
Jika inginkan maklumat lanjut, boleh juga klik sini>>> KURSUS PENULISAN CIKYAM