Korang Pernah Dengar Tak Pasal Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)

Haaaa…. korang pernah dengar tak pasal Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)? CikYam pun sebenarnya baru je tahu pasal akademi ni. Tak sangka ada kursus best untuk orang perempuan terutamanya rakyat Selangor atau pemastautin Selangor. Lagi best, kursus ni percuma je sebab dibiayai oleh kerajaan Selangor sepenuhnya. Akademi ini di bawah organisasi Wanita Berdaya Selangor (WBS).

Sebenarnya, sejak CikYam diberhentikan kerja tahun lepas, CikYam tercari-cari peluang untuk isi masa yang ada dengan satu aktiviti yang berfaedah. Tak kisahlah apa jugak aktivitinya, yang penting CikYam boleh buat sesuatu untuk diri sendiri.

CikYam dah biasa kerja. Bila kena jadi surirumah, CikYam macam buntu. So nak kena ada aktiviti.

Apa CikYam buat adalah CikYam banyak masuk google dan cari kursus ke, bengkel ke. Banyak je kursus yang boleh Cikyam join tapi selalunya kursus belajar bisnes la. Sifu itu, sifu ini. CikYam tak nak kursus macam tu.

Antara kursus berbayar yang CikYam join masa memula diberhentikan kerja sebagai wartawan adalah kursus ghost writer. Lepas tu CikYam join kursus belajar bercakap terutamanya live.

Lepas tu, CikYam mula lagi cari kursus yang best-best sampailah CikYam jumpa facebook Wanita Berdaya Selangor yang buat hebahan pasal Akademi Kepimpinan Wanita. CikYam pun baca informasi dia. Masuk website dia dan selongkar info-info yang ada.

Menarik! Itulah yang boleh CikYam katakan. Menarik sebab apa? Sebabnya kursus ini ada objektif yang jelas untuk bimbing wanita lengkapkan diri sebagai pemimpin. Oh, CikYam nak masuk politik dan nak jadi YB ke? Hahahaha. Korang, kepimpinan tu sangat luas maknanya. Sebagai isteri pun kita bantu suami untuk memimpin keluarga, kan? Kita nak pimpin anak-anak. Ilmu kepimpinan tu kan luas.

Ini objektif Akademi Kepimpinan Wanita.
Pengerusi Wanita Berdaya Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud
Pengenalan AKW.

Bila baca Pengenalan ni, CikYam dapat rasakan AKW ni adalah satu platform yang sesuai sangat untuk CikYam join. Benda ni dah start sejak 2019 lagi. Tapi yelah, masa tu CikYam masih kerja wartawan lagi. So, takde masa sangat nak tengok media sosial dan tak mencari peluang yang ada.

Dalam pengenalan ni ada kata AKW bertujuan nak mantapkan kemahiran dan lahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam lapangan politik dan kerja sosial. Time ni, CikYam fikir jugak, aku nak kena jadi ahli politik ke? Selain wartawan majalah, CikYam pernah jadi wartawan politik sekejap. Pernahlah interview menteri semua tu. Tak begitu minat dengan politik tapi CikYam OK dengan kerja sosial. So, apa salahnya beri peluang pada diri sendiri, kan?

Kalau tengok kat nilai yang dipupuk ni pun, best sesangat. Konsep 5B iaitu berani, berwawasan, berani memimpin, berintegriti dan berakhlak. Kan bagus tu kan? Maksudnya, AKW nak lahirkan wanita yang berani. Bukannya yang penakut, tak berani lontar idea dan hanya tunduk je.

CikYam ada ‘selongkar’ facebook WBS. Mereka ni sangat lantang menyuarakan mengenai keganasan rumah tangga. Mereka jugak ada lancarkan talian SELamat yang berfungsi untuk memudahkan orang ramai buat laporan mengenai keganasan rumah tangga.

OK, ini adalah komponen program AKW. Ada kuliah, ada mentoring dan ada kerja lapangan. Maksudnya kat sini pelajar AKW akan didedahkan secara teori dan praktikal. Sama macam kat universiti kan?

Haaaa yang ni CikYam loveeee sesangat. Subjek-subjek dia best. Rasanya kalau subjek Komunikasi Strategik & Media tu CikYam boleh skor kot. Hahahahaha. Yelah, dah lebih 16 tahun jadi wartawan kan? Hahahaha. Berlagak kau ni Yam!

Bila CikYam baca sampai part laluan kerjaya ni, CikYam tertarik pada bahagian penyelidik di badan pemikir, parlimen atau ADUN. Rasanya itu yang sesuai dengan kredibiliti CikYam sebagai wartawan sebab CikYam boleh buat penyelidikan dan boleh menulis. Untuk bahagian calon pimpinan parti atau calon pilihanraya, ermmmmm CikYam ada tokoh jadi YB ke? Hahahaha.

Sampai kat bahagian syarat, ohhhh layak sangat ni. CikYam bukan orang Selangor. Tapi CikYam kahwin dengan orang Selangor dan CikYam bermastautin kat Selangor ni sejak 2009 lagi. Memang dah bertahun-tahun dah. CikYam nikah pun kat Selangor. Anak-anak pun semua lahir kat Selangor.

BERMULA SEBAGAI PELAJAR AKADEMI KEPIMPINAN WANITA (AKW)

Oktober 2021, CikYam mohon sebagai pelajar AKW. Masa tu pengambilan sebagai pelajar AKW Kohort 3 (2022/2023). Kiranya CikYam ni batch ketiga la. Dah ada batch pertama dan batch kedua. CikYam isi borang dan submit terus. Semua urusan melalui online.

Nak masuk AKW ni, bukan semua boleh masuk. Ada tapisannya. Tapisan paling seram adalah temuduga. Seram weh. CikYam memang cepat panik sikit kalau nak kena temuduga ni. Yelah, kita wartawan. Selalu kita yang interview orang. Ni orang nak interview kita pulak.

Lepas dah mohon tu, pada 18 November 2021, CikYam dapat panggilan temuduga.

Ini surat panggilan temuduga AKW yang CikYam dapat melalui e-mel.

Lepas temuduga, dah tentulah kita harap supaya berjaya, kan? Dannnn, akhirnya, nak dijadikan cerita, CikYam dapat panggilan telefon daripada pejabat WBS. Masa tu CikYam sangka pemanggil itu nak beritahu CikYam pasal keputusan temuduga. Rupa-rupanya, WBS nak jemput CikYam jadi panelis dalam satu webinar anjuran WBS.

Panel temuduga tu tahu CikYam ni bekas wartawan sebab masa temuduga CikYam ada maklumkan yang CikYam ni wartawan hilang pekerjaan sebab pandemik.

CikYam sebagai panelis webinar anjuran WBS.

Masa ni, CikYam dipanggil untuk bercakap soal bidang tugas sebagai wartawan yang berkaitan dengan stereotaip keganasan rumah tangga. Wah, teruja nak cakap soal tu sebab memang CikYam ada pengalaman interview orang yang terlibat dalam soal keganasan rumah tangga. Eh, korang tahu tak, keganasan rumah tangga tu bukan saja yang menyebabkan lebam sana sini tau. Tapi perbuatan menyebabkan tekanan jiwa pun boleh dirujuk di bawah soal keganasan rumah tangga.

Dan…. beberapa minggu lepas tu, CikYam dapat e-mel daripada WBS memaklumkan CikYam berjaya dan ditawarkan tempat dalam akademi.

Ini surat tawaran untuk CikYam sertai AKW Peringkat Negeri Selangor Sesi 2022/2023 (Kohort 3)

CikYam berjaya dalam sesi temuduga dan ditawarkan pada 21 Januari 2022. CikYam tak tahu nak kata apa dengan kejayaan CikYam melepasi peringkat saringan dengan temuduga sebelum ini. Yalah, semua perasaan tu ada. Dalam masa yang sama CikYam jugak adalah mahasiswa Master di UiTM. Seronok belajar.

Masa ni apa yang terfikir adalah bincang dengan suami untuk susun jadual pengajian. Suami kata, kenalah belajar betul-betul tapi jangan sampai stress sebab busy study pulak, kan.

Ketika entri ni ditulis, CikYam dah pun melalui pengajian dua subjek dalam akademi. Subjek tu adalah Kemahiran Pengucapan Awam & Komunikasi Berpengaruh dan subjek kedua adalah Imej, Penjenamaan & Pemasaran. Kelas secara online guna platform Zoom. Kebiasaannya, melalui pengalaman batch sebelum ni, kelas mereka di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Alaaa library kat Seksyen 13 tu. Tapi disebabkan kes COVID-19 kan makin naik, so kelas diteruskan secara online.

Kesimpulannya, CikYam seronok dalam kelas AKW ni dan harap ada laluan untuk CikYam capai ‘sesuatu’ demi masa depan CikYam yang dah hilang pekerjaan ni berdasarkan pengalaman CikYam sebagai wartawan.

CikYam, pelajar Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Kohort 3.

Peluang yang diberikan takkan disia-siakan. TQ kepada Wanita Berdaya Selangor (WBS) yang bagi peluang pada CikYam untuk menyertai AKW kohort 3.